Tuesday, November 1, 2016

Lepak di Petang Hari

Assalamualaikum dan salam hari Selasa...

Dah 1 November kita ya.

Alih-alih, blog ini tak ade kisah lain. Asyik-asyik kisah kampung ajer lah ya.

Hari ini sekolah cuti lagi. Panjang betul cuti Deepavali tahun ini. Anak-anak aku seronok sangatlah boleh melepak dan bermain dengan sepupu.

Biasanya, bila anak-anak cuti, mereka ini akan dihantar ke rumah atok. Dah makpaknya tak mahu bercuti, mana lagi nak ditempatkan mereka ni. Afdal ler hantar anak ke situ daripada merayau tak tentu hala...

Hiuh! bersorak riang cucu-cucu, bila geng sepermainan sampai seorang demi sorang. Opah yang pening kepala. Rumah dah rupa taska jadinya! Riuh rendah, terjerit-jerit, mula-mula kawan, lepas tu bergaduh. Lepas tu, kawan balik.

Moh ler nengok, deme buat apa tu? Opah-atok turun berkebun, deme pun nyebok juga....

Seorang demi seorang turun ke bawah, mengikut atok...
Bukan nak menolong tapi saja suka-suka nak bermain!
Dah sampai bawah. Meh-meh, bagi peace sorang satu......
Petang-petang ni, banyak ni jer cucu yang tinggal. Dua orang lagi dah balik waktu tengahari.
Pheww, opah menghembuskan nafas lega! hihi
Apa lah yang mereka sembang tu kan?? Mengenangkan nasib tak boleh makan cempedak goreng lagi ke? Maklumlah minyak masak dah mahal...^_
-Ammar, Yusuf, Daniel-
"Jangan risau ya anak-anak, bajet korang tak akan dipotong...esok, pergi sekolah masih naik kereta, belanja sekolah totap sama!"

-Amir dan Sungai Perak
Dari kecil sampai sekarang, inilah sungai yang kami hadap hari-hari kerana rumah emak betul-betul berhadapan dengan panorama ini. Buka pintu, tengok matahari terbit.

Seberang sana tu, masjid! Ada cerita unik di sebalik sebuah masjid tu.

Nanti lah ya, kalau rajin mengukur jalan ke sana, bolehlah aku buat entri.....Dah katanya petrol naik harga, idok ler pulok teman sanggup nak mendayung sampan ke seberang sana nun. 

Dok kampung pun kena guna petrol juga dek non! hahaha....T___T















8 comments:

  1. Salam KB. wah MK jadi orang pertama yang comment entry ni. Seronok tengok sungai perak ni.. macam dekat kampung Minah Kiwi di batu kurau.. ada juga sungai dekat situ. Kecik2 Minah Kiwi selalu mandi di sungai tu..

    Makin banyak entry KB pasal kampung ni.. makin rindu Minah Kiwi nak balik kampung di tepeng tu.. sedih rasanya ( sob sob )

    ReplyDelete
  2. Dah kampung tu yg best KB..
    Sure entri kampungkan..
    Ehhh apa yg menariknya kisah masjid tu KB..

    ReplyDelete
  3. Cepat la KB sambung cerita pasal Masjid tu.. nanti kalau Minah Kiwi nak balik Taiping boleh singgah dekat Kuala Kangsar melawat masjid tepi sungai tu.. berdebor rasanya

    ReplyDelete
  4. Haha....eloklah kome pikirkan pasal sampan sekarang ni Rul....
    Opah nak menghalang jgn datang tak sampai hati sudahnya redho ajelah opah oiii. Nasiblah ada kakak Amira bolen jaga Yusof. Kalau tidak, renyah jugak tu.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya.......ramai ramai cam tu.....

    ReplyDelete
  6. apa yang menariknya kisah masjid tu, tak sabar nak tahu pulak

    ReplyDelete
  7. Bila agaknya KB akan cerita pasal kisah Masjid tu.. lama MK tunggu ni

    ReplyDelete
  8. Kalau boleh bersampan ke pejabat dan hantar anak-anak ke sekolah, lagi afdallah KB tukar mode of transportation katanya ^_^ Maklumlah sekarang ni minyak mahal, barang mahal, dan katanya betul ke gas pun mahal? Tak silaplah cita-cita saya tak nak duduk dapur lama-lama. Serba-serbi kos mahal!

    Memang pitamlah atok nenek mereka ni, asal cuti aje makpak hantar cucu ke rumah mereka. Yalah nak suruh orang jaga nanti kena bayar MAHAL. Kita kenalah berjimat mana yang boleh, ya tak?

    Tapi dalam pada pitam, mereka gembira tu sebab rumah riuh sekampung dek anak cucu ^_^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^