Friday, May 26, 2017

Yusuf Minggu 19 :: Sayur-sayuran 🍅🍆🌿

Jumaat, 29 Syaaban 1438H


Insyaallah, esok kita akan mula berpuasa. Di sini saya mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pembaca blog ini - sama ada yang mengenali saya di alam nyata mahupun di alam maya. Kepada stalker sekiranya ada, saya juga mohon maaf atas keterlanjuran dan kekasaran berbahasa selama saya menulis.

Sesungguhnya, setiap manusia itu tidak lari dari membuat kesilapan. Saya juga telah memaafkan dan melupakan semua kesilapan kalian terhadap saya. Kemaafan itu tidak akan mengubah apa-apa di masa silam tetapi saya percaya ia boleh memperolekkan keadaan di masa hadapan, insyaallah.


Di kesempatan ini juga, saya panjangkan perkongsian ilmu yang saya dapat dari emel.


"10 kesalahan paling hit ketika Ramadan"  

1. Tidak sahur - puasa orang yahudi dan orang Islam sama saja, kecuali puasa orang Islam ada sahur. Maka, bersahurlah walau dengan segelas air kosong. 

Sahur terlalu awal - Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur ya kome, itu supper. (^_^)

3. Terlebih tidur - terlebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah.

4. Berbuka secara buffet sampai buncit - ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

5. Membazar hingga membazir - lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. Masyaallah.

6. Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan - bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal. Ingat tu!

7. Solat tarawih tapi tak qiamullail pada lailatul qadar - Nabi kadang-kadang meninggalkan tarawih tetapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! ..

8. Puasa tapi tak solat - pahala puasa pending sebab tak solat. Ayoyo! ....

9. Sibuk beribadah, lupa cari ilmu - bulan Ramadan bulan ilmu. Semua ibadah tiada guna tanpa ilmu.

10. Gagal upgrade  iman selepas lalui Ramadhan - ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan. Ruginya. (>.<)


**************************************
Ok, kita sambung pula dengan kisah Yusuf di taska minggu 19 - tema sayur-sayuran (T__T)


ISNIN - brokoli

makan sayur brokoli yang direbus. Disebelah petang, mereka mengecop gambar brokoli dengan jari. dot-dot-dot



SELASA - tomato

makan buah tomato pulak. Lepas tu, mengecat piring kertas buat kraf tomato (^_^)

Hari Isnin dan Selasa Yusuf tak datang taska. Mama hantar Yusuf balik kampung, duduk dengan opah sebab mama kursus, nun jauh di Kelantan sana.



RABU - cuti umum Hari Wesak.



KHAMIS - carrot


membuat kolaj carrot. Hari ini, tak ada pulak cikgu nak beri makan carrot. Kalau tak, wajib Yusuf mengerjakan carrot makanan kegemaran dia tu.



JUMAAT - taska tutup kerana cikgu-cikgu menghadiri kursus. Anak murid diberi cuti.



Makanya, minggu tersebut hanya satu hari saja Yusuf ke taska.



Selamat berhujung minggu dan selamat menjalani ibadah puasa 1438h. Marilah kita berazam menjadikan puasa tahun ini, puasa yang terbaik. T_T.












4 comments:

  1. Aduhhh.....mmg mimpi sayurlah agaknya Yusuff minggu ni hihi...

    Salam Ramadhan Kareem Rul...moga puasa kita lebih baik dpd puasa tahun lepas hendaknya.
    Sahur apa Rul esok pagi?

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan, KB. Maaflah ya kalau bergurau melebih-lebih. Moga lebih banyak amalan yang dapat kita lakukan di bulan Ramadhan kali ni.

    Apalah teacher ni... time sayur favourite Yusuf, takdalah pulak sample untuk dimakan ^_^

    ReplyDelete
  3. Ramadhan kareem KB. Ampun maaf juga jika ada terlebih gurau hingga tercalar hati ek, manalah kita nak tau ye dok?

    Sampai berkerutlah muka kena mkn brokoli, haha. Tapi cikgu2 taska yusuf mmg kreatif2 lsh KB.

    ReplyDelete
  4. Selamat berpuasa KB..
    CH pun memohon maaf jika ada salah silap sewaktu mengomen hihihi..

    Best minggu sayur yer yusof..
    Sian yusof tak ada pulak cikgu bagi karot ye..
    Mmg sedap karot mkn mentah..
    Abg nabil pun suka..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^