Pagi ini saya buat sandwich ayam untuk sarapan anak-anak ke sekolah. Tak susah nak menyediakannya. Sebab ada ayam goreng berbaki lebih makan malam semalam, saya simpan untuk buat sanwich.
Ayam itu saya potong2 atau carik-carikkan isinya. Kemudian tambah mayonis dan serbuk lada hitam kasar. Tambah sos cili sedikit sebab anak-anak suka. Kalau saya, tak letak sos dah sebab sos tu akan mematikan rasa mayonis. Gaul rata.
Roti disapu majerin/mentega. Letak isi ayam, tutup dengan sekeping roti lagi dan potong dua. Siap!
Sandwich ayam.
Simple sahaja. Boleh tambah salad atau timun. Saya tak letak sebab tak ada stok. Sarapan yang dijamin senang, jimat masa dan berkhasiat untuk anak-anak ke sekolah.
Cubalah.
Kakak pagi ini pun bekal sarapan sandwich juga
ReplyDeleteTapi kakak buat telur hancur letak sosej.
Yg penting tak payah sesusah membeli..
sarapan plg simple yet mengenyangkan...tapi tengah hari kena topup makanan berat jgk...nanti kang kesian kat tubuh tak larat nak function well..
ReplyDelete