Wednesday, December 2, 2015

Babysitter Kejam : Berhati-hati Memilih Pengasuh Anak

Assalamualaikum !

Mula-mula masa habis 90 hari cuti bersalin aku hantar Yusuf ke taska. Tiga bulan di taska, lepas raya haji aku hantar dia ke rumah pengasuh. Pengasuh adalah pengasuh yang sama sebab pengasuh tu berhenti kerja dari taska. Kemudian minta nak jaga yusuf di rumahnya. Aku pun tanpa fikir panjang terus setuju aje. Dengan harapan tumpuan akan pada yusuf sahaja.

Rupa-rupanya bukan Yusuf saja di rumahnya. Rupa-rupanya ada 3 orang lagi baby dan seorang kanak-kanak umur 4 tahun. Semuanya dari taska tempat dia kerja dulu. Rupa-rupanya dia cantas pendapatan tuan taska itu. Aku rasakan  ini satu penganiyaan kepada tuan taska itu.

Dalam hati, aku dah buat kesilapan hantar Yusuf di situ.

Bulan pertama elok. Takde dengar masalah. Masuk bulan kedua, babysitter mula hantar sms. Beritahu yusuf selalu menangis tak henti-henti. Disuruh tidur tak mahu tidur. Diberi susu tak mahu minum.

Banyak kali juga aku pergi rumah dia. Tengok yusuf. Bila aku masuk je, yusuf kena bedung. Kena ikat di bouncer. Mata berair, bengkak dan merah, memang baru lepas nangis.

Masa aku di rumah dia, aku perati je cara dia layan dan asuh anak-anak kat situ. Sangat tidak memuaskan hati aku.

Apa yang paling aku tak puas hati:-

1) Semua baby dibedung masa tidur. (umur antara 4 bulan hingga 10 bulan). Yusuf tak biasa dibedung, mungkin sebab itu dia meronta dan menangis.

2) Cara bagi susu, botol susu dialas dengan bantal. Kemudian pengasuh main handphone. Sedar-sedar baby tertidur sendiri.

3) Jika masih tak mahu tidur, dia akan tepuk dada baby tapi kalau masih mata tak nak pejam, muka ditutup dengan kain napkin supaya cepat tidur.

4) Beri makan, secara baring. kalau baby bergerak atau meronta, tangan dan kaki dipegang, dan seorang lagi pengasuh (kakak babysitter) akan menyuap makanan. Secara paksa budak tu akan telan makanan. Janji habis.

5) Ini paling aku tak tahan. Percaya dengan benda syirik. Yusuf menangis dikata sawan tangis, ada makhluk menumpang di badannya. Yusuf ada saka dan macam-macam lagi. Padahal waktu cuti, bila di rumah, yusuf tak pernah menangis tanpa sebab.

Bila aku ke rumah babysitter tu waktu yusuf menangis, aku susukan yusuf, laju-laju dia minum. Selepas tu...baru dia mahu main. Ini bermakna yusuf lapar.

Sejak itu aku makin cuak dengan perangai babysitter tu. Fanatik sangat dengan benda-benda karut. Aku percaya juga dengan benda-benda halus tapi berpada-padalah. Jangan sampai jadi syirik.

Dari pemerhatian aku, keluarga mereka terlalu percaya sampaikan air yang diminta dari bomoh mana entah diberi pada aku untuk yusuf minum dan mandi. Tapi aku tak buat. Keesokkannya, dia kata yusuf dah ok sebab air tu. Padahal setitis pun aku tak sentuh sampai sekarang.

Habis bulan November baru-baru ni, aku bayar duit upah mengasuh. Lepas tu aku tak hantar dah yusuf kat rumah dia.

Kepada babysitter tu...."assalamualaikum adik (sebab dia panggil aku kak w/pun umur lebih kurang rasanya). Akak doakan awak dikurniakan hati yang lembut. Menyayangi anak-anak. Tidak menyeksa mereka seperti yang awak buat sekarang. Diorang bukannya anak patung yang boleh dibuat sesuka hati awak. Mungkin ibu-ibu lain tak ambil peduli anak mereka diperlakukan begitu. Tapi akak AMBIL KISAH apa yang awak dah buat pada yusuf. Ini sudah macam pra penderaan pada mereka. Mereka juga ada perasaan cuma belum pandai bercakap untuk meluahkannya. Jangan terkejut kalau pegawai JKM datang ke rumah awak sebab dah melanggar prosedur JKM. Untuk pegetahuan awak, mengasuh anak empat hingga sembilan orang wajib berdaftar sebagai taska di rumah."

