Showing posts with label Keluarga Saya. Show all posts
Showing posts with label Keluarga Saya. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Dompetku Hilang

Assalamualaikum

Budak-budak sekarang, bila pergi sekolah mesti nak lengkap semua. Contohnya, kena ada wallet untuk simpan duit belanja. Zaman saya dulu bila mak kasi duit belanja, simpan dalam poket baju sekolah. Boleh jer pergi sekolah, takde masalah pun. Anak saya sekarang, kalau takde wallet rasa macam tak cukup syarat....Kosong jer pun, bila bagi duit baru berisi wallet tu. Tapi anak-anak sekarang, dorang rasa wallet tu sangat penting dan jadi kemegahan bagi sapa-sapa yang ada wallet. Wah wah wah, budak-budak sekarang...anak saya lah, anak orang lain mungkin tak, kot.

Petang tadi masa nak siap-siap hantar anak ke sekolah agama, si bongsu main-main dengan wallet biru 'kebanggaan' dia. Ada logo Chelsea lagi. Main punya main, sampai dia misplace letak kat mana. Tiba masa nak pergi, dia nangis-nangis tak nak masuk kereta.

Daniel: Mama, mana dompet nyel, dompet nyel mana......*mood nangis, lompat-lompat*

Saya: Hari ni takyah bawak dompet ye, nanti balik sekolah kita cari

Daniel: Taknak, taknak, nak dompet jugak...uwaaa... uwaaa....*guling-guling atas lantai*

Saya dan kakaknya carilah satu rumah sebab nak suruh dia pergi sekolah jugak. Habis semua tempat kena geledah, wallet punya pasal. Tetiba papa masuk campur....

Papa: Udah, jangan nak mengada-ngada, cepat masuk kereta!! mood marah tanpa belas kesian

Dengan rasa tak puas hati, dia pun masuk kereta dengan air mata berjujuran nangis-nangis, dompetnya tak jumpa. Sambil jalan....kakak mira rasa-rasa kat kepala Daniel sebab terjojol je macam bonggol unta.
_ _

_ _

_ _

_ _

_ _

_ _

Mira: Ni hah apa? Dia yang lupa letak dalam topi (songkok), suruh orang cari

Daniel: Sapu-sapu air mata, mulut terkulat-kulat malu.....*muka ~ nyorok-nyorok kat seat kereta*


Satu kereta gelak kat dia, daniel, daniel....bikin lawak dipetang hari. 


Simpan kat songkok tu yang tak boleh blah,
kah kah kah...tak boleh tahan, nak gelak jugak.


Terima kasih sebab sudi baca.


Monday, February 3, 2014

Mancing Di Tronoh Pulok

Assalamualaikum

Saya guna loghat Perak.

Ape kabo komer? Yeop yong dah makan ke? Tajuk kemain lagi yek, ara masak tempoyak. Bebenor ke komer, ikan ara masak tempoyak?

Nak dijadikan ceghiter, Khamis 30 Jan baghu-baghu ni teman satu keluarge pegi ghomah adik ipor teman (adik somi) nuuun kat Tronoh sana. Lepah abis koje, ambik bebudak skolah, solat maghrib, makan malam, stat enjin krete..jalan. Maklum le, cuti ghaye cina...yeop yong. Bejalan le kumer. Somi nak mancing sebenornya, itu yang yer nyer! Sampe sana teghuih turun mancing....anak teman pun ngekor juger, dah pebret demer. Itu le kojer nyer bile cuti-cuti ghoper ni. Buleh baca kisah mancing anak beranak teman KAT SINI dan KAT SINI. Teman dengan isteri adik ipor dok ghumoh dulu, dah malam. Bior orang laki turun dulu. Tido pun tepi ayor komer, jangan tak cayer pulok. Kami yang pompuan-pompuan ni esok pagi kumer (kami) follow yer....

Pagi 31 Jan Jumaat :


Seperti yang disembang kat ateh(atas) tadi, pagi-pagi dah turun ngikut somi memasing. Bawa bekfes sekali, kira macam piknik tepi kolam ler...Nampok ikan besor tegolek ateh ghumput tuu. Kaghang teman ceghiter yek.


Sebelum nak makan tu, pasang umpan dulu. Idok le ghugi masa. Menyelam sambey (sambil) minum ayor.


Campok, dah letak leklok kat stand dia, biorkan kat situ...


Mentare umpan kena cagut, baghu boleh makan. Tengok ler makan pun ngadap ayor.....
Ini teman punyer bighras dengan anak buah.


Dah mengena! Nelayan makan, ikan pun makan juger. Tapi pepagi ni memang umpan senang benor mengena tapi yang kecik-kecik ajer. Ikan besor tido agoknye yek. Demer meghayap malam-malam apa?


Bebudok aktiviti bebudak le...sauk ikan, sauk siput, sauk sampah.


Dah boring sauk-menyauk, panjat pokok. Baik-baik jatuh komer.....


