Wednesday, March 16, 2016

Makan Kenduri dan Aiskrim Oreo

Assalamualaikum

Cuti sekolah sudah bermula. Bermulalah aktiviti berjalan-jalan. Kita tak jalan jauh mana pun. Sebab mama masih kerja. Tak ada merancang lagi untuk bercuti panjang.

Hari ni dah Rabu....Ahad, kita ke Bukit Gantang. Ada kenduri aqiqah cucu Opah Nyah. Pergi dua buah kereta. Chik Mah dengan anak-anak dia bersama-sama opah dan atok. Kita satu kereta. Jadi kita berkumpul di rumah opah untuk gerak sekali.

Sebelum sampai di rumah opah, kita singgah dulu di pasar pagi Ahad. Membeli selipar Daniel yang dah kudung sebelah. Amir pun join sekali membeli selipar sebab dah tunggu masa nak putus.

~Selipar Daniel dah berganti baru~

Sekarang ni musim panas. Walaupun baru pukul 9:30 pagi, tapi dah berpeluh-peluh dibuatnya. Berjalan di celah-celah orang ramai, Mengendong yusuf lagi yang dah sememangnya berat. Bergilir-gilir dengan mira mendukung yusuf. Masa ni, mama dah rasa tak selesa. Selesai memilih dan membayar, terus gerak ke kereta.

Sampai saja di rumah opah, tengok Chik Mah tengah buat aiskrim sumi. Aiskrim oreo pun ada. Opah goreng nugget. Kita pulak dah siap-siap sarapan roti dan susu di rumah. Sebab sangka mama atok nak pergi awal ke rumah Opah Nyah. Rupa-rupanya tidak.

~Aiskrim sumi yang mengundang minat budak-budak~
~Gorengan nugget ayam~
Jadi lepak dulu lah...makan-makan dan minum-minum lagi. Yusuf pun sempat tidur dulu sebelum pergi.

Kita bergerak dari rumah pukul 11:00 pagi. Diperjalanan singgah pulak di kedai tayar. Nak ganti tayar kereta kita yang dah haus. nanti meletup dalam perjalanan, bukan ke haru jadinya? Habis tukar-menukar 11:45 pagi. Terus jalan ke rumah kenduri.

Perjalanan dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang, akan melalui pekan kecil Padang Rengas.
Salah satu trade mark dia, Gunung Pondok dan Kilang Simen YTL. Tapi orang biasa sebut Perak Han-Jong.
Sambil mama memandu kereta, anak muda ni berselfie-selfie.

Katanya..."huuyo, Amir handsome lah mama" Amirah, Aina, Alif  dan Yusuf di belakang...senyap je.
Daniel dengan Danish di kereta Chik Mah. Mencari partner masing-masing bila berjalan.
Sebelum 1:00 tengahari, kita dah sampai rumah Opah Nyah. Tengok orang kampung dah ramai. Yang nak balik pun ada. Sampai-sampai je, salam-salam...terus capai nasi, masuk rumah dan makan. Menu sedap jugak - ada kari kambing, ayam masak merah, sayur labu masak lemak, ikan goreng dan ulam-ulam serta sambal belacan. Nasinya, nasi putih aje.

Pemanis mulut - lepas makan nasi, makan kuih-muih
Sambil makan, sambil bersembang-sembang dengan saudara-mara. Masing-masing sudah mempunyai keluarga, kerjaya dan hal sendiri. Susah nak berjumpa. Kalau ada kenduri kendara, perayaan atau kematian barulaaaah dapat berjumpa. Waktu begini lah nak bertanya khabar pun. Lain masa semua sibuk.


Masa mama borak-borak, korang apa lagi, mainlah ye. Perut pun dah kenyang. Bawak yusuf nak buai baby aqiqah. Seronoknya dia..berangin je kena tiup dek kipas angin. Nak-nak pulak sekarang ni cuaca panas.


Tengah asyik bersembang, atok dah ajak balik. Eh! baru teringat nak makan laksa dengan bubur kacang. Keluar rumah, tengok laksa dah habis. Bubur pun tinggal dua tiga mangkuk je..cepat-cepat mama ambil. Nanti kempunan sampai kuala kangsar. Makan bawah khemah pulak dengan atok. Sembang lagi.

Selesai semuanya, kita balik. Terus tegak ke Kuala Kangsar. Kita rehat dulu di rumah opah. Petang pukul 6:00 baru balik ke TJJ. Hujan lebat masa ni. Sebelum tu...ada request pulak dari anak-anak nak makan aiskrim oreo. Tadi tak puas makan Chik Mah punya.

Kita singgah kedai. Amir berlari-lari dalam hujan membeli oreo. Lepas maghrib mama buat.

~Tak susah membuatnya.
1 tin susu pekat manis + 1 tin susu cair + oreo  + 4 tin susu air suam.
Ada yang letak secubit garam, tapi mama tak letak~
~AISKRIM OREO - kegemaran semua. Satu bancuhan dapat 25 batang.
Sejukkan dimalam hari, esoknya bekalkan ke rumah opah, licin dimakan cucu2.~

2 comments:

  1. Tengah panas ni jangan kata dihabiskan budak2, orang tua pun sama naik berebut aiskrim tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^