Hai korang. Lama tak update. Kali ini nak cerita pasal budi bahasa. Teringat lagu Siti Nurhaliza...'budi bahasa budaya kitaaaaaa'. Dari kecik lagi dah diajar nyanyi. Tapi berbudi bahasakah kita macam lirik tu? Mungkin ada tapi kadang-kadang kita terlupa kot. Atau masa belajar subjek agama, bab akhlak terlerai dari buku, so ter miss belajar budi bahasa. Keh keh keh.
Minggu ini saya ada tiga babak lakonan sebenar yang tak berapa nak berbudi dan berbahasa.
Situasi 1
Saya dalam kereta, baru je hidupkan enjin tiba-tiba datang seorang perempuan ketuk-ketuk tingkap kereta. Saya turunkan cermin sedikit je, takut nanti dia cekik, mamposss.
Perempuan : Kak, mintak duit sikit nak beli makanan, lapar..
Saya : Duit? Berapa?
Perempuan : Berapa-berapa jer lah (saya pun bagi)
tiba-tiba......
Perempuan : Banyak ni mana cukuuup
Perempuan : Banyak ni mana cukuuup
Saya : Hah? (saya terkejut dan tambah lagi duit...)
Perempuan : Hmm, ok (terus blah macam tu jer)
Saya. : :O
Situasi 2
Di tempat kerja saya dapat panggilan telefon dari klien
Klien : Cik, nak tanya duit bulan dua dah masuk belum? (terus bertanya tanpa mukadimah)
Saya. : Sudah encik, 28hb Jan hari tu dah masuk
Klien : Duit bulan tiga?
Saya. : Bulan tiga punya tengah proses, mungkin dalam minggu ini...
Klien : Huh! Ok lah (Tuuuttttt talian putus)
Saya. : :O
Situasi 3
Pagi tadi, tengah syok-syok tengok game bola anak saya, tetiba suami nak qado hajat pulak. Ajak saya teman dia. Kalau ke rumah jauh sangat. Supaya tak melepas dalam seluar, singgah petrol pam no.1, berkunci. Pergi petrol pam no.2, orang tengah cuci, saya cakap pada husband, pergi jer lah mungkin dia bagi masuk.

Suami : Adik, boleh masuk? Nak buang air....
Budak cuci : Tengah cuciiiiii
Suami : :O
Bercakap membelakangkan orang, sambil tunduk tertonggeng mengambil baldi, masuk toilet dan tutup pintu. Suami saya terpinga-pinga beredar sambil terkemut-kemut menahan sakit perut.
Susah sangat ke nak ucap terima kasih. Susah sangat ke nak pandang muka bila bercakap. Susah sangat ke nak senyum bila orang menegur. Bukan kena bayar pun. Entahlah...Kenapa jadi macam ni ye?
Pada saya lah, mungkin sebab zaman dah berubah. Kalau berkomunikasi, lebih kpd guna sms, whatsapps, weechat, email dan sewaktu dengannya. Mulut dah tak pandai nak bercakap, bersembang. Semua pakai text. Jari yang menaip, taip lah apa saja. Ada yang maki-maki, perli-perli dalam facebook. Saya ada jumpa status perli mak dia sendiri. Kawan-kawan fb semua baca dan komen. Tak rasa apa-apa ke?
Kadang-kadang memberi salam pun tak payah dah. Terus...woi jer. Di akhir perbualan cuma ok ok. Saya pernah siasat anak saya pm (private message) kawan-kawan dia di fb. Perkataan pertama dia 'woi'. Saya tegur dan alhamdullilah mahu dengar. Sekarang tak buat lagi. Kalau dibiarkan.....nauzubillah. Mak ayah please monitor........
Gajet. Rata-rata sekarang, masing-masing dah ada gajet, smartphone. 24/7 mengadap gajet, online. Tak toleh orang dah. Di kedai kopi duduk satu meja tapi online, duduk satu rumah tapi dalam bilik masing-masing online, dalam kereta ada mobile broadband, duduk sebelah-sebelah tapi online...lama-lama hidup dalam dunia sendiri, tak reti nak bermasyarakat. Orang lalu lalang pun dah tak peduli. Orang bertanya pun dah macam badak pekak. Kalau menjawab pun ala kadar jer, muka tengok hp sebab tengah khusyuk online. Itu sebab bila orang bercakap rasa tak bersalah je tonggeng tunjuk bontot sebab tak biasa beradab sopan dan hormat pada orang.
Tiru. Baru-baru ni kecoh pulak pasal artis bergaduh. Banyak keluar kat fb. Saya tak tengok tp orang sebelah saya tengok guna high volume. Secara tak langsung saya dengar sekali. Ada perkataan gua lu gua lu, anjing kurap...itu je yang sempat saya dengar. Tak berminat nak ambil tau. Kalau benda2 macam ni keluar secara meluas, budak2 akan senang tengok dan tiru. Nanti dorang ingat kalau nak marah orang boleh guna perkataan tu.
Mak ayah kalau bercakap dengan anak pun kena beradab. Kadang-kadang anak-anak mudah terikut. Contoh bila marah sebut aku terajang kang baru tau.......Lagi satu, ada aku kesah...........Rasa macam lawak jer kan? Budak-budak cakap macam tu, lepas tu orang tua boleh gelak-gelak. Nanti tiba-tiba, bila mak tegur anak, anak jawab 'ada aku kesah', orang yang mendengar kata teruknya anak dia, baru mak nak sentap, dah tak guna.
Ini pandangan dan pendapat saya je. Korang ada pandangan lain?
p/s: tak beradap ke saya kalau saya sms orang cakap macam ni 'engko memang tak reti bahasa ke atau memang tak faham bahasa?' Sebab dia tak faham-faham pesan saya, buat jugak salah berulang-kali tapi rasa diri tak bersalah.
Terima kasih sebab sudi baca.

assalam...berbudi bahasa hanya bila perlu saja kot...
ReplyDeleteWsalam paridah, bila perlu je? bila nak mntk tlg ek?....hihi :)
Deletehmmmm, manusia zaman sekarang.. nice sharing sis..
ReplyDeleteMacam2 kan, thanks amira...:)
Deletex tau la.. org melayu kita dulu pentingkan budi bahasa.. sekarang ni, hmmm..
ReplyDeleteBetulkan Pha Is, org dlu marah pun berbahasa
DeleteItulah hakikatnya sekarang ini..ramai yang yang hanya berpura-pura..
ReplyDeleteBerpura2? camne tu MY@R?
DeleteTerlalu moden hingga jati diri pun tergadai
ReplyDelete