Friday, February 14, 2014

Adidas Adipure Pro11 Sg Mix Stud

Assalamualaikum

Hai korang. Suami saya dulu selalu kata kat saya pasal shopping online ni. Boleh caya ke? Dorang tak tipu kita ke? Betul ke barang tu yang sampai? Sama ke dengan apa yang kita order? Dia lebih prefer pergi ke satu kedai ke satu kedai nak mencari yang berkenan. Tapi itu dulu, sekarang sejak dua menjak ni, dia pulak yang selalu tengok news feed kat fb pasal online shop. Lebih-lebih lagi, boot bola. Kenapa yek, entah? tiba-tiba....:P . Zaman dah berubah, kena le ikut peredaran masa.

Sebenarnya memang serius best dan senang bila online shop, saya pun suka. Boleh belek produk lama-lama, compare-compare harga. Apa-apa boleh tanya or request kat online shopper, dia yang akan arrange. Semuanya di hujung jari. Lagi satu boleh jimat masa, atas tilam sambil-sambil hirup kopi panas pun boleh shopping..hehe.

Hari ni suami saya dah selamat membeli satu boot bola idaman dia. Bila dah compare dengan banyak page yang jual boot, ada satu page ni memang puas hati. Antara sebab-sebabnya:

  1. Harga murah dan mampu milik
  2. Kualiti bagus, bukan stok salinan (Sekiranya salinan, onwer akan beritahu)
  3. Ada stok baru dan stok terpakai. Kalau yang terpakai pun kualiti masih cantik.
  4. Sesetengah stok, harga boleh runding
  5. Perkhidmatan tip-top, tengahari semalam transfer duit, hari ni dah sampai rumah.
  6. Tiada caj penghantaran
  7. Cara pengeposan jugak baik, dia wrapping elok-elok supaya orang tak tahu pun dalam bungkusan tu boot bola. Kalau tak, nanti kena rembat pulak. :O
 TADA !

Ini boot suami saya beli  ~ Adidas Adipure Pro11 Sg. Mix stud.
Serius memang murah dari harga pasaran kat luar sana.

Kali ni suami saya order untuk dia jer. Sebab puas hati, nanti nak beli untuk anak bujang saya pulak.

Kalau footballer atau sapa-sapa yang berminat nak cari boot dengan harga berpatutan, suami saya rekomenkan page dia ni. Korang boleh lah tengok-tengok info kat bawah .....

Nak wassap onwer pun boleh, nombor hp ada tulis kat web dia.

p/s: suami saya dah pandai ber online shopping, pastu rasa bangga sorang-sorang...;) hehe

Terima kasih sebab sudi baca.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^