Tema : Peralatan di Sekolah - Penggunaan Gam - Kolaj Bentuk Segitiga
" Blog ini didedikasikan kepada anakanda tercinta Amir, Amirah, Daniel dan Yusuf. Jadikan ia sebagai diari kita, album kita dan kenangan kita. Bila mama sudah tua, sudah tak ingat, sudah tak mampu untuk bercerita, atau mungkin mama sudah tak ada lagi, inilah coretan yang boleh mengimbau kisah silam kita." salam sayang, mama
Wednesday, March 8, 2017
Tuesday, March 7, 2017
Yusuf Minggu 8 :: My House 🏠🏠🏠
Selasa, 8 Jamadilakhir 1438H
Sejak dua menjak ini Mama Yusuf sudah dihinggapi saka malas yang menyelinap ke seluruh tubuh. Banyak cerita boleh dinukilkan kalau mahu, tapi sudah kata malas melanda, tak ada siapa dapat menolongnya. Terperap ajer lah ya semua ceritera kami.
Namun, setiap minggu kisah Yusuf ini memang sudah tak boleh dielakkan lagi dek kerana cikgunya sering menghantar gambar aktiviti di taska. Melambak sudah dalam gallery hp! Semuanya akan diabadikan di blog ini sebagai kenangan. ^_~
Tema : Rumah dan Sekolah Saya - aktiviti dalam kelas - kolaj rumah
![]() |
| menggunakan gam untuk menampal |
![]() |
| Yusuf sedang menyapu gam di kertas |
![]() |
| tampal kertas pelbagai bentuk menjadi sebuah rumah |
![]() |
| Yusuf dan Rumahnya yang hampir siap ^_~ |
Entri akan datang mungkin saya menempel gambar saja dek kerana kemalasan menaip...hehehe
Bye-bye ^_^
Tuesday, February 28, 2017
Yusuf Minggu 8 :: Mari Berkebun ^_~
Selasa, 1 Jamadilakhir 1438H
Sudah diberitahu tema di taska Yusuf minggu lalu ialah 'Sekolah dan Rumah Saya'. Maka, hari Jumaat lepas iaitu hari terakhir sebelum hujung minggu itu pihak taska mengadakan program menanam sayur dan pokok herba. Ala-ala di rumah sendiri....hehe ^_~
Penglibatan ibubapa kepada anak-anak di taska ini adalah diwajibkan bagi setiap bulan. Bulan Januari yang lepas, kami telah mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai. Manakala, di bulan Februari ni, ibubapa dikehendaki hadir untuk menjaya Program Tanaman Herba bersama anak-anak. Begitulah ya setiap bulan hingga hujung tahun nanti, ada saja program yang melibatkan ibubapa. Jenuh ler saya tapi best!
![]() |
| Posing dengan hasil kerja masing-masing |
Ini adalah kawan-kawan Yusuf bersama keluarga mereka. Kebanyakannya mama dan papa datang sekali. Dania 'si bunga' seorang tu, ayah saja yang datang bersama kakaknya. Adik comel di sebelah bawah kiri itu pun, papa dia saja yang datang. Manakala Yusuf pula, mama datang seorang. Papa Yusuf seperti biasalah kerja.
![]() |
| Mama terkejut teacher datang nak ambil gambar - tiba-tiba jadi panik! Patutnya peganglah botol yang dah siap dihias tu, kan.... Ini dok pegang plyer dan dawai pulak, apa kes? T_T |
![]() |
| 4 daripada 6 botol sayur milik anak murid 2 tahun. Yusuf punya ada tanda KAILAN. ^_^. Lagi dua tertinggal, tak ambil gambar. |
Di sebalik pembikinan botol ni ada ceritanya. Saya sudah datang awal untuk menghias botol. Tapi tahu sajalah si Yusuf tu...asal nampak ajer mama dia, mulalah menyelak tudung, susu...susu...
Oleh itu, kena ler bagi laluan untuk breastfeeding dulu...Kerja-kerja menghias botol terpaksa dikemudiankan. Masa menyusukan Yusuf, parents yang lain sibuk menghias. Jadinya, bila mereka dah siap, tinggallah botol Yusuf terkontang-kanteng seorang diri dalam kelas. Pendek cerita, Yusuf punya paling akhir siap. Orang dah siap menggantung botol, kita baru sibuk nak cari anak benih. Yusuf pilih Kailan ya...hihi
Bila dah siap gantung botol sayur kailan Yusuf di pagar, barulah mamanya perasan botol kawan-kawan Yusuf semuanya replika ala-ala tikus. Ada mata, telinga dan ekor. Boleh bandingkan botol mereka di gambar atas tu. Yusuf punya? Ku taram dan hentam saja tema 'space', twinkle-twinkle little star, how I wonder what you are!
