Assalamualaikum. Hari ini, kita baca puisi pula ya.
Hujung minggu lalu, aku membelek buku-buku teks anak yang telah dibekalkan oleh sekolah untuk tahun depan.
Hujung minggu lalu, aku membelek buku-buku teks anak yang telah dibekalkan oleh sekolah untuk tahun depan.
Tiba-tiba, aku terpana dengan satu puisi ini. Rasanya...alahaiiii, tak tahu bagaimana nak diluahkan dengan kata-kata!
Kita ada ibu
Ibu kita satu
Pesanannya beribu-ribu
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
"Buat begini jangan begitu
Bacalah buku selalu
Kukuhkan diri dengan ilmu
Pilihlah kawan yang mulia hati
Tolaklah kawan pementing diri
Pilihlah kawan yang punya petunjuk
Tolaklah kawan yang bertabiat buruk"
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
Bertanya ke mana arah tuju
"Jagalah diri selalu
Di luar sana mungkin bencana menunggu"
Kita menjadi jemu
Mendengar pesanan beribu-ribu
Tapi ibu tetap ibu
Pesanan bertambah satu dan satu
"Jangan dibiar kepala berkutu
Carilah ubat jerawat batu."
Suatu senja
Seorang temanku merintih
Kerana kehilangan kekasih
Kini baru disedarinya
Pilihan musang berbulu arnab
Biarpun menyamar cekap
Ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap
Dia menyatakan kesalnya
Kerana dia alpa
Ibunya berpesan sejak dulu
"Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu. "
Mengenangkan nasib temanku itu
Aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
Kuyakini kau mengenali
Yang mana permata, yang mana kaca
Yang mana budaya, yang mana buaya
Berilah pesanan beribu-ribu
Malah berpuluh ribu
Aku tidak akan jemu
Ini janjiku kerana aku tahu
Sempurna seorang ibu
Dengan pesanan beribu-ribu.
Rahman Shaari
Anjung Deklamator, 2005
Pekan Ilmu Publications
Ibu - pesannya tak pernah terbatas, biar pun anak-anak mendengar dengan malas...
ReplyDeletePuisi yang indah! Pesanan ibu yg selalu di rindu..sebak bila di kenangkan.. hargai lah Ibu selagi mereka ada..
ReplyDeleteindahnya puisi :) smoga anak2 soleha dan soleh..
ReplyDeleteIbu rupanya mmg banyak cakap ye Rul haha...Dasar mulut tarzan kita semua ni haha....
ReplyDeleteCantik kome ye Rul....Suka tengok gambar kome pakai tudung biru tu. Tahun bila ye Rul gambar tu? Masa tu pipi nampak bam bam sikit....
Oh, masa tu kalau tak salah tahun 2008. Masa kenduri kahwin adik no.5, maka kenalah bercantik-cantik walaupun sebenarnya idak ler cantik mana pun, saya ni Mak.
DeleteAkk rindu pesan ibu, tak mungkin dpt didengari lagi.....
ReplyDeleteTiba2 rasa rindu dengan ibu di kuantan pulak.. hmmm
ReplyDeleteIbu tu tak pernah lupakan anak anaknya walau anaknya duduk berjauhan sekali pun..tapi adakah anak2 ingat pada ibu .. renung renungkan lah
ReplyDeleteTiba-tiba rasa sebak dan teringatkan emak!
ReplyDeleteSebesar mana pun kita, ibu tetap masih menganggap kita ni anaknya yang masih kecil, yang masih perlukan bantuan, yang masih perlu dibimbing!
Jadi emak-emak ni memang begini rupanya sikap. Untungnya kita nikan dapat juga peluang merasai nikmat menjadi ibu nih!
pesanan ibu semestinya terbaik utk anak2
ReplyDeleteTu lah ibu kan KB..
ReplyDeleteKita yg dah jadi ibu ini pun..
Beribu2 juga kita dapat pesanan..
Rindu pulak dgn CH dgn almarumah mak .. Al Fatihah..
Tapi seriuos CH pun terpersona dgn puisi ini..
Puitis sungguh..
Itulah sifat seorg ibu
ReplyDeleteMemberi kata nasihat tanpa jemu
seperti kita juga yang dah jadi ibu
tahulah kenapa ibu kita dulu begitu
indahnya puisi tentang ibu
ReplyDeleteterharu seketika
tapi itulah hakikatnya seorang ibu
memberi tanpa di minta
Ibu, pesanan beribu-ribu.
ReplyDeleteDari kecil sampai besar ibu tak pernah tidak berpesan. Semua tuk kebaikan anak. Tingginye nilai seorang ibu. Sedap puisi ni sis..
Puisi penuh makna..
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com