Monday, November 7, 2016

Sibuk Melanda Diri

Assalamualaikum. Salam hari Isnin ^_^

Barulah terasa bersemangat setelah tiga hari bercuti...hihi. Jumaat lepas, aku cuti sempena hari keputeraan Sultan. Nampaknya setiap tahun Jumaat pertama Nov, rakyat Perak akan bercutilah ^_^ Blog pun mungkin bercuti juga gamaknya. 

Hari Khamis aku ada jer bekerja. Cuma tak sempat nak meng'update entri.....Dok kerja-kerja-kerja dari 8 sampai 5. Itu pun tak habis-habis lagi. Kena sambung hari ini. >_<

Sebenarnya, bermula dari minggu lepas aku ada tugasan baru di pejabat iaitu menanggung kerja kawan yang cuti bersalin. 90 hari you all! ^o^

Bila umur dah meningkat naik ni, sel-sel penuaan pun mulalah menyerang diri. Maka, rutin hidup aku dah jadi kacau-bilau. Rasa seperti tak cukup dua tangan dan sepuluh jari! Kadang-kala jadi pelupa pula. Mana nak urus rumahtangga, urusan pejabat lagi...ditambah pulak nak kena tanggung kerja kawan.

Khamis lepas punya cerita - Aku balik rumah waktu lunch, kemudian nak hantar Amirah dan Daniel ke kelas Kafa. Boleh pulak terlajak terus ke pejabat. Budak dua orang tu pun dah terlepas simpang ke sekolah baru bertanya nak ke mana! Adoiyainyapon!!

Dahlah petrol mahal, sesajalah pulak meronda pusing-pusing pekan ^_^ Sibuk punya pasal sampai boleh lupa arah tujuan. Nak kena sembur anti-rust lupa kat otak agaknya supaya mama mereka tak jadi pelupa! 

Ketika itu tetiba teringat...."lapang sebelum sibuk". Memang aku akan sibuk sampai Januari tahun depan nampak gayanya dek kerana bertambah senarai tugas. 

Adatlah kan, hidup itu seperti roda. Semuanya ada giliran masing-masing. Tahun lepas dia buat kerja aku kerana aku cuti bersalinkan Yusuf, sekarang ni turn akulah pulak menanggung kerja dia. 

Ingatkan diri sendiri aje yang layak cuti bersalin. Terlupa pulak kawan sebelah yang muda belia, masih subur dan sudah tentu tak mandul!! @_@

Mohon jangan tiap-tiap tahun cuti bersalin sudah!. Maklumlah orang baru kahwin, bersalin anak pertama katanya... Fengsanlah ahkak kalau gitu!



Kalau aku tak tinggal jejak, tak balas komen atau tak update blog, jangan lah berprasangka yang bukan-bukan. Ahkak sibuk... 

Nanti aku cuba kayuh pelan-pelan ke blog korang ya. Tungguuuu.... 

Oklah bye, ahkak nak sambung kira duit (rakyat).







Oh! sebelum mengundur diri, good luck untuk anak-anak SPM...^_^





11 comments:

  1. Assalamualaikum..selamat pagi KB. Happy working on this beautiful Monday blues. Sama la dengan MK yang busy jugak since last week. Rasa jealous rasanya tengok orang Perak cuti hari jumaat lepas .. sedangkan Minah Kiwi pun asal dan di besarkan di Perak tapi kerja di KL.. redha jer uollss

    Anyway.. selamat berjaya bagi semua yang mengambil SPM. Adik bongsu Minah Kiwi masih lagi Form 1.. so takde la wish bagai untuk adik bongsu adik Minah Kiwi tu.. lagi 4 tahun nak SPM nyer

    Selamat bekerja .. kira duit rakyat tu elok2 yer.. jangan tersalah kira uollss

    ReplyDelete
  2. BZ SIKIT XPA KB ESOK LAPANG PULA..SERONOKNYA KIRA DUIT BANYAK

    ReplyDelete
  3. Takpelah KB..dahulu kan kerja yg penting dulu baru BW.. kami memahami... hehe..hujung tahun memang sllu nya busy.. kira tanggung tugas lah ni kan, tolong menolong sesama rakan sekerja.. hihi..

    ReplyDelete
  4. Eh... sekali jadi org kaya KB
    Jgn berangan pulak sampai ditabur duit tu keluar tingkap buat macam org kaya nak bersedekah bebanyak haha...

    ReplyDelete
  5. Akk pun sedang sibuk dgn nak melaih anak2 buat persembahan. Ni rilex jap sambil menyempatkan diri bw ke blog kengkawan.

    ReplyDelete
  6. selamat petang KB
    takpe dulukan kerja2 KB tu
    takkan lari kawan2 di kejar ni haha
    terkojot tengok duit yg banyak tuuu
    kalau duit sendiri alangkah besttt nya kanan

    ReplyDelete
  7. sama2lah kita sibuk kak..saya pun sibuk tak menang kaki tangan dah ni, apatah lagi plan nak pindah dipercepatkan pulak, lagi haru dan semput dibuatnya ni kak, mahap jugaklah sebab tak terbaca dah entri2 akak inshaAllah ada waktu lapang nanti saya mai pulun baca ya kak

    ReplyDelete
  8. Hujung tahun biasa la kan... Memang ramai yg busy... Moga dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
  9. Okey, takpa. Ada penjelasan, kita faham ^_^ Yang bimbang lama-lama menyepi ni takut lepas 90 hari tanggung tugas kawan yang bersalin, tetiba kena jangkitan ambil cuti bersalin juga, KB. Hahahah!

    Saya pun sibuk minggu ni sampai tak dan nak update entri. Kiranya baru hari ni nak bersenang-lenang semula. Nak buat macamanakan, kita kerja makan gaji. Tapi kalau company tu kita punya, lagilah kita sibuk uruskan untung rugi company sendirikan! Hahaha!

    Selamat menempuh zaman sibuk. Nanti-nanti kalau free, bagilah 'salam' ~_^

    ReplyDelete
  10. Patutlah senyap sunyi bukan main pemalu lagi sehari dua orang tu. Rupanya tengah hazab menanggung kerja orang haha......Biasalah Rul cari makan, gitulah... Dia pun teringin gak dingandungkan, habis tu kome ingat kome sorang je yg teringin haha

    Kikiki....nantilah kalau mak terjumpa anti rust kat mana mana mak belikan seketul khas untuk otak kome tu Rul. Sebelum apa apa terjadi. Kang tak jumpa jalan pulak nak ke blog mak.

    ReplyDelete
  11. Lamanya tuan rumah ni menyepi yer..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^