![]() |
| Beberapa bentuk dan rupa botol-botol sayur hasil murid 3-4 tahun. Yang atas sekali sebelah kanan tu, comel kan....kartun-kartun! |
Selain dari tanam sayur yang biji benihnya disediakan oleh pihak taska, saya juga ada membawa sendiri anak benih dari rumah. Kebetulan ada pokok herba, bolehlah ditanam di taska untuk berkongsi dengan emak-emak yang lain.
![]() |
| Mama siram pokok |
Sekiranya, kailan Yusuf tak menjadi, harap-harap pokok kari dan kunyit ni hidup subur. Nanti sesiapa yang nak masak guna daun kari atau kunyit, bolehlah ambil dari sini ajer....T_T
![]() |
| Memperkenalkan adik manis - Safa', 4 tahun, sepupu Yusuf. Safa' dan ibunya tanam kangkung ^_~ |
Monday, February 27, 2017
Yusuf Minggu 8 :: Bermain di Playground
Isnin, 30 Jamadilawal 1438
Taska tempat saya menghantar Yusuf ni ada tema pembelajarannya setiap minggu. Jadi, minggu lepas, temanya adalah 'Rumah dan Sekolah Saya'
Bersempena dengan tema tersebut, hari Isnin minggu lalu anak-anak ini dibawa oleh cikgu mereka untuk meronda sekeliling sekolah. Tengok persekitaran sekolah merekalah agaknya ya. T__T
![]() |
| Anak murid 2 tahun - 5/6 orang yang hadir |
Di sebelah bangunan taska ini ada playground. Maka, aktiviti mereka hari itu bermain di taman dengan bebasnya. Seronok sangat dapat bebas berkeliaran dan berlari-lari. Selalunya, hari-hari terkurung ajer di dalam kelas.
![]() |
| Tengok muka masing-masing, happy aje semuanya! |
Macam-macam gaya budak-budak ni main slide. Gaya meniarap pun ada. Gegirl tu macam takut sikit nak gelungsor. Yusuf berkaki ayam terus !
![]() |
![]() |
| Lepas tu main belon pulak ^_~ |
![]() |
| Yusuf, buat apa tu, duduk sorang-sorang kat situ? |
Thursday, February 23, 2017
Yusuf Minggu 7 :: Role Play Tak Menjadi
Khamis, 26 Jamadilawal 1438
Kisah Yusuf minggu lepas, hari Rabu baru masuk ke taska semula selepas bercuti panjang kerana hfmd.
![]() |
| Hari Khamis dapat kad rawatan gigi ini untuk diisi oleh mama. Yusuf dah ketinggalan rawatan gigi semasa dia sakit dulu. |
![]() |
| Hari Jumaat - berbaju melayu bagi lelaki. Kebetulan sama warna pulak. Isnin dan Rabu pakai t-shirt taska, manakala Selasa dan Khamis pakaian bebas. |
![]() |
| ~ main puppet ~ |
Jumaat lepas, teacher nak buat 'Role Play Memberi Salam'. Sebelum tu murid-murid diberi puppet untuk bermain. Yusuf pegang elephant rasanya tu.
Selepas itu, murid-murid ni dipakaikan costume haiwan. Setiap orang dengan costume yang berlainan. Mari ler kita saksikan muka-muka comel dan reaksi seorang demi seorang dengan costume mereka ya. hihihi...^__^
![]() |
| anak ayam...chick chick chick ^_~ |
>
<
>
Tiba-tiba.....
![]() |
| 'sang bedal' menangis huhuhu... |
![]() |
| 'si burung' pun sama melalak jugak! huwaaaa |
![]() |
| 'pak belang' tengok kawan-kawan menangis, dia pun join sekaki meraung...bukannya mengaum! hehehe |
Oleh yang demikian, role play hari itu tak dapat nak buat sebab budak-budak ni menangis tak henti-henti. Dah berhenti menangis pun, mereka terdiam kaku tak nak bergerak dengan costume masing-masing. Nak menghayati watak agaknya, kata teacher T__T.
Subscribe to:
Posts (Atom)

























