Friday, April 29, 2016

Zarif dan Baby

Assalamualaikum

Ok last, cerita kuda lagi ek. hik hik

Naik kereta kuda sudah, main-main di padang sudah...ke mana lagi nak di tuju?

Cadangnya, kami nak terus balik. Tapi mira ajak tengok kuda lain. Lagi besar katanya. Mira dan Daniel dah biasa tengok sebab dekat dengan tempat mengaji dia orang. Jadi, aku terus lencong ke kawasan perumahan bersebelahan dengan padang kawat/parkir kereta istana, tempat kami naik kereta kuda tu.

Amir bergambar dengan Zarif (kanan) dan Baby (kiri)
Zarif dan Baby (nama kuda) adalah kuda racing. Sekarang mereka dah tua dan tak sesuai lagi untuk berlumba. Mungkin dah tak cekap berlari agaknya. Disebabkan dah tidak ekonomi, kuda-kuda ini hendak dilupuskan, maksudnya nak ditembak mati.

Kita sebagai manusia mesti sedikit ada rasa belas kasihan kan? Aku yang mendengar cerita ini pun, terkejut pada mulanya. Mengenangkan kuda-kuda ini adalah haiwan, atas perikemanusiaan, maka tuan mereka ni telah membeli dari tempat racing kuda tu. Harga tiap-tiap seekor dikatakan RM30k. Jadi kalau dua ekor, kiralah sendiri...berapa kan.

Begitu lah al-kisah ceritanya, wallahu'alam. Aku cerita ni berdasarkan apa yang disampaikan dan apa yang aku dengar dari penduduk sekeliling dekat situ. Kalau tak tepat, aku mintak maaf.

Tuan kuda yang berbaju-t hitam (belakang) sedang melayan Zarif minum.

Adik aku dengan Yusuf
Sekarang, Zarif dan Baby duduk di kawasan perumahan tempat tuannya menginap. Sesiapa nak datang tengok, boleh jer datang... dibenarkan.


Masa kami sampai, tuan kuda tu kata boleh pegang. Dia tunjukkan caranya, mula-mula tengok telinganya, kalau biasa saja, tepuk-tepuk lehernya. Cakap..."easy Baby, easy. easy. Tapi kalau telinganya terpacak naik ke atas, jangan cuba ganggu dia.

Bila Amir cuba nak tepuk leher Baby, dia berhengus, terus tak jadi.

Kami dengan Baby.
Semalam, semasa menghantar anak-anak mengaji nampak Zarif dan Baby meragut rumput di padang kawat.

-kuda, makhluk Allah yang sangat sinonim di zaman Rasullah s.a.w-

Thursday, April 28, 2016

Aktiviti Petang di Padang Kawat

Assalamualaikum.

Lepas naik kereta kuda petang tu, kami main-main kat padang. Orang tempatan sini panggil padang kawat [tak tahu kenapa]. Di situ juga tempatnya. Sebelah je dengan tempat naik kuda tu.

Sebelum tu, nak bagi tahu, tempat yang aku pergi ni, di Kuala Kangsar jer. Kot-kot ada yang tersilap anggap kata di Ipoh. Lima belas minit dari rumah kami kalau naik kereta/motor. Kalau berjalan kaki boleh sampai juga tapi mau berpeluh satu badan kot. Eh! bukan lawak ek. Kat sini memang tempat sesuai untuk berjogging dan memang ramai pun yang keluar petang-petang berjalan kaki.

Aku memang hari-hari lalu kat sini. Bukan jogging tapi menghantar anak belajar al-quran. Hari-hari nampak kuda tapi tak singgah.


Lepas naik kuda, aku biarkan yusuf jalan-jalan kat rumput. Practice berjalan namanya. Konon-konon nak bagi kaki dia kuat. Padahal aku dah tak larat nak mendukung dia. Naik lenguh tangan.. Tapi dia memang suka kena lepas macam tu. Berjalan jer lah kerjanya. baru dapat kaki kannn.

