Sunday, January 5, 2014

Gathering @ Kasih Berteduh

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu. Ahad pertama di tahun 2014. Semoga kita semua ceria-ceria selalu.


Di mana ni? Di mana ni? Apa pasal banyak kereta ni? Ada kenduri ke?

Haa, macam ini lah kalau dah berkumpul adik-beradik. Parking lot semua penuh. Chik Joi ajak makan malam di rumah atuk. Orang kata rezeki jangan ditolak. Jadinya hari ini dapur mama tak berasap. Tengahari makan kenduri, malam makan di rumah atuk. Bila ada orang sponsor mama cuti masak. Hip hip hurray.


Manfaatkan tempat yang ada. Duduk bersila beramai-ramai.


Tambah nasi, tambah nasi, jangan memalu.

Nasi beriani, kari ayam dengan kurma daging. Taukeh ayam mesti ada menu ayam kan.

Makanan ditaja oleh Chik Joi dan dimasak oleh Chik Mas. Terima kasih ye...kita orang balik dengan perut kenyang, lalalalala :) :)


Geng menantu bergosip.


Yang besar tengok handphone...


Yang kecik layan tablet.


Lepas kenyang, ambil angin malam di luar. Bila dah ramai, selipar bersepah-sepah. Siap ada penyapu lagi kat depan pintu. Kerja budak-budak lah ni.


Makan depan pc atuk, tengok cerita 'Hantu Tok Mudim'. Mula-mula sorang dua.


Lama-lama makin ramai.


Dan ini akhirnya...bersesak-sesak!


Cerita dah habis, ada aktiviti lain pulak. Tangkap katak....bila dah berjumpa, ada-ada je kerja korang kan?


Tahniah, tahniah...hasil tangkapan malam ini. Muka Danish macam bangga je. Ok encik katak, pergi main jauh-jauh.

Apa lagi kerja korang ni....


Panjat tiang lah pulak...balik rumah atuk aje, tak sah kalau tak panjat tiang ni. Lepas sorang-sorang. Pertandingan siapa boleh panjat paling tinggi. Lepas tu sorak ramai-ramai.


Dah penat panjat, gadis genit lepak sini bersembang hal perempuan.


Teruna besar nonton bola, Frenz United vs Liverpool, TV1....teruna kecik berlari berkejaran sampai tak boleh nak ambil gambar.


Baby kawan dengan baby. Baby lagi satu dah selamat dalam buaian. Sleeping beauty..safa.


Seperti sejambak rambutan, ada warna kuning, ada warna merah. Walaupun berlainan warna ia tetap dari pokok yang sama. Begitu juga kita, walaupun berlainan rupa wajah tapi kita tetap serumpun. Atuk yang sama dan opah yang sama.

Ini cerita kita di malam minggu. Jadikan ia sebagai satu kenangan yang indah untuk dikenang. Sebabnya zaman kanak-kanak adalah zaman paling gembira dan ia takkan berulang.

Luv, mama

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^