Hari Sabtu, pagi-pagi lagi mira dapat sms dari kawannya [memasing guna hp mak, hehe]. Teacher nak jumpa di sekolah pukul lapan sebab ada latihan peom. Masa tu, jam pun dah nak pukul lapan. Tergesa-gesa mama menghantar mira, risau lambat. Janji ambil semula pukul sebelas.
Sampai rumah, beri yusuf makan, susu dan tidurkan dia. Lega bila yusuf dah tidur. Kadang-kadang ikut mood dia jugak, tak mahu tidur. Cepat-cepat kemas rumah sebab dah plan nak keluar. Bila yusuf bangun pukul sepuluh lebih macam tu, terus kita bersiap nak beli barang dapur je pun hehe...
Shopping barang dapur dengan tiga jejaka. besar, sederhana dan kecik.... Cepat jer membeli sebab sudah rancang dan bajet masa. Cukup jam, mesti kena ambik mira supaya dia tak keseorangan dan lama menunggu. Bahaya.
Sebenarnya agenda utama keluar ni, nak potong rambut. Tengok rambut amir daniel, masing-masing dah panjang cecah telinga. Dah panjang bebenor...nanti kena denda, naya!
Sebenarnya agenda utama keluar ni, nak potong rambut. Tengok rambut amir daniel, masing-masing dah panjang cecah telinga. Dah panjang bebenor...nanti kena denda, naya!
Sebaik sampai, tukang gunting keluar dan kunci pintu kedai. Suruh kita tunggu dulu. Dia entah ke mana. Mula-mula tunggu di luar, kita pusing-pusing kedai sebelah...hampir setengah jam, tak larat nak mendukung yusuf. Panas pulak tu. Masuk kereta dapat beraircond, nyaman lah sikit.
Dalam kereta tekak haus dek kepanasan. Kebetulan kedai ni dekat dengan Restoran Teratak Warisan Kampung [pernah beberapa kali masuk tv3]. Beli lah milo ais.
Naaaaak!!! Dia punya jerit tegang urat leher, mintak milo ais. |
Budak kecik ni diberi air masak bawak dari rumah memang khusus untuk dia. Tak mahunya.[bekas yang daniel pegang kat gambar atas]
Nak....tagih simpati. |
nak mecapai plastik air. |
Wah, akhirnya dapat jugak. Kembang kempis hidung menyedut air. Sedap sangat le tu dapat minum ais. |
hehehe |
~Dalam Eroll Barber Shop~ |
Servis untuk seorang pun hampir setengah jam. Mama dah penat menunggu, dengan yusuf lagi tak nak duduk diam. Bukannya mahu dipegang-pegang. Tunduk-tunduk, orang yang pegang dia yang letih dibuatnya. |
~Romeo Kedai Gunting Rambut~ |
Daniel pasrah potong di kedai lain. Sebenarnya, mama mahu potong di kedai yang sama saja. Senang satu tempat. Tukang gunting itu tak nak pulak sebab tak biasa potong rambut budak kecik. Malas-malas mama drive mencari kedai lain. Mujurlah dekat-dekat situ ada juga kedai gunting. Hasil kerja pun elok. Rm4 sahaja. Orang tak ramai, lima minit siap.
Dah siap, apa lagi balik lah...dah letih.
Dah siap, apa lagi balik lah...dah letih.
Sampai rumah dah pukul satu. Penat-penat mama, sepantas kilat memasak. Takdelah nak makan di kedai kalau membawa yusuf yang asfagfirullahal'azim aktifnya. nanti sudu entah ke mana, nasik entah ke mana. Kalau ada papa sama ok lah.
Hidangan tengahari tu, pucuk ubi kayu campur udang galah. Udang tu hasil tangkapan amir dengan papa minggu cuti sekolah yang lalu. Kudung semua kepitnya dah aku gunting. |
Bonding time bila kita tak kerja inilah dia
ReplyDeleteAnak-anak semua senyum lebar. Dpt apa yg dihajatkan.
Kita yg kerja dpt tunaikan apa yg diminta - puas rasa
Masak hasil yg ditangkap sendiri pulak tu. Betul-betul puas
ps: suka tengok Adik sengih lepas dpt minum air - amboi!