Thursday, November 14, 2013

Bila Daniel Bercerita........

Assalamualaikum,

Pssst! Pssst! Nama saya Daniel Hakim. Ini turn saya nak bercerita.


Saya dah tamat dua tahun pra sekolah di Sek Keb Raja Perempuan Muzwin. Saya dah pandai membaca dan mengira. Saya juga dah tahu menulis. Kali ni mama bagi saya peluang untuk menulis. Jom baca cerita saya.


Waktu balik dari sekolah hari ni, cikgu bagi gambar konvokesyen semalam. Tak nampak lah pulak. Takpe nanti saya tunjuk. Kertas-kertas tu...worksheet saya sepanjang tahun 2013, pun cikgu dah pulangkan. Saya nak tunjuk kat mama papa apa yang saya belajar kat sekolah. Niel belajar tau mama....betuuuul, Niel tak main.


Sebelum masuk kereta, saya mesti nak beli tidbits dulu kat abang E. Tengok kat side mirror tu...nampak je motosikal roda tiga abang E tengah menjual jajan. Mama selalu marah tapi saya nak jugak. Saya nak jugak. Kalau tak saya nangis. Kesian mama saya kan? Nanti Niel tak buat lagi ye mama, sorry.


Transit dulu kat office mama.


Layan tablet sambil tunggu mama buat kerja.


Kadang-kadang suka guna pc mama....main game Dragon City. Mama relax lah takyah buat kerja.

Ok...itu cerita saya hari ini. Oh ya, sebenarnya saya nak cerita pasal semalam. Semalam hari konvokesyen saya. Mama kata saya dah tamat pra-sekolah. Cuti satu bulan lebih lepas tu masuk tahun satu macam amir dan mira. Emmm mesti bestkan. Tapi tak boleh ikut mama lepak-lepak kat office dia lagi. Itu tak best.


Ini Kad Jemputan Untuk Ibu Bapa. Semalam mama temankan saya. Iring saya naik ke pentas ambik scroll. Terima kasih mama. Niel sayang mama. Ada juga kawan-kawan yang takde sapa-sapa datang. Kesian diorang.


Inilah mama saya.


Waktu pendaftaran kehadiran, mama dapat ni tapi saya isi dalamnya saya rembat semua. Lapar lah.


Tarian Inang ~ Persembahan dari kawan-kawan. Saya tak masuk apa-apa pun. Jadi penonton je tapi takpelah boleh duduk-duduk dengan mama sambil makan-makan cup cake.


Tapi yang ni paling saya suka...dewan pun gamat sekejap. Empat orang jejaka comel nyanyi lagu favourite saya ~ 'Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang'.


Saya pun ikut nyanyi dan melompat sama dari bawah. Bagi sokongan kat kawan. Tengoklah topi saya.....ish, ish, ish.


Atas pentas. Tapi kenapa gambar mama tak nampak. Mama ada kat belakang saya.


Beratur selepas dapat sijil.


Ini sijil saya.


Gambar dengan classmate dan gambar konvo yang dah diambil awal-awal dulu.


Kenangan bersama classmate.


Di sinilah tempat saya menimba ilmu. Kelas saya, Pra Satu Pintar. Dalam kelas ada empat meja berlainan warna ~ merah, hijau, kuning dan biru. Waktu cikgu mengajar, kami akan duduk atas tikar tu. Dengar dan pandang cikgu kat depan. Tahun Satu nanti takde lah 'colorfull classroom' cam ni lagi. Sedih-sedih....


Bila ada aktiviti membaca atau menulis baru duduk di meja. Cantik tak meja tempat saya belajar? Satu meja ada lima kerusi untuk lima kawan-kawan termasuk saya. Dalam raga putih tu ada lima set pensel warna dan lima set alat tulis. Bila datang sekolah tak payah bawak beg. Semuanya dah tersedia di sekolah. Senang kan? Lenggang kangkung datang sekolah. Tahun depan kena bawak beg, kena bawak buku.....emmm tak best , tak best, tak best....


Tapi mama dah pesan...kena rajin-rajin pergi sekolah. Kena rajin belajar. Jangan asyik tak best jer. Sebab saya nak jadi pandai. Saya nak berjaya dalam hidup. Saya nak hidup senang. Saya nak balas jasa mama dan papa. So...saya kena berusaha untuk mencapainya. Sebab mama saya kata 'USAHA TANGGA KEJAYAAN '. Saya akan buktikan. Saya sayang mama papa saya.



Dan ini bukti mama sayangkan saya. Pagi-pagi lagi sebelum temankan saya ke sekolah, dia dah siapkan lunch untuk kami semua. Sambal sotong kegemaran keluarga. Terima kasih mama. Balik dari sekolah dah terus boleh makan. Yeay!


Salam Sayang,
~danielhakim~

2 comments:

  1. Best tengok si Daniel berkonvo.. segak bergaya uollss...sedap la tengok sambal sotong cik KB.. Minah Kiwi teringin nak masak sambal sotong malam ni

    ReplyDelete
  2. Sedap tengok sambal sotong yang KB buat pagi2 untuk makan lunch lepas Daniel habis convo. Minah Kiwi teringin nk buat sambal sotong malam ni

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^