Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana masih dipinjamkan kekuatan, akal dan fikiran kepada mama untuk menulis kenangan-kenangan indah kita. Sememangnya, saat-saat manis ini tidak akan mama lepaskan begitu sahaja. Sebaik sahaja kita balik kampung menjengah atok dan opah, keesokkan harinya 30 November (Sabtu) papa ada game bola dengan team IPD Kuala Kangsar. Team papa, ASMAI ~ Anderson Old Boys. Game nya pada sebelah petang selepas Asar.
Since, kita tinggal bertiga jer sebab Amir dan Mira ikut atok tidur di kampung...breakfast kita pun ala kadar ajer. Beli nasi lemak bungkus bawak balik dan makan.
Lunch, kita makan ini. Bukan mama masak tapi nasi minyak kenduri kawin jiran depan rumah.
Papa berselera makan, jangan pancit masa main nanti ye.
Seperti yang telah dirancang dan diatur, pukul lima kita pun turun padang. Kita sampai awal. Papa warming up dulu sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai.
Untuk budak yang tak ambil bahagian dalam game, dapat main di playground pun dah cukup bahagia baginya.
Layan main sorang-sorang sebab abang kakak tak ada.
Kawan-kawan pun belum sampai lagi.
ANDERSONIAN
Bersalaman sebelum perlawanan bermula.
Menyarung jersi nombor 9. Nombor favourite yang tak mungkin lepas ke tangan player lain. Emm, itulah papa. Mama dah tahu sejak sekolah lagi.
Aksi-aksi papa yang sempat mama ambil masa first half game. Lepas tu, mama pun bergebang-gebang dengan wife-wife player. Daniel pulak, bila kawan-kawan makin ramai, tubuh team buat game sendiri.
Masa ni hujan renyai-renyai. Lawan tetap lawan. Menang atau kalah adat pertandingan. Time ni team papa menang besar 9-0. Gelak besar lah diorang. Happy sangat-sangat. Kebetulan keeper asal team Anderson tak dapat turun untuk game ni, terpaksalah guna khidmat keeper import. Haa! nak tau sapa? Player Pahang yang menang Piala Malaysia baru-baru ni. Ni kenal ke, yang bergambar dengan papa kat bawah ni....
Papa dengan Mohd Nasril Nourdin (andersonian jugak), emm that's why la kan?
Ok, itu cerita di Kuala Kangsar. Next weeknya pulak, ada game lagi di padang Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjong Rambutan. Lawannya team dari pekerja kilang besi, apa ye, mama dah lupa. Tapi memang badan diorang still fit dan muda belia lagi. Mana nak lawan dengan player yang otai-otai ni. Antara gambar-gambar yang sempat mama ambik.
Rehat untuk first half. Sebelah papa tu, keeper team Anderson yang berjersi hitam.
Keputusan perlawanan di TR, 0-7. Tapi takpe frinedly game kan.
Friendly, friendly jugak. Masa nak jaringkan gol penalti, papa kena studs dengan keeper diorang. Dahsyat betul lah. Berbekas di paha. Tahan sakit la papa dua tiga hari.
Ini dia kesan hari kedua lepas kena. Tapi papa tak pernah serik. Sori papa, tunjuk aurat.
Apa-apa pun cayalah, papa perform very well untuk dua-dua game ni. Caiyok papa caiyok...main bagus-bagus lagi ye. Kitorang sentiasa support papa.
Esok hari Ahad, then mama cuti Isnin sampai Rabu. Yeeaaaay kita berkampung di Kasih Berteduh Resort.
Luv, mama.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^