Monday, January 6, 2014

Doaku Pada Mu...

Bismillahirrahmanirrahim


Ya Allah,
Kau ampunilah dosa ku yang telah lalu,
Kau limpahilah aku dengan kesabaran yang tidak terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah,
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan-Mu di Arasy,
Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk di jannah-Mu,
Limpahilah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Berikanlah aku kesabaran untuk ku hadapi segala kerenah dan ragamnya.

Ya Allah,
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia ini tetapi bukan di akhirat-Mu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Kau berikanlah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu

Ya Allah
Sesungguhnya..
Aku lemah tanpa petunjuk-Mu
Aku buta tanpa bimbingan-Mu
Aku cacat tanpa hidayah-Mu
Aku hina tanpa rahmat-Mu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya pada-Mu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia-Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran-Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Iateri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati

Ya Allah Ya Tuhanku
Seandainya telah Kau taqdirkan dia bukan untukku
Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran
Menerima segala ketentuan-Mu
Seandainya telah Kau tulis ianya sementara bagiku
Kau berikan ketabahan menjalani kehidupan ku yang seterusnya
Bersama anugerah yang Kau berikan
Dan Kau jadikanlah aku
Insan yang sentiasa bersabar dan redha dengan segala dugaan-Mu
Dan andainya kau masih beri kesempatan itu
Aku mohon Kau lindungilah kami dan permudahkanlah urusan kami
Ku berserah pada-Mu Ya Allah

Amin Ya Rabbal 'Alamin.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^