Saturday, March 25, 2017

Yusuf Minggu 11 : Bubble Time


Sabtu, 26 Jamadilakhir 1438H


Minggu lepas Yusuf dengan kawan-kawannya ada outdoor activity. Mereka mandi kolam. Yehaaa!!


Sehari sebelum tu, teacher dah pesan siap-siap datang taska esok pagi pakai pakaian yang bersesuaian. Sebabnya lepas breakfast mereka nak terus terjun kolam 😊


Memandangkan Yusuf tak pernah ada swimwear, mama pakaikan Yusuf overall saja....hehe. Maklumlah, selama ni dok terjun lata ajer, mana pernah proper attire bila nak berenang. Kira set lah, teacher pun takde complain apa-apa. Janji tak berb*g*l sudahlah kan.


Jadi inilah dia aktiviti mereka pada hari Khamis lepas......

Berkumpul dulu di tepi kolam menunggu air naik. Kata teacher pagi tu air slow, lambat nak penuh. Yusuf dan kawan-kawan 2 tahunnya, kumpulan yang tengah tu. Kecik ajer berbanding dengan budak lain dah besar sikit.


Dah mula turun seorang demi seorang.....Yusuf yang mana satu, carilah ya.


Bukan main seronok lagi deme siap pakai goggle, watergun pun ada dibekalkan teacher!


Main tak hengat donia dah!! 😄😄😄


Menurut teacher, Yusuf mandi kolam tak takut langsung dengan ramai-ramai orang ni.....Main ajer dengan kawan-kawan. Yusuf seronok, teacher pun seronok.


Kalau dah begitu, mama pun seronok jugaklah. ^_~













3 comments:

  1. AMPAK SERONOK YUSUF N KAWAN2NYA BERMAIN KOLAM.

    ReplyDelete
  2. Teacher nak kena hati hati jugak tu. Takut jugak budak budak tu tergelincir ye Rul. Kalau benjol mau teacher tak kena marah dengan mak bapak

    ReplyDelete
  3. seronoknya anak2 dapat mandi kolam ramai2

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^