Mok-mok berlabun jer.


Budak besor ni, tetap mancing. Tak jemu-jemu.


Taghik....


Dapat sekor ikan talapia. Wey, lupe pulok teman nak ceghiteeeer. Moh sini, teman nak ngabor.......


Lampam dengan talapia ni, dapat masa malam-malam tadi. Lampam besor tiga ekor, talapia banyok ekor jugok lah. Idok le teman ngire.


Yang ni ikan patin, dapat pagi tadi. Kumer bawok ke ghumoh mentua. Teman masak tempoyak untuk tetamu yang datang masa adik ipor teman bertunang. Ghamey (ramai) yang boleh merasa.


Yang lampam, talapia pun dah selamat kena siang. Bawok juger ke ghumoh mentua. Dah tengahari, kumer kumbah (balik) ler...oghang laki nak solat jumaat.

...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................dari tronoh kumer ke ipoh sebab adik ipor teman bertunang.

01 Feb Sabtu :


~ Selamat Bertunang Noni ~
Habeh dah stori mori teman cuti ghaye cina ni.
Wassalam.



Luv, mama amir mira daniel

Thursday, January 30, 2014

Kita Memancing Lagi

Assalamualaikum

25/01/2014

Minggu lepas kami memancing lagi. Kali ini buat umpan banyak-banyak. Lepas tu beli anak udang untuk umpan udang galah. Bulan lepas pernah turun memancing tapi hampeh tak dapat seekor pun. Baca entri tu KAT SINI. Insyaallah kali ini mungkin berhasil kot.

Seperti biasalah kan, muka yang suka join mancing ni tak lain dan tak bukan anak sulung kami, amir. Semangat kemain lagi. Adik-adik lebih rela tengok tv kat rumah.


~ my aMiR ~

Ok, korang kalau nak pergi memancing, sudah tentunya kena ready umpan, mata kail mesti dah ikat dengan tali tangsi dengan baik. Bawak beberapa spare mata kail, tali tangsi, gunting, pisau batu kail, dan torchlight (kalau aktiviti malam). Semua tu boleh letak dalam tool box, macam ni.


Oh ya sebelum terlupa, nak bagitau korang jugak, sekiranya memancing sebelah malam dah tentu banyak nyamuk kan. Cara kami nak halau nyamuk..senang je. Bawak tempat letak telur yang kosong ni, pastu bakar.


Tengok....berasap-asap. Memang confirm nyamuk tak datang kacau.


Bila dah comfort, dah cari pot yang sesuai, baru boleh pasang umpan.


Ini papa punya umpan.


Umpan untuk ikan ~ pallet campur dengan air, tepung, daun kari, bawang putih dan rempah kurma.
Macam nak buat kuih pulak kan. Emm apa-apa saja lah papa ni. katanya nak bagi wangi.


Ini umpan untuk udang galah. Kami beli je kat kedai ikan. Biasanya kalau papa rajin, dia akan sauk kat sungai sebelum turun mancing. So kalau dah beli tu...kira-kiranya ada kemalasan sikit lah tu. :(


Papa dan mama ~ posing-posing sementara umpan mengena.


Tadaaa...sekor udang dah kena umpan. Yeay!! best-best


Amir pun nak gambar ngan udang gak.


Hasil tangkapan malam tu. Lampan dengan udang galah. Jadi lah....

So...bila dah dapat tu, kira puas hatilah. Hari pun dah larut malam. Mira ngan daniel kat rumah, jadi tak bolehlah tinggal lama-lama. Kita orang pulang dengan senang hati dan berbaloi lah duduk dua jam kat tepi sungai. 

Esoknya mama masak lemak cili api ikan. Alang-alang ada udang mama campurkan sekali tapi tak sempat nak snap gambar, dah kena balun ngan anak-anak. Ikan lampan mama goreng tepung aje. Rangup dan manis isi nya. Sesiapa penggemar ikan sungai mesti suka.

Itu aktiviti malam minggu kita, nanti boleh pergi memancing lagi.

Luv, mama

Monday, January 27, 2014

BKAP1M: Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia

Assalamualaikum

Bulan pertama persekolahan, banyak perkara baru mesti dipelajari. Banyak benda baru harus diganti. Kehendak yang melampui batas dan kekangan kewangan yang dihadapi. Dengan dua point ini mama terpaksa menangguhkan dahulu beberapa perkara dan mendahulukan perkara yang lebih penting.

Apa yang mama buat, pertama...membayar keperluan sekolah kebangsaan untuk tiga orang anak-anak mama. Kedua, membayar yuran sekolah agama di sebelah petang untuk mira dan daniel. Ketiga, membeli pakaian sekolah daniel sebab daniel akan masuk tahun satu pada 2014. Memang dia tak ada baju jadi nak tak nak terpaksa beli.

