Bersua lagi kita....^_^
Hari ni nak sembang sikit kisah saya bersama si kecik Yusuf yang berlaku semalam. Amboi, sekarang ni kepetahan dia bercakap bukan main lagi. Cikgu taskanya beritahu level bahasa Yusuf ni tinggi sikit daripada rakan-rakan sekelasnya. Sebanyak mana tingginya tu, tak tahulah ya.
Semalam, tiba-tiba tekak saya teringin makan 'kentang kari'. Balik kerja terus mengerjakan kentang - dipotong dadu, tumis bawang dan seaneka rempah ratus, apabila naik minyak terus campakkan kentang, letak air banyak-banyak untuk melembutkan ubi. Masak hingga pekat sampai ubi bersalutan dengan kari seperti inti karipap.
Semasa masak, si Yusuf panjat kerusi nak tengok.....
Y : Mama masak apa tu?
M : Mama masak kentang
Y : Emmm sedapnyaaaa, nak, nak...
Siap masak, saya letak kentang dalam roti, lipat dua dan katakan padanya, ini karipap roti tau! ^_~. Biasalah kalau bab hentam-menghentam masak ni, serahkan pada mamanya!
Sedang dia menikmati karipap roti, papanya balik dari kedai menjinjing beg plastik berisi mee segera. Mata si Yusuf terus tertancap pada maggi yang menghairahkan seleranya.
Y: Nak beggi, nak beggi....menjerit-jerit
Dipulangkan semula karipap roti tadi.
M : Kenapa taknak, Yusuf dah kenyang ke?
Y : Tak tedap.
Tiba-tiba mintak maggi pula. Haih! penat masak kentang kari tak habis lagi, kena masak maggi pulak. Bila maggi dah siap masak, saya isi dalam mangkuk, Yusuf dah tak sabar-sabar nak makan.
Y : Jom depan, mama
Dia mengajak saya bawakan mangkuk maggi ke ruang tv. Slurrp, slurrp dia menyedut mee sambil menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Perak vs Sarawak bersama papanya.
Y : Ini baru tedap
Kebetulan ada temuramah dengan Ketua jurulatih pasukan. Coach Sarawak tu bernama David Usop.
M : Eh! Yusuf, nama dia David Usop lah..
Apa nama dia, Dik?
Saya minta Yusuf ulang.
Y : Rabbit Ucuf (T___T)
M : lagi sekali Dik, apa nama dia?
Y : Rabbit Ucuf
Lepas tu ada iklan Yusuf Taiyoob. Maklumlah nak puasa ni kan
Y : sshhh...yucuf taiyub.....mengajuk iklan sambil berbisik-bisik letak jari telunjuk di mulutnya.
Dah nak hampir habis membelasah semangkuk maggi, Yusuf kata
Y : dah taknak dah, dah 'kembang' - sambil angkat baju tunjuk perut!
M : kembang? (Yang sebenarnya dah kenyang).
Mama gelak ajer tengok keletah si Yusuf ni.
Itu jer lah nak cerita.
#yusuf26 bulan
******************
Berbalik aktiviti Yusuf di taska di minggu ke-18. Temanya, tumbuh-tumbuhan.

ISNIN - cuti umum Hari Pekerja. Maka taska pun bercutilah.
SELASA - belajar melukis dan mewarna
RABU - melihat tumbuhan hijau dan mengembur tanah.
Cikgu membawa mereka melihat pokok-pokok herba yang mereka tanam dua bulan yang lepas. Hidup subur nampaknya ^_^.
biji benih sayur yang kami tanam dalam botol dulu, kebanyakannya menemui kegagalan. Banyak yang mati. Kailan Yusuf 'hidup segan mati tak mahu' aje. Yalah, mana kan tidak, siram mengharapkan hujan, berbaja langsung tak payah....haha (>.<)
KHAMIS - membuat kolaj pokok
JUMAAT - membaca buku busy book [tak ado gambo nya]
Harus sahur kentang kari lebih semalam gamaknya pagi esok ni hihi...
ReplyDeleteDah petah Yusuf cakap ye walaupun pelat. Kenyang pun dibelasahnya kembang haha....apa apa lah Yusoff
Dah rancaklah kiranya Yusuf berborak sekarang ya, KB. Ni nanti bulan puasa bolehlah suruh Yusuf jadi 'food taster'. Habis semuanya dibantai 'tak tedap'. Nangis mamanya penat-penat masak untuk berbuka tetiba kata tak 'tedap' Hahaha!
ReplyDeleteEh, KB memasak ke bulan puasa ni? Ke lari berbuka bersama keluarga mertua? Hehehe...