Friday, January 3, 2014

Rehlah Fi Lata Jeliang dan Game Bola

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2014!


Moga-moga memberi nafas baru kepada kita semua untuk meneruskan hidup. Yang telah berlalu biarkan ia pergi. Pengalaman lalu banyak mengajar kita erti kehidupan. Erti kasih sayang, kejujuran dan keikhlasan. Kadang-kadang kita gembira dan kadang-kadang kita berduka. Bagi mama tiada apa yang paling berharga selain keluarga tercinta. Kasih sayang yang disemai, ditanam dan dibaja mesti kita jaga supaya tidak ada yang mencemarinya. Begitu juga kejujuran dan keikhlasan dalam menjaga kasih sayang yang telah dibina itu.

Cuti sekolah sudah pun sampai ke penghujungnya. Sebelum memulakan sessi persekolahan 2014, jom kita habiskan waktu-waktu emas ini bersama yang tersayang.

Balik kampung lagi, menjenguk kebun..kebetulan ada om jimmy dengan bunda afni.


Sesampai saja di kebun, saling bersalaman dan bertanya khabar. Walau jauh beribu batu, bertahun tidak bertemu tetapi mana mungkin ikatan persaudaraan ini terputus.


Tiga bersaudara...pakcik-pakcik dengan anak sedara.


Bebas, tanpa gangguan sebelum memulakan aktiviti.


01/01/2014 ~ Tak jauh dari kebun atok, ini dia. Lata Jeliang kami datang.....! First family activity for 2014. Tak ada yang tidak suka main air. Budak-budak, bapak budak, atok budak, semua suka. Mak budak dengan opah budak pun suka jugak tapi lebih senang duduk-duduk dan borak-borak aje. Sampai saja, bukak apa yang patut, terjuuun... Kita pilih tempat air cetek supaya yang kecik-kecik pun boleh mandi. Yang paling seronok, tempat ni privasi dan tak ada orang.


Ini gambar sebelum begerak ke lata. Kan mama dah cakap, bila sebut nak mandi lata semua 'semangat katak'.


Budak besar buatlah apa korang suka.


Budak kecik kat sini aje.


Berhati-hati walau di mana anda berada.


Cari tempat yang lebih adventure. Apa barang tempat cetek, iye kan?



Haha...adventure lah kononnya.


Tengok atok..relax je.



Bapak budak dengan anak-anak.


Main pasir


Atok main percik-percik air ye??


Daniel balas percik kat atok.


Sesiapa yang lapar, silakan makan


Mau makan durian pun bisa, om


Opah, bunda dan mama, bersembang-sembang


Alhamdulillah, semoga tahun 2014 memberi kegembiraan dalam hidup kita seperti hari ini. Kita tidak perlu banyak impian.....apa yang kita perlu ialah 'happiness'. Terima kasih kepada semua insan-insan teristimewa dalam hidup mama. Tanpa kalian hidup mama tak bermakna. Anak-anak mama adalah nyawa untuk mama lebih kuat meneruskan hidup. Selamat tahun baru semua dan take care.


Tukang tangkap gambar ambik gambar sendiri ~ selfie.

......................................................................................................................................................................................................................................
................................................
........................

1 Januari 2014 juga papa ada game bola di Padang Kilat, Ipoh. Lepas mandi-mandi di lata, mama papa ke Ipoh but you all semua stay kat lata, memasing tak ikut. Tak pe lah, bergembiralah sementara ada waktu.

Mama selitkan jugak gambar-gambar papa kat sini sebagai album kenangan papa di tahun baru.





ASMAI TEAM IN 01 JAN 2014


Luv, mama.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^