Khamis, 5 Jamadilawal 1438
Assalamualaikum ^__^
Dah rupa 'saka yusuf' hinggap kat badan agaknya. Cerita Yusuf lagi, dan lagi dan lagi setiap hari. Esok lusa pun cerita budak kecik ni lagi. Usah risau. ^_~. Ini gara-gara mamanya nak menghabiskan stok gambar aktiviti harian Yusuf di taska minggu lepas. Masih lagi bersusun dalam draft untuk dipublishkan. Maap lah ya. ^_~
Oh ya, semalam Yusuf dikhabarkan oleh cikgu, dia tak berapa aktif di taska. Apabila mamanya membaca tulisan cikgu di buku catatan, mulalah rasa nak mengelupur seluruh badan. Mesti ada something tak kena.
Sebelum itu, hari Sabtu cuti CNY Yusuf demam. Kemudian, apabila sudah sihat, telapak tangannya timbul bintik-bintik kemerahan. Saya hantar juga ke taska sebab tak memikirkan apa-apa. Bila di taska, cikgu beritahu, last week kawannya yang satu-satunya gegirl tu terkena penyakit hfmd.
Semalam, saya dah bawa Yusuf ke klinik dan diperiksa doktor. Sah! Yusuf sudah dijangkiti hfmd juga. >o< HFMD ialah hand-foot-mouth diseases. Maka, dengan sebab itu Yusuf ponteng ke taska hari ni dan esok. Pasal hfmd ni, nantilah saya cerita ya.
Dah kata nak menghabiskan stok gambar, marilah kita tengok aktiviti dan gelagat Yusuf dengan kawan-kawannya sepanjang minggu lepas......T_T
![]() |
| Baca doa'. Macam-macam gaya ada. Berlima saja. Si 'bunga' tak datang! |
![]() |
| Imran, Yusuf, Miqaeel - main stick bertiga |
![]() |
| Berdua - menyusun stick |
![]() |
| Yusuf main sorang-sorang pulak ^_^ |
![]() |
| Kawan Yusuf - kedua-duanya bernama Adam...hihi |
p/s : doakan Yusuf cepat sembuh ya




























