Minggu lepas, anak-anak taska belajar mengenali haiwan-haiwan jinak dengan melakukan aktiviti berkisar haiwan tersebut. ^_~
ISNIN : Kucing meow meow
Sabar menanti cikgu datang
Bila cikgu letakkan meja, mereka sudah tahu apa perlu buat. Tak perlu menunggu arahan cikgu untuk duduk di meja aktiviti.
Membuat muka kucing daripada piring kertas. Hari Isnin lalu, Yusuf sambung cuti lagi sebab belum sihat sepenuhnya.
SELASA : D is for Duck quack quack
Menampal kolaj gambar itik
Yusuf - hari pertama ke taska selepas cuti demam selama seminggu.
Banyak mendiamkan diri ajer, kata cikgu...
Mood belum mari lah tuuu
KHAMIS : Baa baa white sheep
Menampal kapas pada gambar biri-biri
JUMAAT : Ayam kok-kok-kok
sedang menanti cikgu untuk membuat topeng ayam
Topeng sudah siap. Masing-masing menggayakan topeng mereka dan membuat pergerakan terbang, merangkak dan melompat sesama sendiri...hihihi ^__^
Topeng ayam kepunyaanYusuf
T___T
