Buat sementara waktu ni, yusuf dijaga oleh mak aku. Mak aku cakap, sepanjang waktu aku bekerja tak pernah lagi yusuf menangis-nangis tanpa sebab. Elok je perangai dia. Alhamdulillah.

Yusuf - tujuh bulan
~ Masa aku minta balik semua barang-barang yusuf yang aku bekalkan di rumahnya, katanya mana ada apa-apa. Bedak dan syampu dah habis. Padahal dari muka pintu aku nampak je bedak tertera nama YUSUF yang aku tulis masih berseal. Belum dibuka. Entah bedak sapalah yang dia sapu ke yusuf. Takpe lah dia taknak bagi. Aku dah niatkan ganti balik kalau dah terpakai anak orang punya. Selebihnya aku sedekahkan. Bantal pun dia taknak bagi. Tapi aku mintak jugak. Lambat-lambat dia hulurkan kat aku. Aku mintak sebab itu dari air tangan aku sendiri. Aku jahitkan special untuk yusuf semasa aku mengandungkan dia. Belum lagi terniat nak bagi kat anak orang.

Mintak maaf ye, dik. Akak cadangkan kalau nak jaga ramai-ramai macam taska, sediakanlah keperluan yang mencukupi. ~.

7 comments:

  1. memang kena hati-hati bila memilih nurseri ataupun pengasuh untuk anak...

    ReplyDelete
  2. Ngeri betul kakak baca kisah macam ini
    KB kena bantu/inform ibu-ibu baby lain yg dijaga
    Kalau mereka tak kisah tak apa yg kakak bimbang mereka tak tahu anak mereka kena macam itu.

    ReplyDelete
  3. nasib baik sedar awal . babysitter tu x cerdik juga rupanya. dah mak yusuf ada kat situ pun dia masih selamba je jaga baby ikut cara dia . baby sitter tu x de anak ke ? klu org yg pernah ada anak , dia tak kan perlakukan baby mcm tu ... seram dgn no.2 tu sbb cara tu blh buat baby tersedak susu dan meninggal ... nampak benor mrk cuma kejar rm . rm pun rm juga tapi buat kerja kena ikhlas krn Allah ...

    ReplyDelete
  4. Salam sis..

    Sedihnye bace.. Sakit hati bile org jg ank kite mcm tu.. Huhu.. Pling xsggp bl bygkn ank lapar.. Huhu.. Ya Allah.. Stress je rs.. Mehla ato umh iza.. Iza jg.. Tp klu iza mkn lauk ikn kering iza bg lauk ikn kering jgla kt yusuf.. Huhu..

    ReplyDelete
  5. alahai.
    cukup tak suka bla buat pada bby mcm ni. nmpak sngt tak ikhlas nak jaga baby. buat kja kerna duit semata. huhuhu. sedey la bila baca entry ni.

    saya bru j ada anak.bru nak merasa jaga anak sndiri.walaupon sblm ni pnh juga jd bby sitters tp tak gamak nak jaga lebih dr dua org. sbb rasa x mampu nk handle. bukan mudah nak jaga anak org.
    bg saya bukan setakat nak jaga lepas tgn gituu je.

    ats niat masing2.
    samaa2 kita doakann smga dia lembut hati dan ada sifat kasih sayang pada anak2.

    dia dh kawin ke belum ?

    ReplyDelete
  6. Yg terbaik tuk jaga anak, adalah ibu anak tu sendiri. Tergamak kita tinggalkan dia pd org hanya semata2 kejarkan gaji dua tiga ribu. Kalo kita pun xnk jg ank sepenuh masa sbb nk bekerja...jgn la kita harap org lain bole ikhlas jg ank kita..ingatlah wahai wanita, mncari nafkah adalah tugas suami...tugas ibu mnjaga dan melindungi anknya...

    ReplyDelete
  7. Sabda nabi saw, wahai wanita, asuh dan akrabilah anak2mu, kamu akn tinggal bersamaku d dlm syurga..."
    Tak kira apapun alasan, asuh sdri ank adalah tugas wajib seorg ibu. Cari duit serahkn pd suami.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^