Entri ini adalah kisah lama yang dilalui oleh keluarga aku empat tahun lalu. Sengaja aku jadikan entri sebagai kenang-kenangan. Itu saja.
Empat tahun lalu pada 21 Feb 2012 (210212). Kejadian ni berlaku ketika kita baru empat bulan menetap di TJJ (nama taman). Taman perumahan baru. Rata-rata penduduknya kurang setahun berpindah ke situ.
Teringat lagi mama, masa tu selepas waktu maghrib. Kita keluar menghantar amir ke kelas tambahan di rumah mak su. kemudian singgah sekejap di rumah opah. ketika di rumah opah hujan turun saaaangat lebat tapi tak lama. sekejap saja, kira-kira sepuluh minit. tapi penangan 10 minit itu, tiada siapa yang sangka. Air naik melimpah dari longkang begitu cepat. Kita pun tak menyangka dan tak tahu musibah tu kerana tiada di rumah.

Tamat kelas tambahan, terus balik rumah. sampai saja persimpangan jalan masuk ke taman perumahan, kita sangat terkejut kerana air sudah melimpah ke jalan raya. papa memberhentikan kereta di hujung jalan. tidak dapat buat apa-apa dah masa itu. kereta pun tak boleh meredah air kerana sudah tinggi paras betis. hanya merenung air yang mengalir deras. jiran-jiran pun ramai yang sudah menunggu di luar rumah. mengenang nasib rumah masing-masing.
Teringat barang-barang serta satu lagi kereta yang ditinggalkan di rumah, ada juga rasa risau di hati. papa meranduk air berjalan menghala ke rumah. sampai di suatu tempat, air sudah melepasi paha papa. sampai di pintu rumah, apabila sliding door dibuka, apa lagi..... tolakan air terus masuk ke serata rumah.
Apa saja yang ditinggalkan di lantai, dan barang-barang yang disimpan di tempat rendah memang tak dapat diselamatkan lagi. buku sekolah, buku-buku cerita, beg sekolah, pakaian, bantal dan toto yang dibentang di hadapan tv semua basah bersama lumpur. setakat tikar buluh tu..tak lah sedih sangat. Ia boleh dicuci semula.
Malam itu, kita semua bermalam di rumah opah. Keesokkan hari, mama cuti kecemasan. Bila air dah surut, kita pulang ke rumah.
Bermulalah tugas membuang segala macam barang yang dah tak boleh guna. mencuci semula lantai. mencuci barang-barang yang kena lumpur. mencuci dan menjemur pakaian, tikar, buku sekolah dan maciam-maciam lagi yang boleh diguna pakai. yang tak boleh pakai dicampak terus ke dalam tong sampah. begitu lah ceritanya.
Tempat laundry dan dapur - penuh lumpur. |
Apa saja yang ditinggalkan di lantai, dan barang-barang yang disimpan di tempat rendah memang tak dapat diselamatkan lagi. buku sekolah, buku-buku cerita, beg sekolah, pakaian, bantal dan toto yang dibentang di hadapan tv semua basah bersama lumpur. setakat tikar buluh tu..tak lah sedih sangat. Ia boleh dicuci semula.
Malam itu, kita semua bermalam di rumah opah. Keesokkan hari, mama cuti kecemasan. Bila air dah surut, kita pulang ke rumah.
Ruang keluarga menonton tv. Syukur, tiada karpet. Aku hanya alaskan lantai dengan tikar buluh. Mudah diangkat, bawa keluar rumah, cuci dan jemur. |
Amirah dan Daniel tolong membersihkan lumpur. Kecik lagi. Masa ni Amirah baru di Tahun Satu dan Daniel di Pra Sekolah Lima Tahun. |
Masa ni, papa dengan amir di luar..membasuh tikar-tikar yang kena lumpur di garage kereta. Mencuci di tempat lapang lebih senang.
Keadaan bilik air yang berlumpur. Ada kesan pelapik lap kaki yang di bawa air ke dalam bilik air. Sudah aku angkat ke luar. |
Mama tak boleh cuti lama-lama. balik kerja buat sikit. balik kerja buat sikit. sikit-sikit lama-lama jadi bukit habis. emm, macam tu lah. Kita bernasib baik sebab kedudukan rumah kita tinggi sedikit dari paras longkang. tak lah air naik banyak. walaupun air yang masuk rumah paras buku lali je tapi penat tau! dua minggu baru settle.
Pengalaman lah...banjir ni. Walaupun tak besar, kalau orang tanya...pernah kena banjir? aku dan anak-anak akan jawab..'pernah, sekali' ...banjir kilat jer puuuun. hehe.
Apa yang mama nak tulis kat sini, setiap musibah itu ada hikmahnya..kita je yang tak perasan. Sudah empat tahun berlalu. Sekarang Alhamdulillah, sistem peparitan sudah diperbaiki. Diselenggara setiap bulan. kalau hujan lebat, hati dah tak risau lagi.
Korang, jangan buang sampah dalam longkang tau!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^