Tuesday, May 23, 2017

Yusuf Minggu 17 :: Lawatan Ke Zoo 👪🚌🐾

Selasa, 26 Syaaban 1438 H

Apa khabar semua. Entri kali ni, saya nak melangsaikan draft yang tertunggak buat sekian kalinya. Dah berminggu-minggu tergantung aje ceritanya dek kebizian melanda. Lagi satu disebabkan banyak nau gambau nak ditempek. (^_^). Kena buat part by part pulak dah. Kiranya ini entri part 1 lah. Itulah padahnya, kalau semua gambar termasuk binatang-binatang pun nak masuk blog!


Kejadian saya dan Yusuf pergi melawat Zoo Taiping ni dah lama sangat dah - 26 April yang lalu. Dah nak dekat sebulan dah pun. Pergi atas tema pembelajaran anak-anak taska minggu itu - haiwan liar, jinak, serangga dan seangkatannya lah. Jadi di penghujung pembelajaran, taska buat lawatan untuk anak-anak melihat sendiri kewujudan haiwan di mata kasar mereka. Gamaknya begitulah. Pandai aje saya mentafsirkan pembelajaran mereka.....hehe


Taska mewajibkan salah seorang ibu atau bapa kena jadi peneman. Tak akan pulak nak mengharapkan cikgu menjaga puluhan murid. Mahu bertaburan anak-anak!. Jadi, memang ler tak boleh dielakkan, saya ambil cuti rehat pada tarikh tersebut.

Gambar atas ni, Yusuf dan kawan-kawan sekelasnya bersama ibu/bapa mereka. Dua orang lagi kawan tak dapat ikut serta. 😑


Kami pergi naik bas. Pertama kali Yusuf naik bas. Teruja sangat bila dapat naik bas yang besar tu. Biasalah, mulutnya pun riuh sekampung macam dia sorang je yang dapat naik bas.

Dalam bas, kami dapat sarapan pagi. Berkongsilah makan emak dengan anak - french fries, wedges, nugget, ayam goreng nan seketul, roti krim dan air kotak. Kiri-kanan tangan Yusuf membelasah makanan. Nampak macam sikit tapi sampai kesudah ayam tak berusik pun. (^_~)

Pertama kali juga Yusuf dan mamanya naik tram mengelilingi zoo. Seronoklah juga, takyah penat berjalan. T_T


Tapi sebelum dapat naik tram, kena berjalan kaki juga untuk minit-minit awal perjalanan sebab nak tengok haiwan terkecil di dunia katanya. Kalau naik tram apalah sangat yang nampaknya nanti. Pada saya yang dah berkali-kali bawa anak masuk zoo, haiwannya tetap sama aje, takde yang berubah pun. Namun, demi anak  nak berseronok, kita layankanlah juga.


Ikut rombongan ni, yang lainnya ada renjer untuk beri penerangan satu per satu tentang haiwan. Sikit sebanyak ada lah jugak ilmu baru yang dipelajari. Seorang renjer harganya RM50 ya, bukan free ☺



Antara gambar-gambar Yusuf yang sempat dirakam semasa dalam zoo. Bila di satu-satu tempat persinggahan, dia ralit tengok haiwan. Susah nak pandang kamera pun.

Kami bernasib baik sebab waktu lawatan ni, zoo keeper sedang memberi makanan pada haiwan. Dapatlah tengok burung-burung menangkap balingan ikan, ungka menyambut pisang dan ikan arapaima menyambar makanan. Oii mak! besar sesangat ikannya weyh! Untuk burung putih kat atas tu, sekali diberi makan, 7kg ikan sardin segar.

Orang pun tak ramai sebab lawatan diwaktu pagi hari bekerja. Lengang dan tenang aje zoo. Sesekali terdengar harimau mengaum....hihi


Dah penat berjalan dan belajar haiwan-haiwan, kami soru sepedek tengahari di cafe zoo. Margastua Cafe namanya, kalau tak silap. Sambil-sambil tu, bolehlah merehatkan kaki. Eh! naik tram pun penatlah jugak. Berpoluh-poluh den dibueknya!. Maklumlah dah tak muda lagi, stamina pun merundum dengan maju jayanya. (^_^)

Menu apa hari tu? Anak-anak makan nasi goreng cina dengan sosej. Emak-emak, nasi putih, lauk ayam, sayur labu, ulaman dan sambal belacan. Apa yang dijamu kita hadap jer lah.



Tadi kat atas kata nak buat cerita part 1, part 2 kan? Rasanya tak jadilah. Saya tempek gambar kat sini, semuanya sekali harung yek.......

Beberapa keping lagi gambar Yusuf. Yusuf tengok buaya, dikatanya dinosour (^_~)

Gambar cap ibu dan anak di zoo tepen 😊

Tak lupa gambar cikgu-cikgu yang vouge

Dan tak ketinggalan juga, gambar kenangan beramai-ramai. Kelam dan mendung aje gambar. Yusuf tak nak dok kat mama dia. Gigih dia mencari tempat nak posing berdiri di tengah. Sabo jer lah!

Dah kata pergi zoo, haruslah ada gambar binatang juga. Antara yang sempat ditangkap masuk kamera
\/
\/






Sekian, itu saja kisahnya pergi zoo. Semoga bertemu lagi di lain tahun, from Taiping with love ye kome T___T












4 comments:

  1. SERONOKNYA YUSUF MELAWATZOO TAIPING..NYAMAN DI SITU

    ReplyDelete
  2. Laaa... kita baru nak merenggang-renggangkan segala sendi sebab katanya ada banyak part. Punyalah teruja nak baca kisah Yusuf dan haiwan-haiwan di zoo. Untunglah kome boleh teman anak sekali pergi zoo yerk. Kita ni yang terkinja-kinja nak ikut anak, tak juga pernah dapat! Hahaha!

    Haiwan-haiwan kalau tak masuk dalam blog dimaafkan lagi KB tapi kalau anak tak masuk blog memang tak boleh nak diampunkan ^_^

    ReplyDelete
  3. Rabbit pun rabbit la nak

    .hahaha....

    Amboiiii sedap pulak makan megi yer...tabahlah mama..haha

    ReplyDelete
  4. Aik....salah kotak komen...hahaha...

    Btw untuk entry ni serokon kan p zoo dengan yusof....kita pun teruja tambah ilmu sikit sikit yang belum tahu =)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^