Thursday, November 7, 2013

Jalan-Jalan Kenduri Kahwin

Assalamualaikum,

Sempena cuti deepavali, ahad 4 November 2013 yang lepas, kita ada jemputan kenduri kawin di Manjung. Abang nuar kawin. Abang nuar tu anak sedara papa sebab mak dia sepupu dengan papa. Mula-mula berkira-kira juga nak pergi awal atau pergi pada hari kenduri sahaja. Tapi akhirnya kita decided pergi hari sabtu, tidur satu malam supaya tidaklah rushing sangat pada hari kenduri nanti.



















Selesai je solat maghrib, kita bergerak dari rumah. Ini dia muka- muka ceria sebab dah lama sangat tak jalan-jalan kan?


Papa, drive carefully.....jangan sms, jangan whatapps, jangan bbm bila memandu ye.... fokus jangan tak fokus. Bahaya malam-malam ni.

Sebelum kita check-in di Manjung nanti, papa nak jumpa dengan kawan papa di Lumut. Kawan sekolah papa dulu-dulu. Kerja di TLDM, Lumut.


Kita singgah di Restoran Briyani, Lumut. Dekat dengan area simpang nak menuju ke Teluk Batik. Kawan papa juga dah menunggu kita di situ. Since kita pun belum makan malam dari tadi...semuanya jalan laju-laju nak isi perut. Dah kelaparan.


Setelah menunggu dengan sabarnya...akhirnya apa yang dipesan pun sampai.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Makan sudah, minum pun sudah...tunggu papa dengan kawannya yang belum sudah-sudah bercerita. Berboraklah papa..kita orang kasi chance. Bukan selalu dapat jumpa member kan? Eh eh Amir, sibuk dok dengar sembang orang tua-tua pulak.


Selesai makan check-in di Hotel Ritz Garden, Manjung.


Deluxe Room - RM150 / mlm plus sarapan. Dua katil queen size. Boleh lah...satu katil untuk anak-anak dan satu lagi untuk mama dan papa.




Bilik air....bersih!


Lena diulit mimpi. Berhimpit-himpit dalam kesejukan aircond, menambah kemesraan adik-beradik.


Budak ni awal-awal dah mandi pagi semasa mama dan papa turun breakfast di coffee house. Selesai breakfast mama papa terus  ke pasar manjung beli nasi lemak. Masuk je bililk, budak ni baru siap mandi. Sejuk-sejuk perut pun lapar. Tak sempat pakai baju, terus capai makanan dan nyum nyum.


Ini dua orang budak belum mandi...


Sementara menunggu papa.....


Sampai di rumah mak yong (emak kepada abang nuar) kita menjamu selera dulu. Nampak tak yang dekat belakang tu....kerja tengah menunggu untuk bertukar tangan. Apa-apa pun perut mesti penuh dulu.


Mengadakan kenduri kahwin secara gotong-royong. Mengeratkan silaturrahim. Saudara-mara yang jauh, yang dekat, yang muda dan yang tua akan duduk sekali, menyinsing lengan baju, membantu tuan rumah menjayakan walimatul urus puteranya. Jarang-jarang dapat bertemu. Bila berjumpa banyak cerita yang dikongsikan, gelak tawa dan senda gurau hingga tak terasa kepenatan. Itulah kekuatan persaudaraan.


Setelah selesai.....akhirnya rebah juga. Tapi bagi anak-anak tiada apa yang lebih gembira melainkan bermain bersama sepupu-sepupu dan dua pupu masing-masing. Moga-moga ikatan kekeluargaan ini akan terus mesra sampai lah korang dewasa nanti.

Sebenarnya, kenduri kawin bukan nak makan nasi minyak tujuan utamanya. Selain memenuhi undangan, ia lebih kepada medan untuk sanak-saudara berkumpul untuk bertemu. Bertanya khabar dan berkongsi cerita. Yang kurang kenal dikenalkan. Yang kurang mesra dieratkan. Itulah keluarga...


Kepada abang Khairul Anuar dan Kak Umi Nur Farahin....selamat pengantin baru dan selamat menempuh alam baru. Semoga hubungan kekal dari malam pertama hingga ke hujung nyawa.


Hujan lebat mengiringi perjalanan pulang kita bersama dengan atok dan tok chu ke kampung. Atok akan bermalam di kebunnya di Jeliang dan tok chu bermalam di rumah pak long di Kg Pecah Batu sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan besoknya. Kita pulak akan ke destinasi biasa ~ Jerlun Jaya.

Selamat malam semua....badan pun dah penat. Esok kita ke kampung makan durian.

Luv, mama.







No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^