Rabu, 6 Sya'ban 1438H
Subhanallah....sudah 6 Sya'ban kita ya. Cepat betul hari berlalu!
Minggu lepas, Amirah bertanya:
Mama, negara apa kalau dibuang satu huruf jadi benda, Kalau dibuang dua huruf jadi nama orang?
Ada sesiapa yang boleh jawab? ^_^
Minggu lepas, Amirah bertanya:
Mama, negara apa kalau dibuang satu huruf jadi benda, Kalau dibuang dua huruf jadi nama orang?
Ada sesiapa yang boleh jawab? ^_^
*** *** ***
Ok lah, hari ni saya nak menulis kisah satu-satunya si anak dara saya, Amirah. Asyik-asyik cerita si adik Yusuf saja, jemu jugak nanti. Bulan April sudah, padat sungguh aktiviti anak dara ni.
Bermula awal bulan dulu, Amirah sudah start training bola baling. Asal saja namanya hari Sabtu dan Ahad, di waktu pagi ada latihan bola baling untuk wakil sekolah. Bila anak ke sekolah, mamanya pun sibuk jugalah berulang-alik menghantar dan mengambilnya.
Dalam pada itu juga, ada satu minggu tu, Amirah terlibat dengan Perkhemahan Pengakap Lencana Keris Emas. Memanglah di Amirah ni tak pernah kenal erti penat. Apa saja aktiviti semuanya nak diharung! Balik rumah sampai sunburnt muka. Itu pun bukannya dia kisah....(>.<)
Selesai perkhemahan, bersambung semula dengan latihan bola baling. Selagi belum sampai hari perlawanan, selagi itulah ada latihan di waktu petang. Enam setengah petang baru habis latihan setiap hari. Mamanya jugaklah yang menunggu.....pfffttt
Pasukan sekolah Amirah berjersey merah |
Tibalah hari perlawanan sebenar, pertengahan April yang lepas. Seperti abangnya Amir, mama dan papa tetap datang untuk tengok anak beraksi di padang. Tak kiralah bagaimana corak permainannya, sokongan tetap kena beri. Aku kerja half-day hari tu. Menjerit-jerit tepi padang sebab geram! Amirah banyak kali dapat peluang menjaring gol tapi bolos.
Oh ya! sebelum tu, Amirah minta kasut. Papanya belikanlah juga demi anak nak bermain. Kita ni kan, kalau dah berkahwin, bila dapat anak automatik bertukar status jadi ibubapa. Kalau bertambah anak pula, terus naik pangkat jadi referee (^__~). Maka, seboleh mungkin kena berlaku adil! Malam sebelum hari perlawanan, papa cucuk bank rimau lagi....hahaha. [sesiapa yang faham tu, faham lah ya]
Sayangnya, pasukan sekolah Amirah sampai ke peringkat zon saja sebab mata yang dikumpul tak layak ke peringkat seterusnya. Jadi, habislah sessi-sessi latihan yang meletihkan dan memenatkan badan tu. Aku yang tengok tu pun penat!
Sekarang ni tumpuan hanya pada pelajaran saja. Pagi-pagi lagi, sebelum jam tujuh sudah berada di sekolah sebab ada kelas tambahan. Habis sessi persekolahan, terus bersambung dengan kelas tambahan lagi sampai 3:30 petang. Selesai kelas tambahan, berjalan kaki ke kelas KAFA pula sampai 5:45 petang, kemudian sambung sampai 6:30 petang untuk kelas tambahan SRAI. Cikgu-cikgu nak jaga prestasi sekolah, emak yang stress tengok anak belajar! Huuiih.... stress dibuatnya.
Baru-baru ni Amirah menghadirkan diri di Hari Anugerah Cemerlang sempena keputusan yang baik dalam UPKK nya tahun lepas. Sehari sebelum itu, April 27 adalah hari jadinya yang ke-12. Kami tak buat pun majlis sambutan hari jadi. Saya hanya belikan pizza untuk makan-makan meraikan hari jadi dan kejayaannya.
"Ya Allah, jadikan lah Amirah anak yang sihat sempurna, berakal cerdas dan berilmu lagi beramal."
Aktif juga anak perempuan KB si Amirah ni ya. Agaknya makpaknya dulu-dulu zaman sekolah memang aktif kot. Ke mana tumpahnya gene kalau tak ke anak, ya tak? Hahaha!
ReplyDeleteSaya baca aktiviti si Amirah ni pun dah penat, inikan pulak emak tuan punya badan ^_^ Amirah memang tak rasa penatlah sebab dia sendiri suka aktif macam tu kan.
Kasihan mamanya... ke hulu ke hilir kena ikut aktiviti anak-anak. Ni baru satu, yang lain-lain tu lagi. Kata refereekan, mestilah kena bersikap adil ^_^
Jawapannya : ITALI
ReplyDeleteBuang satu huruf jadi ALI dan TALI
ehhh tahu jawapannya sebab Nabil bagi tahu..
Mahu tak penat KB...
Seharian disekolah..
Nak maghrib baru sampai rumah huhuhu..
eh pandai emak dan anak ni...lain kali kita main teka teki lagi ya ^_^
Deletetu lah kak, saya yg tengok pun penat. solat, makan semuanya di sekolah. malam2 terjelepok di meja dgn buku2.
Baru tahun 6 ke Amirah ni KB...akak ingatkan dah sekolah menengah sebab nampak tinggi.
ReplyDeleteAnak2 KB semua aktif ya...
Tulah akak baca pun dah penat,apatah lagi Amirah yang seharian penuh aktiviti.
Semoga doa2 KB tertunai juga dengan izin Allah .
Kita tgk cam penat, dia tk penat kot, seronok lagi adalah tu, sbb tu dia nak buat semua, kalo penat pun kejap je, lepas jana tenaga sihat sejahteralah semula dia.
ReplyDeleteThn ni peksa upsr lah dia kan, biasa budak aktif otaknya pun cergas tu.