Monday, February 15, 2016

Resepi Donut Yang Sangat Gebu

Assalamualaikum

Cuti hari sabtu saya dan anak-anak buat donut. Suka sangat budak-budak tu sebab donut kuih kegemaran mereka. Selalunya, bila petang balik dari kelas KAFA, saya singgah membeli donut. Lima ketul RM2.00. Beli di pejabat tiga ketul RM1.00. Makan sikit rasa tak puas-puas.

Nak makan banyak-banyak kena buat sendiri. Baru puas hati. Saya ambil resepi donut yang paaaaling senang dari blog kak azie. Sebab apa saya kata senang? sebab tak perlu rehatkan untuk tunggu doh mengembang. Saya kan ada anak kecik, semua kerja kena pantas. Sap sap sui siap. Janji donut menjadi. Gitu! 

Daniel dengan donut yang baru digoreng.

Sumber: Azie Kitchen
Oleh: Mama KB


Bahan: 500 gm tepung, 1 paket yis mauripan, 1 sudu besar shortening, 2 sb gula,
2 sb susu, 50gm majerin, 1 biji telur, 1/2 sudu teh garam, 200ml air suam kuku


air suam + yis + gula + susu  + majerin + shortening. Kacau sedikit dan biarkan hingga 10 minit.
Yis akan mengembang dan berbuih-buih macam ni.


Ayak tepung ke dalam aduan. Masukkan telur yang dipukul manja bersama garam. Kacau sebati.
Bila sudah sebati kacau satu arah sahaja menggunakan sudu.


Ayak tepung lagi dan gaul seketika dengan sudu. kemudian baru uli dengan tangan. Uli hingga doh sebati dan tidak melekat. Bekas pun jadi bersih. Tepung tidak perlu dihabiskan.


Dah siap diuli, yusuf dah merengek nak perhatian. Mama mintak amir mira terap-terap.
Tak susah, sebab guna acuan.


Boleh terus dicanai tanpa direhatkan. kalau nak direhatkan boleh juga lebih kurang 5-10 minit.
Saya terus canai jer. Tambah tepung sekiranya doh agak lembik.


Terap doh ikut acuan. Kalau acuan sebesar ni, boleh dapat 45 ketul. Banyaknyaaaa.
Saya bagi jiran sebelah2 rumah, depan2 rumah.


  Sementara doh diterap dan minyak dipanaskan dengan api perlahan, doh akan mengembang dan menjadi ringan. Goreng donut dengan minyak yang banyak. Pesanan: jangan goreng terlalu banyak donut pada satu-satu masa kerana ia akan kembang lagi semasa digoreng sebab ada kandungan telur.



Donut yang dah siap digoreng. Memang gebu, lembut dan ringan. Tak rugi mencuba.


3 comments:

  1. Fuh bgus nie.. Nmpk sedap 😋

    Assalam jemput join GA saya...

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html

    Tarikh tutup 17 feb 2016

    ReplyDelete
  2. Kakak pun suka donut KB bukan anak-anak KB aje
    Tapi kakak suka yg macam KB buat inilah - plain. Tabur sikit guna gula kastor biasa sebab kakak tak minat sangat yg celup-celup coklat walaupun kakak suka coklat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^