Saturday, February 22, 2014

Owh! Duit BR1M Belum Masuk Eh?

Assalamualaikum

Hai korang.
Dunia sekarang semua orang pandang duit. Tak ada duit, jangan harap lah. Even budak sekolah pun nak pegang duit sendiri dalam dompet diorang. Rasa macam gah je bila ada duit sendiri dalam kocek, walaupun hanya RM1.50...anak sayalah tu

Semua Sesetengah orang cakap duit bukan segalanya. Duit tak boleh beli kebahagiaan. Betul ke? Pada saya, duit sangat penting. Cuba bayangkan korang hidup satu hari tanpa duit. Sehari dua mungkin boleh. Kemudian lanjutkan lagi satu minggu, satu bulan.....tengok apa jadi?

Bila ada duit semua benda boleh dapat, semua perkara boleh buat. Ada duit maaaa. Kalau takde duit pulak? Macam-macam boleh jadi?

Marah. Cuba fikir bila situasi satu keluarga yang dah putus duit. Tinggal sepuluh ringgit sebelum nak gaji minggu depan. Korek tabung duit syiling..kira-kira dapat lapan ringgit empat sen, cucuk kad bank....rimau taknak muntah duit, dalam hati cakap, owh duit brim belum masuk lagi. Masa ni jadi serabut, kepala semak. Balik rumah, anak korek-korek hidung depan kita pun jadi kesalahan besar. Marah, rasa nak penampar. Ibu ayah jangan buat macam ni, tolong ye.

Rendah diri. 
Situasi bila ada orang minta derma ke sumbangan ke apa ke...time tu pulak kita tengah pokai. Duit pun adalah cukup-cukup tambang balik ke rumah je. Orang yang mintak sumbangan cakap seringgit pun tak pe kak..janji ikhlas. Kita pun buat-buat bukak dompet, padahal dah tau resit-resit bank je ada. Mintak maaf lah dik, takde... buat muka seposen. Dia tak tau dalam poket ada seringgit je untuk tambang bas balik rumah petang karang. Masa ni jadi rendah diri, seringgit pun tak boleh nak bagi. Rasanya kalau nak mintak sumbangan ke derma ke, better time gaji lah ye. 

Jadi bahan.
Kadang-kadanglah, kalau dah takde duit sangat dan terpaksa meminjam. Pinjam pada kawan, pinjam pada adik-beradik, pada mak ayah, mertua. Asal nampak kita je dah cop kaki pinjam, tapi masa tu bukan nak pinjam duit pun. Kalau betul memang nak pinjam duit, telinga kena jadi besi dulu, tahan kena maki....dah, ini last ye, lain kali jangan harap. Kita pun ambik duit lepas tu lari masuk jamban, nangis tak berlagu sebab sedih sangat. Kesian.

Itu situasi takde duit. Kalau ada duit macam mana? Hah hah hah, saya ada duit, duit saya banyak. Aku kaya, aku kaya...hari-hari hari raya.

Suami, taip-tiap minggu bawak wife makan angin. Hujung tahun melancong. Wife seronok, sayang. Hidup bahagia.

Isteri, dapat gaji beli supplement, bagi cantik, tegang sana sini, besar mana yang kecik. Badan mantop, suami tak cari lain. Hidup bahagia.

Anak, hantar duit kat mak ayah tak pernah miss. Mak ayah di kampung senang, gembira. Hidup bahagia.

Ibu ayah, panggil cikgu datang rumah ajar anak mengaji, sabtu ajar tuisyen. Ahad outing dengan anak isteri. One happy family. Hidup bahagia,

Jiran dan kariah masjid, mintak sumbangan nak tukar atap surau, anytime boleh bagi. Takde masalah orang bagi salam nyorok taknak keluar rumah, buat-buat takde orang.

Kawan, sentiasa boleh belanja makan. Kawan happy dapat makan free, kita pun happy ada ramai kawan. Bila susah, insyaallah senang nak mintak tolong. Nak balasan ke?

Jadi, duit boleh buat kita rasa bahagia. Kena ingat jugak, duit bukan segalanya tapi segala-galanya perlukan duit. Ada duit bukan untuk kita jadi riak, takbur atau sombong. Bukan nak rasuah sana sini. Tapi untuk kita tingkatkan amal dan ibadah. Jika salah guna duit, banyak duit pun tak guna.

Kalau orang bagi duit free-free, sapa yang cakap taknak? Saya pun nak. Kalau ada lah...ada ke?

Ini pendapat saya sahaja, kalau tersalah tolong betulkan.

p/s: sambil beli barang di pekan, ada orang mental mintak duit, kak dua ringgit dua ringgit, nak beli nasik....moral of the story, orang mental pun perlukan duit.


