Bila cuti sekolah, banyak aktiviti boleh dilakukan untuk mengisi masa senggang bersama orang-orang yang tersayang. Tak kiralah di mana, bila atau bagaimana. Apabila masa-masa itu diisi dengan sesuatu perkara dan dilakukan bersama-sama, ia cukup bermakna bagi kita. In sya Allah.
Suatu petang yang damai. Menghirup udara segar di halaman rumah. Memandang air sungai perak yang agak deras. Gunung daik bercabang-cadang. Pokok-pokok menghijau di seberang sungai. Semuanya amat membahagiakan.
Tetapi bila terpandang rumput di depan mata yang dah berambu-ramba, pijak pun boleh tenggelam kaki macam karpet, bila berjalan sedar-sedar terpijak tinja kucing. Huish...tak boleh jadi ni. Hati pun tertanya-tanya siapakah gerangan yang akan memotongnya.
Tetiba petang kelmarin, papa dengan foam nya merelakan diri untuk memesin rumput yang dah panjang tu. Biasanya ada anak-anak lain akan bergilir-gilir membantu atok. Syukur, Alhamdulillah.
Sebelum bermula, bawak keluar mesin rumput. Tak leh nak start sebab tangki minyak kosong maaa!
Mr. Superman pergi beli minyak dulu. Tak boleh terbang, kena naik motorsikal.
Sebelum rumput dicantas, anak-anak kecil ni main bola. Biasalah anak jantan, o..o..olla, bola kampung.
Puan emak cakar-cakar dulu apa yang patut ye, puan mama nak ambik gambar....hihi, jangan marah ye puan emak, nanti puan mama datang tolong ok.
Kebetulan petang itu jugak Chik Mah datang. Sambil-sambil rumput dipotong, kita membasah tekak dengan ais krim di petang-petang sore. Emm... laziiiiz!
Dan ini, untuk mama dan papa. Satu mug ada dua sudu. Apakah maknanya ittew?? Ahaks.
MISSION START
MISSION COMPLETED. WELL DONE PAPA & KIDS!
Luv, mama
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^