Pertama kali aku bertemu dengan dirimu,
Terasa gelodaknya di dalam jiwa,
Aku tak mengerti akan perasaan ini,
Yang tak pernah kurasakan selama ini,
Semakin hari.....aku ingin mendekatimu,
Ingin ku selami lubuk hatimu,
Adakah sang ratu bertahta di hatimu,
Saban hari aku merinduimu,
Wajah kesayanganku,
Ingin kunyatakan perasaan ini kepadamu,
Namun..aku dibelenggu dek duri semalu,
Akhirnya kau sendiri,
Yang meleraikan kekusutan ini,
Aku bersyukur ke hadrat Ilahi,
Kerana apa yang aku impikan kian menjadi,
Duhai wajah kesayanganku,
Ku abadikan dikau di potret hatiku.
Oleh: Khairul Bariah
Puisi yang ditulis 20 tahun dulu dan disemat dalam photo album. Kini ia masih tersimpan rapi di situ.
Dua belas tahun telah bersama. Banyak kenangan manis, suka dan duka dalam mempertahankan ikatan dan hubungan ini. Semuanya bergantung kepada kesabaran dan ketabahan yang sangat kuat.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana rumahtangga kami masih kekal dan teguh atas kehendakNya. Moga ikatan ini terus kukuh dengan kasih sayang dan rahmat Allah swt.
Biarlah 2013 berlalu pergi membawa bersama seribu satu kenangan pahit. Semoga 2014 akan memberi sinar baru bagi kami, hidup yang lebih bermakna, kasih sayang berkualiti dan yang paling penting hubungan yang diberkati serta dirahmati Allah. Insyaallah.
'I Feel Like Just Married'
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^