Wednesday, May 31, 2017

Mama dan Mei

Rabu, 5 Ramadhan 1438H


Alhamdulillah, sudah hari ke-5 kita berpuasa dan hari ini hari terakhir di bulan Mei. Bulan Mei aku tahun ni, bulan agak padat. Bulan Mei juga sangat bermakna bagi aku.

Awal-awal bulan lagi sudah mendapat arahan untuk menghadiri kursus di Kelantan. Memang sudah tidak boleh ditepis-tepis lagi. Terpaksalah pergi jua. Jika orang lain bagaikan seronok tapi bagi aku berat benar nak meninggalkan anak-anak.

Antara gambar-gambar ketika di Kelantan. Penginapannya, alahai di hostel sahaja. Bilik air di luar bilik tidur. Maka, kenalah berjalan pulak di koridor untuk ke bilik air. Sama seperti di asrama dolu-dolu...^_^. Empat bilik tidur, berkongsi satu bilik air.

Satu bilik berkongsi dengan dua orang peserta. Kebetulan pulak, room-mate aku tu ada baby yang masih fully breastfeeding. Jadi, dia datang dengan husbandnya dan menyewa homestay. Oleh kerana itu, tinggallah ahkak ni seorang diri selama tiga hari dua malam di situ. Memalam, ahkak berselubung dengan selimut, tak matikan lampu sampai pagi...hihi.

Bab makan, biasa-biasa aje. Udah kata tinggal di hostel, makanannya pun ala-ala hostel lah jugak. Mujur juga tidak dihidangkan menu-menu mewah bak hotel. Mahu menitis air mata mengenangkan anak-anak makan apa di rumah!

Nampak muka aku tersengeh lebar aje tapi dalam hati siapalah yang tahu. Asyik memikirkan bilalah nak habis kursus.

Ini pula gambar-gambar laut, hutan dan gajah. ^_~.

Ada satu hari, waktu petang - sessi melepaskan peserta pergi ronda-ronda Kelantan. Urusetia sediakan bas untuk pergi ke Wakaf Cek Yeh dan makan malam di Tok Bali. Namun, aku dengan dua orang lagi rakan, pergi melencong ke pantai PCB. Jalan-makan-balik asrama. Tak kuasalah nak bershopping sampai larut malam macam mereka yang naik bas tu.

Sebelah kiri bawah, gambar Banjaran Titiwangsa. Persinggahan terakhir sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Perak semula.

Gambar paling atas, tu gajahlah kan. Siapa pulak yang tak kenal gajah. Haiwan ni melintas jalan sewaktu kami nak pulang balik Perak juga.


Sehari dua balik dari Kelantan, aku berkursus empat hari di Ipoh. Hari-hari travellah sebab dekat aje. Kebetulan, hari pertama kursus tu adalah tarikh birthday aku. Dan tanpa disangka-sangka, pada hari terakhir kursus, urusetia bagi surprise - panggil aku ke hadapan untuk ambil hadiah birthday. Tersipu malu pulak ahkak ketika itu.

Isinya cuma coklat, balik rumah tak sempat nak ngap, anak-anak dah sambar dulu.(^_^)


Yang ini pula, kad ucapan 'Happy Mother's Day' dari Yusuf. Dia buat di taska dengan cikgunya. Waktu terima kad ni, aku tersenyum, hati tak tahu nak gambarkan...terharu ke, gembira ke. Tapi sweet sangat, tersentuh hati! 


Itulah kisah aku di bulan Mei. Selalunya Mei ni sinonim sangat bagi aku sebab tarikh birthday dengan hari ibu tu dekat sangat, Selang sehari dua saja. Biasa kami tak sambut apa-apa pun, baik hari jadi atau hari ibu.


Tapi satu benda yang aku selalu buat. Bila sampai hari lahir aku, aku akan pergi ke rumah emak, berbual dengannya dan berterima kasih kepadanya kerana telah bertarung nyawa melahirkan aku pada tarikh itu. Aku nak emak gembira. Sampai bila-bilapun emak adalah syurga aku! Aduh...tetiba rasa nak nangis.








7 comments:

  1. Ya lah kak bila hari lahir kita mesti terinagtkan emak yang melahirkan kita kan.. alahai tinggalkan anak2 tu yang tak bestnya kan, saya pun b=pernah berkursus semasa masih susukan adelya sampaikan bengkak susulah dibuatnya huhu

    ReplyDelete
  2. Dulu masa masih bekerja, memang seronok kalau dapat pergi berkursus. Tapi waktu anak-anak masih kecil, memang berat nak tinggalkan mereka...

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday KB..tak sempat Minah Kiwi nak ucapkan..semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki seadanya kan

    ReplyDelete
  4. Akak faham perasaan KB yang rapat dengan anak2 ,terpaksa berjauhan seketika ....setiap waktu pasti rindukan mereka kan.
    Perenggan akhir tu buat akak sedih pula..bertuah nya masih punya ibu...

    ReplyDelete
  5. Bab kursus jauh2..
    Pastu tinggalkan anak2..
    Buat kita berat hati nak pergikan..
    Dulu2 masa anak2 CH kecik..
    Angkut dan sewa homestay mcm tu..
    Ye lah dorang menyusu badan.. masa tu baru 3 bulan..
    Nak ditolak tak boleh..
    Skrg ni kalau cuti sekolah CH gi kursus.. angkut juga dorang..

    Samalah kita lahir bulan mei KB..
    CH pun tak ada buat sambutan pun tahun ni..
    Termasuk nabil yg birthday mei juga...

    Cantiklah kad hari ibu dari yusof..
    Buatkan utk auntie satu yusof hihihi..

    ReplyDelete
  6. sama macam mak saya kak. birthday bulan mei jgak. Lepas beberapa hari, hari ibu sedunia pula. memang boleh menitik air mata kalau cerita pasal mak.

    Kak, 'ramai'nya gajah lalu. scary! 😂

    ReplyDelete
  7. Seriusly cantik gila kad tu...comel dan sangat kreatif tau

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^