Jumaat 29 November, tak seperti hari-hari lain kita ke padang tapi kita balik kampung ke kebun atok. Selain dah lama tak jumpa atok dan opah, sebab lain nya teringin nak makan durian.
Selepas mama balik kerja kita terus bersiap-siap balik ke kebun atok. Agak lewat... dah masuk waktu maghrib baru sampai. Tunggu dulu depan pondok sebab atok tengah solat. Selesai semua orang solat maghrib, apa lagi belasah durian dua tiga biji sampai puas.
Lepak-lepak di dangau, then we all decide makan malam di luar. So opah takyah susah-susah masak ye.
Malam ni, kita ke kg guar, papa belanja. Ini tempat kita makan tu...beratapkan daun rumbia. Open air, memang best.
Atok dengan Opah sembang apa tu?
Sementara tunggu order, budak-budak kecik mira, daniel & acu main carrom kat belakang.
Minuman dan sebahagian makanan dah sampai. Apa yang kita order ye?? Jom tengok.
Atok, Opah, Papa dan Mama order mee rebus. Rasanya, memang terbaek! Papa siap order take away tiga bungkus lagi untuk Tok dan Mak Kota Lama.
Nasi lemak Telur Mata ~ permintaan Luthfi, Faiz, Amir and Daniel. Sedap jugak.
Mira makan sate sebab taknak makan mee, taknak makan nasi. Sate dia adalah dari House of Sate, KL. Salah seorang anak taukeh dia berkahwin dengan orang kampung ni so sate ni hasil tangan anaknya sendiri. Sedap, lembut dan terasa rempah ratusnya.
Tak sia-sia bawak atok dengan opah makan kat sini. Tak kisahlah berapa pun harganya, asalkan dapat meluangkan masa bersama-sama yang tersayang. Terutama yang telah lanjut usianya. Kerana masa kita bersama mereka sangat terhad. Oleh itu manfaatkanlah ia sementara masih berkesempatan.
Lain kali boleh repeat ya, papa. Selesai makan, bersalam-salaman, kita pun beredar dengan kekenyangan dan kegembiraan. Amir dan Mira ikut atok tidur di kebun. Daniel ikut mama papa balik.
Esok petang kita turun padang tengok papa ada game bola, yeeaayy!!
Luv, mama.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^