Wednesday, October 23, 2013

Perasaan itu Juga Dari Allah

Assalamualaikum,

Semalam hati mama kurang senang. Berperang dengan perasaan, bercampuk aduk antara benci, marah dan kecewa. Mama luahkan pada papa kenapa perasaan mama jadi macam tu. Mama harap papa faham. Dan mama telah tulis status di facebook untuk meluahkan apa yang mama rasa tapi tidak pulak ditujukan kepada mana-mana pihak. Sekadar buat renungan kepada rakan-rakan fb tentang sepotong ayat Quran yang mama tulis tu. Ayat mama dalam status tu macam ni....

berperang dengan perasaan
benci...marah...kecewa...
memujuk hati supaya sabar...
sabar dengan kesabaran yang sebaik-baiknya
kerana perasaan itu datang dariNya dan
kerana sabar itu juga separuh daripada iman
Fasbir Sabran Jamila - Al-Ma'arij:5

Tapi papa telah tegur mama kenapa tulis status-status yang macam tu...dia tak suka dan marah mama. Pagi ni mama dah mintak maaf kat papa. Harap-harap sejuk hatinya. Mama remove status tu dan update kan di blog ni.

Mama juga tahu bahawa pengorbanan perlu kesabaran yang tinggi. Takpe lah...bersabarlah hati, sesungguhnya Allah akan bersama-sama orang yang sabar. Moga beroleh kebaikan dengan kesabaran ini. In Sya Allah.


Fasbir Sabran Jamila
"Maka bersabarlah dengan kesabaran yang cantik (sabar yang paling baik)" ~ Surah Al-Ma'arij: 5

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^