Sebenarnya petang tu, adik aku ada ikut sekali. Tu..yang bertudung cokelat tu...
Tengok lah yusuf berjalan, tak tahu erti penat.
Di hujung sana tu, ada family main layang-layang.


Sambil si yusuf ni berjalan-jalan, dia buat aktiviti mencabut rumput. Aku biarkan jer. Baik untuk fine-motor skill anak-anak kecil macam yusuf. Nak bagi jari dia kuat. Bagus juga untuk melatih deria rasa di tangannya. [Sensory Development



Masa daniel tengah asyik tengok orang main layang-layang, aku dengan mira ralit tengok remote-control helikopter. Tunjuk pada yusuf sekali. Teruja.

Kalau boleh nampak, padang sebelah sana tu, ada budak-budak muda main bola sepak. 

Yusuf - bila tengah syok main,tak suka kalau orang pegang-pegang dia.
Dah puas bermain lari-lari kami balik..tapi bukan balik rumah. Menyinggah dulu kat kuda yang lain. Nanti cerita ye. 



Naik Kereta Kuda

Assalamualaikum

kudaku lari gagah berani
ayuh lari hai kudaku lari
kudaku lari kencang
rasa hatiku girang
kawan-kawanku riang
[KUDA KU LARI-SHARIFAH AINI]


Sejak anak kecil aku dah mula berjalan, aku merajinkan diri keluar outing di hujung minggu. Sabtu lepas, ada kenduri kawan office-mate aku di Ipoh. Kami pergi sekeluarga. Selesai makan kenduri, kami tergesa-gesa balik sebab papa nak masuk kerja. Lepas turunkan papa, kami terus balik.

Petang, kami bersiar-siar di kawasan tempat letak kereta istana. Gambar atas tu, nampak sayup-sayup jer kubah Istana Iskandariah. Zaman aku kecik-kecik dulu nampak jelas sangat tapi sekarang susah nak ambil view istana sebab semuanya dah ditutup pokok-pokok yang tinggi.

Kat sini, macam-macam aktiviti boleh buat. Dulu rajin ke sini teman papa main bola. Kat sini jugalah, aku mencuba bawak kereta sebelum ada lesen. Tempatnya memang luaaaas. 

Kuda ini menanti untuk ditunggang
Kali ni aku ke mari bawak anak-anak tengok kuda. Boleh datang dekat-dekat. Kalau berani boleh pegang. Macam Yusuf ni, disuruh pegang, takut dia. Tapi hati-hati...silap hari bulan kalau kuda moody boleh kena tendang. Kuda paling sensitif kalau kita lalu lalang atau berdiri di belakang bontotnya. Ingat!.




Kami memilih untuk naik kereta kuda. Anak-anak saja yang naik. Aku cuma tengok kan dia orang saja. Seorang budak cajnya RM5, dua pusingan. Dewasa RM10. Okaylah kan? Kereta kuda mampu milik bayar. Keretanya pun biasa-biasa saja. Untuk anak-anak berseronok.

Aku dan anak-anak
Dah habis, anak muda yang bawak kereta kuda ni bagi peluang kami untuk bergambar, Katanya, 'makcik nak tangkap gambar sekali, naiklah atas'. Nampak beno aku ni dah tua, dipanggil makcik, hihi.

-bersambung di entri seterusnya-



notakaki: minggu ni aku sibuk, baru hari ini ada kelapangan.


Monday, April 25, 2016

J Untuk Apa?

Assalamualaikum

Dalam empat anak-anak aku, daniel selalu buat lawak antarabangsa. Dalam tak sengaja jer dia buat lawak, lepas tu buat muka tak bersalah.

Korang tahu lagu Jangan Pisahkan? Dulu-dulu, bila di radio ada main lagu tu...dia selalu ikut nyanyi sekali..tapi nyanyi ikut sedap mulut dia lah. Dengan mimik muka bersahaja, beriya-iya nyanyi. Kuat pulak tu.
Jangan pisahkan, aku dan dia
Tuhan tolonglah, kecikkan dia
Biarkan kami, tetap bersama
Di dalam suka dan dukaaaaaa

Kami yang dengar ni, pandang muka masing-masing, gelak sesama sendiri. Hahaha...tapi dia tak paham apa-apa. So dia buat don't know jer lah.