Terima kasih sebab sudi baca. Kalau ada lah...ada ke?

28 comments:

  1. skrg memg mane2 pegi perlukan duit.. even budak kecik pandai dh mintak duit kaler hijau..huhu.. tp bile dh ade duit, jgn la bermegah2..duit bkn raja atau tiket utk kebahagiaan.. kdg2 org sekeliling anis, bile byk duit sikit dh bermegah2..xtau la utk ape dimegahkan.. hurmm..dunie2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anis, mmglah apa2 skrg semua pakai duit, no money no talk...nk kencing kat tnds awam pun bayar maaa hihi

      Delete
  2. dan hana salah seorang yang sangat2 perlukan duit saat ini. huhu hampa perasaan bila tengok erk kata brim dah masuk? argh ! T_T

    #hana follow sis. terima kasih sudi follow hana :)

    ReplyDelete
  3. Ha ah kan hana, sana sini duit duit duit...
    Thanks follow akak :)

    ReplyDelete
  4. Betul tu Khirul..duit ni raja didunia. Kalau tak ada duit memang banyak masalah. Yang kasih sayang tu memang duit tak boleh beli, tapi kalau tak ada duit nak berkasih sayang pun susah kot. Ada aje masalah..Sikit-sikit stress and depress..nanti asyik gaduh aje..kecuali kalau iman kita semua memang kuat..si In Shaa Allah..boleh lagi bertahan kot.. .

    ReplyDelete
  5. saya setuju RDZ Z, tak de duit benda kecik jadi besar, klimaksnya gaduh..
    # thanks singgah blog saya :)

    ReplyDelete
  6. duit sapa yang taknak! nak2 sekarang ni memang apa nyer duit..kuar rumah je dah duit..serba serbinya duit lah..but kerana duit jugak lah manusia boleh berubah..

    salam kenal dari akak..terimakasih sudi singgah then follow blog akak :)
    done follow back ..keep in touch :)

    ReplyDelete
  7. Kadang2 duit pun boleh jadi motivasi pada seseorang untuk lebih berusaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nanie...berusaha nak cari duit, kena rajin...kalau malas abis laaa

      Delete
  8. salam kenal
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
  9. salam kunjung balas...xde duit mmg memeningkan big problem tu...

    ReplyDelete
  10. kak keonnnnnnnnn...wewiitttttt...

    finally, meeting u here...fesbuk mana.....hahahhaa...akak dok mana skang?..unsangkerebel leh jumpa akak kat sini...kem salam kat abg nuar ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eza, tak sangka kan..leh jumpa kat sini. akk dok perak (kk). fb akk nama Khairul Bariah...camne ek nak bg link, tak pandai laaa buta IT huhu
      keep in touch :)

      Delete
    2. kekal di KK yeee...Mas kat penang dgn Leman...Nida kat Johor...sy tcampak ke Putrajaya dh 14 thn...yati nawi merantau ke Abu Dhabi, betemu jodoh org sana...Risha kat Johor...sapa lg ekk x housemate kita..lupa...hahahaha...

      Delete
  11. zaman sekarang, xde duit, xhidup la gamaknya.. nak masuk toilet pun kena bayar.. dan duit la boleh memecahbelahkan sesama saudara.. :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. farahizzati, kdg2 org yg byk duit ni, semua ngaku sedara...

      Delete
  12. Zama skang sumanya perlukan duit. Tak der maknannya duit datang bergolek tanpa usaha. Kecuali BRIM...hehehe...

    ReplyDelete
  13. saya sokong akak 200 persen....betul tu zaman sekarang ni zaman duit...takde duit boleh jadi gaduh...tapi banyak duit pun boleh gaduh juga...apa pun terpulang kepada diri masing-masing kan...gunalah apa yang ada sebaiknya...insya Allah aman bahagia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. missNick, sokong akak 200%?? huhu i like...hehehe :)

      Delete
  14. salam perkenalan wawa datang follow sini :)

    ReplyDelete
  15. Yana datang follow Khairul Bariah (^^,)

    AGREED! Sekarang memang duit salah satu elemen yang paling penting, duit memang tak boleh beli kebahagiaan, tapi tanpa duit zaman sekarang...hidup pun susah nak bahagia. Hihihi...

    No money, no talk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam yana, terima kasih follow saya. Slmt berkenalan ye :)

      Delete
  16. kita mmg perlu duit utk teruskan kehidupan . Tapi kalau duit dah melambak , jgn lupa menderma dan sedekah . duit yg banyak tidak boleh sembuhkan penyakit tapi , sedekah yang banyak blh hindarkna kita daripada penyakit !

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^