Monday, November 18, 2013

Dua hari dua malam di 'Kasih Berteduh'

Assalamualaikum

Hari pertama cuti sekolah kita menginap di 'Kasih Berteduh'. Kasih berteduh? Emm itulah nama yang atok bagi untuk rumahnya. Rumah yang penuh dengan kasih sayang. Tempat berteduh sembilan anak-anaknya. Juga untuk isterinya tersayang. Kini rumah ini dah kurang penghuninya. Masing-masing dah berhijrah ke rumah sendiri setelah punya keluarga. Tapi sekali sekala kita balik juga menjengah sebab rumah inilah tempat mama membesar. Banyak kenangan tersimpan kat sini.

Rumah atok tak seindah banglo tapi cukup damai untuk kita.


Kenapa mendamaikan? Sebab rumah atok mengadap sungai. Buka je pintu rumah mesti nampak ni dulu.


Kehijauan pokok-pokok dan gunung-ganang sepanjang Sungai Perak


Juga ada masjid di seberang sungai betul-betul berhadapan rumah atok. Masjid yang menyimpan seribu satu misteri batu nisan di dalamnya.

Rumah kampung, tepi sungai bila hujan cuaca sangatlah sejuk. Malam tak payah guna aircond pun dah cukup sejuk. Mesti nak mencari selimut berbungkus-bungkus badan dalam kedinginan malam. Seronok betul! Bila dah pagi, nak mandi pun berkira-kira sebab airnya macam ais. Menggeletar seluruh badan.

Sabtu, hanya duduk santai-santai di rumah. Tiada banyak aktiviti boleh dibuat sebab hari hujan. Masak bersama. Makan bersama. Bersembang-sembang. Menonton tv. 


Duduk melayan pemandangan depan rumah.


Anak gadis berpayung BN dalam renyai-renyai hujan.

Sebelah petang bila hujan dah berhenti kita pergi jalan-jalan tepi sungai depan rumah.


Ada sangkar ikan. Di sini kalau nak makan ikan fresh, boleh terus berurusan dengan penternaknya. Senangkan?


Sambil jalan-jalan makan rambutan.


Tengok orang memancing


"lihat dalam air nampak bayang-bayang, campak satu batu bayang pun hilang"



Burung-burung pulang ke sarang


Sangkar ikan bersama dangau terapung atas air.


Bila azan maghrib berkumandang, kita pun begerak balik ke rumah.
 

Rambutan tadi dah habis dimakan, ambil lagi sejambak kat pokok.


Budak ni suka makan rambutan.


Hari Ahad, selepas sarapan pagi lepak-lepak di halaman rumah. Ambil alih tugas atok dan mak menyiram pokok.


Sementara abang menyiram pokok, dua adik yang belum 'bersiram' ni tengah asyik dengan aktiviti masing-masing.

Mama pulak ronda-ronda sekeliling rumah tengok pokok-pokok tanaman atok dengan mak. Banyak yang dah hidup subur. Beginilah rezeki di bumi Allah jika kita pandai berbudi pada tanah. Alhamdulillah.


Panjang-panjang betiknya. Dua tiga biji dah pun diambil buat hantaran semasa Chik Teh kawin minggu lepas.


Pandan. Senang bila nak masak nasi lemak.


Cili padi. Favourite papa, bila makan nasi goreng mesti petik cili segar dari pokok.


Serai


Terung.....'Teronto' kata P.Ramlee dalam filem Ahmad Albab.


Lebar-lebar daun kunyit mak. Di belakang tu ada pokok ubi kayu, selalu ambik pucuknya buat ulam. Daun bulat-bulat di pangkal pokok kunyit tu, daun pegaga. Di celah-celah pokok kunyit, ada bunga kunyit yang berwarna putih kekuning-kuningan. 


Nah! Ini dia mama zoomkan dekat-dekat bagi nampak. Bunga kunyit ni sedap dibuat ulam cicah dengan sambal kelapa. Emm...nyum-nyum.

Belakang rumah ada pokok kari, lengkuas, belimbing buluh, limau kasturi tapi sayang mama tak ambil gambar. Nanti balik sekali lagi mama tempek.



Santai-santai lepas makan tengahari. Baring-baring sebelum kita meninggalkan kampung halaman.
'Kasih Berteduh' nanti kita datang lagi ~ sayonara.



Luv, mama.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^