Assalamualaikum.
Seperti kebiasaanlah kan, hujung minggu suami aku ada games bola. Itu memang sudah menjadi aktiviti wajib bagi dirinya. Kalau tidak, nanti menggelitis kaki dan menggeletar seluruh badan kerana gian! Hidup tidak ada warna-warni tanpa menyepak bola kekdahnya.
Kebetulan minggu sebelum itu adalah tugas dia mencuci jersey yang dipakai team mereka. Sebelum-sebelum itu giliran orang lain.
Akan tetapi, setelah jersey termasuk stokin yang panjang sampai ke paras lutut itu dikumpul dan disimpan di dalam bonet kereta, bukannya hendak dibawa keluar. Malah diperamnya hingga seminggu tanpa pengetahuan isterinya ini. ^_^
Bila tiba hari games seterusnya iaitu Sabtu baru-baru ini barulah dia terkenangkan jersey mereka belum dicuci!
Memanglah ek dasar lelaki ni, bab memakai nombor satu. Kalau bab mencuci jatuh ke nombor paling corot dalam carta. Adakalanya bila tiba musim tertentu, terkeluar terus dari carta! >_<
Oleh kerana dah kelam-kabut menguruskan hal di tempat kerja hari Sabtu tu, si suami ini minta pertolongan isterinya untuk mencuci jersey-jersey yang banyak itu.
Udah ler busuk berlumuran darah peluh, diperam pulak selama seminggu! Tentulah masam dan kapam tak terkata baunya. Walaupun katanya isteri yang taat, eeiiii......tak kuasalah teman nak mencuci guna mesin basuh hak sendiri, cik abang oii!
Memahami situasi itu, papa pun menghulur wang ringgit suruh bawa ajer ke dobi layan diri.
Sampai di tempat dobi, kami tercangak-bangak dek kerana tak pernah menggunakan perkhidmatan itu. Memang nampak sangat ler jakun dan 'peghok'nya. Lantas aku pun menggamit-gamit taukeh dobi mintak tunjuk ajar. Ye lah kan, kalau dah tak tahu tu, baiklah mengaku ajer daripada berlagak pandai tapi sesat jalan!
KB: Miss, you tolong ajar saya, macam mana mau guna. Saya tak tahu. +_+
Lengloi: Senang saja maaa. You tukar syiling dulu la, sana. (aku suruh amir pergi). Tak pernah datang sini ka?
KB: Tak pernah. Ini 1st time!
Lengloi: Oh! you duduk mana?
KB: Sini la... Kuala Kangsar. (dalam hati: sampai hati you tanya camtu, lengloi. Ingat orang baru keluar dari gua zaman batu ke?) *tetiba tersentap pulak*
Kami pergi bertiga. Amir tu haruslah dibawa untuk menolong mamanya. Punggah jersey, masukkan jersey....itu tugas dialah. Mama dia cuma mengarahkan saja dan menangkap gambo ^_~.
Budak Yusuf ini wajiblah dibawa. Jika ditinggalkan, melalaklah dia! Kakak Mira dan Abang Daniel tak harus ikut. Aku tinggalkan mereka di tempat kerja papa. Itu pun mereka syok juga sebab ada chance main game. ^_^
Kalau dibawa semua anak-anak, mahunya tahap kejakunan bermaharajalela di situ. Hissh!! buat malu mama saja nanti...haha
Masa mencuci berjalan selama 25 minit dengan caj RM5 untuk pakaian 16kg...Jika, berat kurang 10kg, cajnya RM4.50 saja. Pilihlah yang mana sesuai!
Dah siap dicuci, pindah pula ke mesin pengering. Duit pun kena masuk lagi RM5.00. Dan tunggu lagi 25 minit...>_<. Letih pulak rasanya menunggu ni. Takleh nak buat apa-apa!
Semasa menunggu Amir terpandang satu bakul yang lebih besar di sebalik dinding. Maka, dia pun ambillah dengan berkata..'kita guna yang ini lah ma, besar sikit'. Aku pun diam tanda akur.
Tak lama lepas tu, datang seorang cina, pandang aku atas bawah atas bawah....Dah kenapa pandang-pandang? Kemudian, dia datang menghampiri....
Ini bakul saya punya
Semasa menunggu Amir terpandang satu bakul yang lebih besar di sebalik dinding. Maka, dia pun ambillah dengan berkata..'kita guna yang ini lah ma, besar sikit'. Aku pun diam tanda akur.
Tak lama lepas tu, datang seorang cina, pandang aku atas bawah atas bawah....Dah kenapa pandang-pandang? Kemudian, dia datang menghampiri....
