Wednesday, June 7, 2017

Yusuf Minggu 20 :: Buah-buahan πŸ‰πŸπŸ‡

Rabu, 12 Ramadhan 1438H

Alhamdulillah sudah 12 Ramadhan hari ni dan kita sudah melepasi 1/3 Ramadhan. Bulan puasa, saya balik awal dari pejabat. Taska Yusuf pun tutup awal. Mulai 4:30 petang sudah wajib ambil anak sebab taska tutup pukul lima.

Legalah dapat balik awal. Dan lega banyak sebab sekolah cuti. Tak ada lah kelam-kabut pepagi hari. Anak-anak pun lepas subuh, bukan main lagi deme membuta sampai ke siang hari.

*****************

Ini aktiviti Yusuf bulan lepas. Tema minggu tu, buah-buahan.

ISNIN 15/5/17

Dek kerana buku log harian Yusuf 'terhilang' di taska, tak ada lah catatan teachernya pada hari tersebut. Gambar aktiviti pun tak ada. Maka, saya tak tahu apa yang mereka 'kerjakan' di taska.


SELASA 16/5/17  - Buah Tembikai

Makan buah tembikai dan membuat kolaj tembikai. Pun, hari ini cikgu tak menghantar gambar.


RABU 17/5/17 - outdoor activity - bermain giant bubble


Suka bebeno Yusuf dapat main buih kat halaman taska. Menurut cikgunya, Yusuf lebih suka berlari kejar nak memecahkan buih. Lepas tu, gelak berdekah-dekah!



Waktu petang pada hari yang sama. Mereka belajar mengira buah anggur. Lepas kira, apa lagi masuk mulutlah, kan....hehe πŸ˜„


KHAMIS 18/5/17 - Buah Bendi....eh! bendi, buah kah, sayur kah?

- Bergambar sebelum aktiviti - 

Amboi tengoklah budak tu, kiri-kanan jam. Jam dia, tentu-tentulah 'Ucuf punya'. Jam kakak pun, 'Ucuf punya'. (^_^)

Aktiviti mengecop menggunakan bendi. Cantik jugakkan. Saya tak pernah terfikir pun bendi boleh cop-cop. Zaman dulu, balik-balik batang pelepah pisang....hehe


JUMAAT - 19/5/17 Amali Solat
Yang ini saya buat entri asing sebab banyak beno gambonya.


Semua dah jadi pak lebai belaka...(T_T)




"Ramadhan sudah satu per tiga. Apa khabar iman dan taqwa? Moga kita lebih bermotivasi untuk beramal dengan masa-masa yang bersisa"
- dr anwal fazal -







3 comments:

  1. Hihihi..
    Yusof kaya jam ye..
    On time tu..
    Nak tengok umi on time ambil balik ye yusof..

    Seronok lah aktiviti buah-buahan..
    Lepas kira ngap ke mulut..

    ReplyDelete
  2. Seronok Yusuf, byk aktiviti buat Kat Taska ye.
    Awal ye kena amik ank,pukul 4.30, sempat ke?
    Kat tadika akk tu, kata last pkl 5.30 pun ada je yg amik lmbt.

    ReplyDelete
  3. Seronok nampaknya Usuf sekolah tadika.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^