Jom kita memancing, jom kita memancing (guna rentak lagu jom kita mengundi pru13). Seronok ke memancing ni? Sesetengah orang kata memancing itu tak ada faedahnya, buang masa jer. Betul ke? Tapi bagi kaki pancing, memancing memberi ketenangan. Mengajar erti sabar. Merasa erti puas. Puas cam mana ek? Bila umpan mengena, menarik tali joran, dapat tengok hasil tangkapan, itulah KEPUASAN nya. Emm belum cuba belum tahu tau! Nanti kita akan ketahui jawapannya, sabar ye. Wah...wah...wah...hari ini mama berimaginasi ke apa ye?
Ini bukan imaginasi atau khayalan semata-mata. Ini kenyataan ok. Di bawah cahaya bulan purnama 11 Safar 1435, kita semua ke sungai meneman papa memancing. Dah lama sebenarnya tak buat aktiviti macam ni. Sekali sekala turun sungai malam-malam pun bestkan. Dari rumah dah pasang tekad di hati nak memancing udang galah. Besarnya impian. Lepas selesai je maghrib, kelengkapan pun dah ready, maka we all pun ke sungai perak yang dah sememangnya tersedia depan mata.
Sampai sungai, dengar dulu arahan big bos...pemancing tegar dulu, kini dan selamanya.
Muka-muka gembira. Daniel tak nak ikut sebab dah terjebak dengan Izzah dan Muqri di rumah atok.
Anak-anak udang hasil saukan papa dengan amir waktu petang untuk umpan udang galah. Dah lah penat menonggeng sampai sakit pinggang nak dapatkannya, nyaris-nyaris tak berdempom masuk sungai...sampai sungai tertendang pulak dengan kaki amirah. Hai...bikin panas hati papa. Nasib baik lah anak sendiri. Sebab apa boleh tertendang? Sebab sebok sakan nak bergambar. Hik hik. Tinggallah banyak tu jer. Selamatlah kau udang, melompat-lompat ke sungai balik.
Perkara mula-mula sekali, kenakan umpan bersuluhkan handphone nokia torchlight. Gunakan kemudahan yang ada. Itu semua alasan poyo.....yang sebenarnya, torchlight hilang entah ke mana entah.
Balingan pertama. Sambil tu mulut terkumat kamit. Selawat..Bismilah..Bismilah. Ada ke harapan naik udang besar malam ni?
Tunggu umpan kena cagut.
Sambil-sambil menunggu mangsa yang entah dapat entah tidak, kita bermain-main air teh tarik ceroy ni. Bersembang, berkongsi cerita, mengimbau kenangan dulu-dulu.
Halwa telinga pun ada. Bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi di celah-celah rumput. Satu lagi yang tak boleh blah, nyamuk pun sibuk..melilau-lilau, menyondol-nyondol belalainya. Hey, kemain lagi nyamuk ni kan. Mentang-mentang tempat dia, memang tak kasi peluang langsung. Bertepuk tampar jugak lah malam tu.
Tengok comel je muka amir kena serang dek nyamuk-nyamuk ganazz.
Tunggu punya tunggu, tunggu, dan tunggu dan tunggu. Nampaknya tak ada la rezeki kita malam tu. Walau kena gigit nyamuk, miang-miang meredah semak samun tapi hati tetap seronok, dapat meluangkan masa bersama-sama.
Ini saja aktiviti kita di hujung minggu ni. Isnin sampai Jumaat mama papa sibuk bekerja. Bila cuti, curi-curi masa yang ada walaupun sekejap tapi tetap berkualiti, Insya Allah.
Gambar di atas tak ada kena mengena dengan memancing. Pokok ini tepi sungai tempat kita memancing tu. Saja mama tempek sebab menariknya, ada banyak sarang burung tempua. Terbuai-buai di tiup angin. Itu saja. Sekian, terima kasih sebab sudi baca entri yang tak seberapa ini. Adios!
Luv, mama.
terbaek...it was sweet
ReplyDelete