Ini bakul saya punya
Oh ye ke?? ok ok ambillah. Sorry yaa!! ^__^. (padanlah muka sesuka hati merembat bakul orang).
Oleh kerana tidak membawa bakul sendiri, tadah ler dengan beg plastik ajer untuk dibawa pulang setelah dikeringkan.Terasa bersih dan wangi saja seperti baru dicuci. Eh! memang ler baru dicuci, kan??? Pffftt.....
Sekarang ni, bila dah terasa pandai mendobi sendiri, takde ler segan silu lagi. Berlegar-legar dalam kepala otak macam-macam nak diangkut ke sini nanti - selimut, cadar, toto, sarung bantal dll
Kelakar betullah KB ni. Nampak sangat memang isteri mithali sebab tak pernah ke dobi semua cuci sendiri. Banyak pahala kalau nak dikira ni.
ReplyDeleteKakak tiap minggu ke dobi sebab setiap kali jenguk anak dara bongsu kakak akan bawa semua baju kotor dia ke dobi. Sama mesinnya macam ini juga. Cuma sabun dan pelembut/pewangi kakak bawa siap-siap dari rumah.
Senang kan... lain kali cuci aje sini kalau sibuk. Senang keluar mesin dah boleh iron/lipat.
sy pon xpndai guna self service dobi..:)
ReplyDeleteSaya pun tak pandai gak guna self service dobi ni..dulu2 pandai la time student. Sekarang ni Minah Kiwi nak belajar balik guna..banyak barang kat rumah tu nak di cuci kan
ReplyDeleteLaaaa... KB! Kenapa tak tunggu saya! Saya belum pernah tau pergi kedai dobi lagi. Macam ni, saya seorang ajelah yerk yang masih duduk dalam gua? Hahaha!
ReplyDeletePandai KB guna mesin dobi! Lepas dah pandai ni, apa kata masukkan dalam rutin seminggu sekali ke, dua hari sekali ke, tak pun hari-harilah senang cerita untuk ke kedai dobi ^_^
Yusuf tu memang patut dibawa ke kedai dobi. Kalau penat menunggu, sekurang-kurangnya tengok keletahnya ke hulu ke hilir dalam kedai dobi tu best juga. Hilang sikit bosan menunggu!
OKLAH TU KB DPT PENGALAMAN BARU LAINKALI TENTU LAJU JE KEDAI DOBI HEH..HEH..KEMUDAHAN DH ADA ELOK DIGUNAKAN
ReplyDeleteKakcik selalunya bab mendobi ini kerja En Suami. Cuci di rumah dan hanya keringkan di Pusat mendobi... :)
ReplyDeletehehe...kelakar pula sebab boleh bayangkan
ReplyDeletesaya dulu pun gitu sebab memang tak penah guna. masa tu kes darurat aje
idak memang sendiri buat. kekadang mychintahati nolong
tapi sejujurnya, dia yang selalu buat bab basuh baju. hehe
Akk pun angkat tgn ngaku tk pandai ni, haha..yelah dah ada mesin basuh sendiri apa ke jadahnya nk gi dobi self servis tu, kecualila sok2, mana tau ada kes emergency ke, tak tau sok pandai2 la tya cam KB kan
ReplyDeleteBab-bab mendobi di kedai ni, sy pun rasanya gagal KB.. seingat2 baru dua kali kot guna.. boleh plak en suami terlupa nak keluarkan baju ye.. haduhh bau pun boleh tahan tu lama terperap dlm bonet.. hahaha...sabar jer lah..
ReplyDeleteCH tak pernah cuci di kedai dobi KB..
ReplyDeleteCH pernah keringkan ajer..
Itu pun kak nabilah yg tolong 😆
CH serupa KB je tahu mengarah.. hahaha..
Bakul mmg kena bawa sendiri..
Baca entri KB tu dah tahu..
Tu mesti bakul org lain..
Hihihi
Tapi kali pertama boleh dimaafkan..
saya lebih suka basuh dgn mesin sendiri..kecuali toto dan selimut pernah hantar ke dobi...
ReplyDeleteBiasalah first time mmg le jakun hihi...
ReplyDeleteMemang senang banyak kan Rul.... Mana mana tempat dah ada kedai dobi gini. Mak sekarang kalau balik kampung walau sehari mmg kedai dobi nilah ku tuju dulu Rul. Kat rumah mak tu penyidai tak ada tu yg malas nak basuh kat rumah...
Rajin Amir ye Rul.... menurut perintah ibu aje dia.
kalau saya first time pun jakun juga kekdahnya. senang sekarnag ni dah ada kedai dobi, tak risau kalau air takde
ReplyDelete