Friday, December 6, 2013

Jom Beriadah

Assalamualaikum,

Lama tak update blog. Apa kabar anak-anak mama semua? Semoga ceria selalu. Sejak cuti sekolah ini, sebelah petang kita menghabiskan masa mengambil angin sambil-sambil beriadah. Ala-ala training bola. Sebab sebelah paginya dari hari Isnin sampai Khamis Amir ada latihan bola di sekolah untuk pemilihan pasukan tahun 2014. Dan Sabtu hujung minggu ni pulak, papa ada friendly game. Nanti mama update game papa ye. Sangat seronok.....lama tak jalan petang-petang kat sini. Teringat mama masa zaman muda-muda dulu. Mama dengan papa selalu lepak sini. Papa pun di zaman sekolahnya suka main bola kat padang ni.

On the way ke padang bola, kita akan nampak ini..........cantikkan?


Masjid Ubudiah. Salah satu masjid tercantik di Malaysia. Kubah kecik sebelah tu, Makam Diraja.


Sampai padang, semua siap dengan boot masing-masing. Daniel belum pandai ikat tali sendiri. Nanti belajar ye Daniel.


Budak demok ni tertinggal track bottomnya di rumah. Main pakai jeans la jawabnya. Muka masih boleh tersenyum sebab excited sangat nak main.


Cik Kak ni muka monyok sebab takde boot. Jealous abang adik ada boot, dia takde...lupa agaknya dia tu gegurl kot.


Padang tempat kita main. Di tepi sungai perak, di bawah langit yang biru, kehijauan rumput dan pokok di tambah angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Nyaman sekali.


Berlatarbelakangkan Istana Iskandariah. Jadilah, nampak sikit-sikit kubah dia kan? Ini gambar hari ke-2 pergi padang....(perasan tak dah tukar t-shirt lain).

Jom tengok aksi-aksi papa and the boys training.









Inilah aktiviti kita. Semoga kasih sayang semakin erat. Hubungan semakin rapat. Penuh gelak tawa. Sama-sama terhibur. Sama-sama sihat. Simpanlah kenangan ini kerana ia tidak akan dapat dibeli di mana-mana.


One big happy family


Lima pasang mata memandang arah yang satu, moga lima keping hati pemilik mata-mata ini juga diikat dengan kasih sayang yang satu. InsyaAllah.

Luv, mama.




No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^