Baru-baru ni, tiga beradik tak berdosa ni...amir, amirah dan daniel main teka-teka. Tajuknya anggota badan. Sorang akan beri satu huruf dan ingat anggota badan yang dia fikirkan. Orang lain akan teka apa yang dia fikirkan itu. [korang paham ke?]

Amir : M
Mira : muka
Amir : bukan
Daniel : mulut
Amir : betul

Mira : K
Amir : Kaki
Mira : bukan
Daniel : Kepala
Mira : bukan
Amir : Ketiak
Mira : betul

Daniel : J
Mira : Jari
Daniel : bukan
Amir : Jantung
Daniel : bukan

Amir dan Mira berfikir.....
Aku pun pelik....apa lah yang si daniel ni fikir
jadi aku menyampuk dari jauh

Mama : Janggut
Daniel : bukan
Amir dah mati kutu, dia sebut jubur [dubur]
Daniel : bukan

Mira : habis tu, apa?
Daniel : dia ada kat muka amir je
Amir : Jerawat
Daniel : betuuuul
Amir : @$%$^&^*%%
Mira : hahahahaha...amir ada jerawat

Mira: mama, tahu tak apa J tu untuk apa?
(sambil muka tak tahan gelak)
Mama : apa dia?
Mira : Ada kat muka amir ...jerawat.
         betul lah kan, j untuk jerawat
Mama : hahaha...betul lah haha

Amir : siap kamu daniel...[muka tak puas hati]

Thursday, April 21, 2016

Lupa Pakai Kasut

Assalamualaikum

Pagi tadi bila daniel sudah bersiap, dia duduk bermain dengan yusuf. Aku tanya sudah sarapan atau belum, katanya, sudah. Sementara tunggu mira bersiap, aku suruh dia bawa beg dan bekal airnya ke kereta.

Siap semuanya, kami gerak menuju ke sekolah. Dalam perjalanan, mira tanya, daniel kasut kamu mana? Ha'ah laaaa...Dalam hati aku, sudah, kasut sekolah lupa pakai pulak.

Kena patah balik ke rumah. Bila sudah melepasi simpang tiga dekat rumah aku tu, susah sikit nak buat pusing U, jalan pun sesak diawal-awal pagi kerana orang keluar bekerja dan sekolah.

Bising lah kak mira sebab dah pukul 7:15. Lagi lima minit nak bunyi loceng. Menunggu jalan selamat untuk u-turn, satu hal jugak. Mira presure-presure aku, ok mama boleh dah, boleh dah...darah tinggi aku dibuatnya. Sempatlah mulut ni ceramah kejap. Sebenarnya, tak salahkan dia sebab tengah stress risau lambat. Aku pun stress jugak sebab kereta banyak sangat.

Tengah menunggu nak u-turn, jam tu jugak lah si yusuf tu 'membuat kek' dalam kereta. Sekali-sekala semerbak bau tinja dia menyusuk hidung. Sabar je lah.

Sampai rumah, kebetulan papa dengan amir baru masuk kereta nak ke klinik. [kes sakit mata]. Bila nampak kereta aku balik ke rumah, papa keluar kereta, tanya 'kenapa? Aku diam saja, tiada perkataan nak diucapkan dah....

Daniel pun keluar terkulat-kulat tunduk malu, turun dengan kaki berstokin mengambil kasut sekolahnya yang terlupa dipakai. Papa gelak tengok daniel....Aku? tak tahu nak gelak ke apa....

Lepas tu merempit la ke sekolah.

Disebabkan dia tak sengaja, aku betulkan semula emosi, tenang dan relax. Nanti kesian anak-anak hilang mood nak belajar.

Hai lah anak-anak, macam-macam lawak pagi ini. Dulu, amir, tertinggal beg sekolah. Lepas ni, jangan lah tertinggal apa-apa lagi.