Wednesday, February 12, 2014

Contoh Soalan Temuduga Penolong Akauntan W27

Assalamualaikum

Hai korang! Hari ini saya baru je lepas habis sessi temuduga jawatan Penolong Akauntan Gred W27. Jadual temuduga pukul 8 pagi tapi saya dah terlewat 20 minit. Sangkaan saya mesti orang dah ramai tapi sampai je kat kaunter pendaftaran sorang pun takde lagi. Saya pun mendaftarlah, nama ngam-ngam nombor 1, so giliran saya yang mula-mula sekali. Tak sempat nak duduk, terus kena masuk bilik panel temuduga. Gabra jugak lah....


Persediaan untuk temuduga memang saya akui sangat teruk. Tiga hari sebelum hari temuduga saya dah tak sedap badan, sakit tekak dan rasa nak demam. Sudah ditakdirkan, semalam saya demam, batuk, selsema. Bersin tak sudah-sudah. Makan ubat, tidur. makan ubat, tidur. Itu rutin saya beberapa hari sebelum interview. Waktu saya menulis ni pun, masih belum sihat. Jadinya saya hanya pergi dalam keadaan yang tidak bersedia. Dokumen-dokumen, resume, sijil-sijil semua husband saya yang tolong preparekan....

Entri kali ini saya just nak share dengan korang soalan-soalan yang ditanya kat saya tadi. Oh ye, sebelum tu saya nak bagitau saya adalah penjawat awam so soalan-soalan yang ditanya juga adalah berkisar tentang kerja dan serba sedikit pasal kerajaan. Saya hadir temuduga untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi. Orang gomen je yang paham, hihi.

Soklan-soklan nyer:

1) Sila perkenalkan diri puan, latar belakang, taraf pendidikan, jawatan sekarang serta berikan kelebihan yang ada pada puan sekiranya puan terpilih untuk menjawat jawatan ini.

2) Sekarang puan berkhidmat di jabatan mana dan terangkan tugas-tugas puan.

3) Terangkan mengenai Pekeliling Perbendaharaan Bil.2 Tahun 2014. Senaraikan dua perkara dalam pekeliling tersebut.

4) Apa yang puan tahu tentang GST? Bezakan cukai sekarang dengan GST. Berapakah peratus GST? Kepada siapa GST itu dibayar/ siapa yang memungut GST?

5) Jabatan Akauntan Negara akan melaksanakan satu pelaksanaan dalam akaun dan kewangan Kerajaan Persekutuan, jelaskan pelaksanaan tersebut.

6) Apakah yang dimaksudkan aset dipermodalkan?

7) Dalam sistem terimaan, borang kew. berapakah yang digunakan untuk penerimaan pungutan?

8) Semasa mengeluarkan L/O (pesanan tempatan) bagi bekalan atau perkhidmatan berapakah had maksimum yang dibenarkan? Sekiranya amaun telah melebihi had maksimum tersebut, apakah yang harus puan lakukan?

9) Sekiranya puan ditawarkan jawatan ini, bersediakah puan ditempatkan di Sabah atau Sarawak?

Jadi untuk yang freshie atau bukan penjawat awam, saya rasa soalan lebih kepada isu-isu semasa dan mengenai tugas-tugas jawatan yang dipohon

Bagi saya, saya menjawab secara apa yang saya tahu bukannya menjawab soalan yang ditanya. Soalan no. 3 dan no.4 tu, sangat lah blur sebab takde persediaan langsung. Tahu tapi tak tahu nak explain...dah camne tu??

Saya rasa harapan untuk dapat jawatan tu sangat tipis. Keluar bilik pun dah rasa macam ni....'kenapa lah dengan aku niii, sengal nye' sob sob...


Korang tengoklah bilangan calon yang dipanggil temuduga dibandingkan dengan calon yang nak diambil untuk mengisi kekosongan. Sekiranya saya tergolong dalam yang empat tu...memang satu keajaiban lah.

Husband saya kata, takpe lah kalau bukan rezeki saya, jawab confident mana pun masih tak dapat jugak....so jangan bersedih, ada rezeki yang lebih baik Allah dah janjikan. Kita merancang tapi Allah Maha Merancang. Ececeh...ayat menyedapkan hati.

Terima kasih kerana sudi baca.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian ini. Tarikh peperiksaan bertulis bagi jawatan Penolong Akauntan Gred W27 akan diadakan pada 5 April 2014. Hanya calon yang LULUS sahaja akan dipanggil menduduki temu duga oleh pihak SPA. Kepada calon yang terpanggil itu, diharapkan buat yang terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi calon yang LULUS peperiksaan ini, pastikan anda bersiap sedia pula untuk temuduga Penolong Akauntan

      Good luck semua!

      Delete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^