Monday, November 4, 2013

Selamat Tinggal Satriaku

Assalamualaikum,

Hari ini saya lepaskan awak pada orang lain. Berakhirlah hubungan kita. Awak takkan bersama saya lagi. Saya sebenarnya sangat sayangkan awak. Awak adalah harta pertama saya. Mula-mula saya dapatkan awak, saya sangat gembira dan pernah terdetik dalam hati takkan lepaskan awak sampailah akhir hayat awak. Tapi...keadaan memaksa saya untuk membuat keputusan. Awak terpaksa saya lepaskan atas banyak sebab. Saya dah tak mampu jaga awak. Awak hiduplah dengan orang lain yang akan ambil berat tentang awak. Bukan sebab saya dah ada yang baru tetapi sebab-sebab lain yang lebih penting.

Dulu saya betul-betul perlukan awak. Saya berusaha untuk dapatkan awak. Bila dah dapat saya jaga awak baik-baik. Taknak ada orang lain bersama awak. Biar saya saja yang akan bersama awak setiap masa.

Sekarang keadaan tidak mengizinkan. Saya dah tak punya masa bersama awak lagi. Saya selalu abaikan awak. Awak sudah tak berjaga. Dah lama tidak dibelai. Sebab saya dah banyak komitmen lain. Kesian awak kan?

Apa-apa pun saya sangat berterima kasih kat awak sebab awak banyak tolong saya. Hantar saya pergi kerja, bawak saya pergi jalan-jalan dan temankan saya ketika saya perlukan awak. Banyak jasa awak kat saya.

Saya tahu awak tak kisah pun tindakan saya kat awak kan? Awak redha je kan? Waktu saya lepaskan awak, awak diam je. Saya tahu awak tak marahkan saya. Awak memang........takde hati dan perasaan.
: (
: (
: (
: (
: (
: (
: (
: (
: (
: (
: (

Sebab awak hanyalah SEBUAH KERETA !!.


Dalam Kenangan


Selamat Tinggal Satria ku Sayang


Oktober 2010 - 31 Oktober 2013


Sayang Awak....Muah!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^