Untuk kasut, beg dan pakaian amir mira mama tangguhkan dulu. Alhamdulillah anak-anak mama faham tentang masalah yang mama hadapi. Mama mintak maaf dan terima kasih kerana memahami. Mama sayang kalian semua.


22 Januari 2014, BKAP1M diterima. Seperti yang mama janjikan dengan duit ini mama akan manfaatkan untuk semua keperluan yang masih tertangguh. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada PM. Beban mama pun dapat dikurangkan.


RM 300 untuk tiga orang anak.


Amir RM100


Mira pun RM100


Daniel RM100 jugak :)

Dah dapat, kita terus ke kedai petang tu, beli apa-apa yang belum dibeli. Ganti apa-apa yang belum diganti. Bayar apa-apa yang belum dibayar. Semuanya untuk korang, mama tak akan guna duit itu untuk mama. Insyaallah.

Antara yang kita beli dan sempat mama ambil gambar...........


Kasut mira dan daniel...


Baju sekolah mira dan daniel...... harga tu ialah harga yang mama bayar kat taukeh kedai tu - baju, tudung, baju melayu dan singlet


Kasut sekolah amir....

Barang-barang yang takde dalam gambar - baju amir, beg sekolah daniel dan separuh bayaran untuk program UPSR amir.



Ini kasut lama yang telah diganti dengan yang baru. Tapi mama tak bercadang nak buang. Masih boleh dipakai. Kalau waktu PJ boleh pakai kot ek? :P

Dan, apa yang paling penting sedikit ringgit dari duit amir, mira dan daniel tu, dah kita salurkan ke tiga masjid untuk kegunaan kebajikan. Ingat ye anak-anak mama, duit atau harta yang kita dapat tu bukan 100% milik kita, tetapi adalah milik orang lain yang masih memerlukan. Sebab itu Allah hukumkan zakat. Harap amalan kita ini akan menjadi amalan yang berterusan. Insyaallah.

Belajar rajin-rajin ye anak-anak mama. Semoga berjaya di dunia dan di akhirat. :) :)

Luv. mama.

Sunday, January 5, 2014

Gathering @ Kasih Berteduh

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Ahad pertama di tahun 2014. Semoga kita semua ceria-ceria selalu.


Di mana ni? Di mana ni? Apa pasal banyak kereta ni? Ada kenduri ke?

Haa, macam ini lah kalau dah berkumpul adik-beradik. Parking lot semua penuh. Chik Joi ajak makan malam di rumah atuk. Orang kata rezeki jangan ditolak. Jadinya hari ini dapur mama tak berasap. Tengahari makan kenduri, malam makan di rumah atuk. Bila ada orang sponsor mama cuti masak. Hip hip hurray.


Manfaatkan tempat yang ada. Duduk bersila beramai-ramai.


Tambah nasi, tambah nasi, jangan memalu.

Nasi beriani, kari ayam dengan kurma daging. Taukeh ayam mesti ada menu ayam kan.

Makanan ditaja oleh Chik Joi dan dimasak oleh Chik Mas. Terima kasih ye...kita orang balik dengan perut kenyang, lalalalala :) :)


Geng menantu bergosip.


Yang besar tengok handphone...


Yang kecik layan tablet.


Lepas kenyang, ambil angin malam di luar. Bila dah ramai, selipar bersepah-sepah. Siap ada penyapu lagi kat depan pintu. Kerja budak-budak lah ni.


Makan depan pc atuk, tengok cerita 'Hantu Tok Mudim'. Mula-mula sorang dua.


Lama-lama makin ramai.


Dan ini akhirnya...bersesak-sesak!


Cerita dah habis, ada aktiviti lain pulak. Tangkap katak....bila dah berjumpa, ada-ada je kerja korang kan?


Tahniah, tahniah...hasil tangkapan malam ini. Muka Danish macam bangga je. Ok encik katak, pergi main jauh-jauh.

Apa lagi kerja korang ni....


Panjat tiang lah pulak...balik rumah atuk aje, tak sah kalau tak panjat tiang ni. Lepas sorang-sorang. Pertandingan siapa boleh panjat paling tinggi. Lepas tu sorak ramai-ramai.


Dah penat panjat, gadis genit lepak sini bersembang hal perempuan.


Teruna besar nonton bola, Frenz United vs Liverpool, TV1....teruna kecik berlari berkejaran sampai tak boleh nak ambil gambar.


Baby kawan dengan baby. Baby lagi satu dah selamat dalam buaian. Sleeping beauty..safa.


Seperti sejambak rambutan, ada warna kuning, ada warna merah. Walaupun berlainan warna ia tetap dari pokok yang sama. Begitu juga kita, walaupun berlainan rupa wajah tapi kita tetap serumpun. Atuk yang sama dan opah yang sama.

Ini cerita kita di malam minggu. Jadikan ia sebagai satu kenangan yang indah untuk dikenang. Sebabnya zaman kanak-kanak adalah zaman paling gembira dan ia takkan berulang.

Luv, mama