Monday, November 11, 2013

Chik Teh Kawin, Durian dan Bola

Assalamualaikum

Dua hari di hujung minggu banyak betul aktiviti kita. Jumaat dan Sabtu kenduri kawin Chik Teh. Then hari ahad kita balik kampung dan tonton bola.

Bila sebut je kenduri kawin ni banyaklah persiapan yang nak kena buat. Week day minggu ni mama tak de ambil cuti sebab first week of the month banyak report yang nak kena prepare dan few thing yang kena siapkan. Jadinya kita berulang alik di sebelah malam ke rumah atok. Tolong-tolong mana yang perlu. So this week penatlah jugak berulang-alik.


Tengah siapkan souvinier untuk keluarga pengantin lelaki.


Jumaat malam selepas solat Maghrib, berlangsung majlis nikah. Masa ni mama papa baru balik kerja, kelam kabut sikit. Alhamdulillah sempat sampai sebelum nikah bermula. Selamat dah Chik Teh jadi isteri Chik Zul. Semoga menjadi isteri yang solehah dan disayangi suami dunia akhirat.

Sabtu majlis kenduri. 


Di khemah depan sekali tempat menerima kehadiran tetamu jemputan. Kotak-kotak hijau tu, cup cake untuk tetamu yang datang. Eceh ceh ceh...letak gambar sendiri.


Sebelah tu pulak khemah untuk para tetamu tinggalkan kenang-kenangan untuk pengantin. Nak letak thumb print sendiri boleh, sign autograph pun boleh. tapi tengoklah budak-budak paling suka ngan benda-benda ni.. Main chop-chop suka lah kan?


Chop banyak-banyak daniel..


Yeay! lepas tu dapat gula-gula.


Jangan lupa sign autograph sekali.


Masa ni muka dah berminyak. Berpeluh-peluh kepanasan.
Photo taken by Amir Haziq


Pinky Green

Sebelah malam, pengantin bukak hadiah. Takde gambar yang sesuai nak tempek sebab semua tak tutup aurat.

Hari Ahad sebelah petang kita balik kampung ke rumah pak long. Tapi pak long kerja shift petang. Yang ada opah chik sorang je kat rumah.


 Kebetulan kita sampai, opah chik baru nak keluar mengutip durian. Apa lagi kita pun ikut la join sekali.


Cari durian.


Ada bau ke?


Amir dah jumpa sebijik.


Papa dapat lagi banyak


Opah lagi senang. Cari kat celah-celah pokok lengkuas tu jer....dapat banyak jugak.


Dah penuh satu kereta sorong, daniel jumpa lagi sebijik. Happy nyer dia. Berlari-lari tunjuk kat opah.


Cuci sampah dan daun-daun kering yang lekat kat duri durian.


Hasil tuaian petang ni


Nak makan kena kupas sendiri


Dah siap kupas baru boleh makan. Gara-gara kenduri kawin semalam, kaki amirah penuh dengan inai. Ish-ish ngeri mama tengok, dah melebihkan pengantin. Mama sendiri tak sedar bila masa dia pakai. Tau-tau dah merah menyala. Apa-apa saja la mira.


Emm sedapnya.


Dah puas makan, lepak dulu layan tab. Muka pun dah gatal-gatal sedekah darah kat nyamuk belakang rumah opah tadi.


Balik dari rumah opah chik kita singgah kat kebun atok. Nak tengok ade ke durian yang jatuh.


Tak ada rupanya. Masih banyak yang di atas pokok menunggu masa nak gugur.


Rambutan pun banyak yang dah masak atas pokok.


Pusing-pusing kebun dan balik.


Malam, meneman papa tengok game bola. Amir minat bola tapi Mira dah bosan. Daniel still steady layan tab.


Game antara Team MB dengan Staff Kisdar. Keputusan berakhir dengan Team MB-3, Kisdar-0. Jurugambar cilik sedang mengambil gambar.


Tosai dengan kuah kari.


Nasi goreng ayam.


Roti tisu garing.

Kekenyangan, keletihan dan 'kemengantukan' yang teramat sangat. Moga hari-hari kita lalui penuhi dengan ceria dan kasih sayang. Banyak pengalaman yang ditimba hujung minggu ini. Sampai rumah.....zzz, tidur. Esok pagi-pagi dah nak bangun ke sekolah. Bye-bye.

Luv, mama.

1 comment:

  1. Bestnya KB kutip durian dekat dusun..teringat Minah Kiwi time kecik kecik dulu balik kampung nenek cari buah durian

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^