Wednesday, April 20, 2016

Daniel klakalakoni

Assalamualaikum

mama baru perasan satu benda....hahaha

Persisiran Sungai Perak
Laman Budaya Kuala Kangsar
Dataran Lembah Kuala Kangsar
Depan rumah atok
t-shirt ole-ole dari Australia pemberian makcik dia tahun lepas.
dalam seminggu dua ni, itu saja baju yang diulang
tak tahu lah sama ada suka atau kebetulan...
yang mama tahu,
dia suka ambil baju yang paling senang nak capai
mana yang paling depan, itu yang ditarik.
pakai-basuh-lipat-simpan-pakai balik

apa lah daniel ni, macam takde baju lain nak pakai
klaka la ko ni....

Ihsan Google



#DH8tahun5bulan

Monday, April 18, 2016

Mandi Hujan

Assalamualaikum



Cuaca panas saban hari, siang malam berpeluh, apabila dapat limpahan hujan hujung minggu baru-baru ni bagai satu nikmat yang dinanti-nanti. Sangat bersyukur apabila, tanah yang kontang, daun-daun pokok yang kering dapat disimbah air hujan mencurah-curah. Walau seketika sudah cukup untuk mengucapkan kata syukur.

Anak-anak aku pun sama bermandi hujan. Macam tak pernah jumpa hujan lagaknya. Yusuf apa dikenangkan, memang tiap-tiap masa suka main air. Kalau mandi, semahu-mahunya dia tidak mahu berhenti mandi dan keluar dari bath tub dia. Menjerit-jerit dia kalau diangkat.



Ini masa mula-mula, belum berhujan lagi. Tadah lah korang air tuuu.

Dah mula basah kuyup.

Hujung minggu aku dan anak-anak duduk di kampung. Berjumpa adik aku yang baru berhijrah dari KL dan akan menetap di Perak. Mula-mula kami beramai-ramai duduk berangin-angin di beranda, tengok hujan turun. Lepas tu, ada lah tangan-tangan yang gatal menadah air yang turun. Kemudian minta nak mandi hujan. Bila mama bagi lampu hijau kata boleh, pergi lah...., semuanya sorak yeeeaahhhh!!!. Terus berlari keluar.


Suka sangat, berlari-lari...melompat-lompat. Naik basikal, ronda keliling laman. Aku tak melarang kalau sekali sekala anak-anak nak bermain. Kutiplah pengalaman itu. Zaman aku kecik-kecik dulu pun, selalu mandi hujan, siap terpacak berdiri bawah cucur atap. Sengaja biarkan air menimpa kepala. Berlari berguling atas rumput dengan adik-adik. Di sini juga lah tempatnya.

Tapi kalau dah berhari-hari main hujan, mau kena piat telinga. Tak larat lah pulak mak nak mencuci baju kotor penuh rumput.




"Mama tak kasi yusuf main hujan. Dia suruh duduk dengan Chik Teh kat sini jer"

Bapak aku tengok, bising.

Tok :: astagfirullahal'azim, cubalah buat benda berfaedah dari buang masa tak tentu arah ni.
Amir :: Tok, nanti dah besar tak boleh main hujan dah.

Friday, April 15, 2016

Pengalaman Pertama :: Ke Taman Permainan

Assalamualaikum

Sebagai ibu bekerja, jadual harian aku sangat padat. Anak-anak sudah beberapa kali mengajak ke taman permainan, baru kali ini dapat ditunaikan. Kebetulan, anak kecil aku sudah melewati umur satu tahun dan sudah boleh bertatih-tatih dua tiga tapak.

Ahad lepas, apa yang dijanji, dikotakan. Sebelum itu, aku minta mereka untuk bereskan tanggungjawab mereka dahulu seperti mencuci kasut sekolah, simpan pakaian yang telah dilipat dan kemas bilik masing-masing. Laju saja anak-anak buat semua tu, bila itu syarat yang dikenakan. Sebenarnya saja jer aku bagi syarat, kalau tak...lambat jer kerja berjalan, macam siput. 'Nanti kejap', itu saja yang diucap.



Kami sampai awal. Masa ni orang masih kurang. Senang nak bermain tanpa berebut-rebut. Bagi Yusuf, ini pertama kali aku bawa dia ke sini. Kesian dia, mama tak pernah bawak ye dik? Sebelum ini memang tak pernah dedahkan dia dengan suasana macam ni. Bukan aku tak suka, tapi aku rasa sebab dia belum boleh berjalan, tak ada apa sangat yang boleh dia buat kalau ke tempat macam ni.






Mula-mula sampai, Daniel yang banyak bermain ke sana ke mari. Yusuf tak berapa minat atau tak tahu apa nak dimain. Ye lah, berjalan pun bertatih-tatih saja. Baru dua tiga tapak, jatuh. Muka ketat je bila mira bawak dia naik gelongsor. Naik jongkang-jongket pun sama. Diam je.  Aku cuba letak dia atas enjut-enjut tu pun, tiada reaksi jugak. Naik buai pun sama. Dia lebih kepada tengok orang sekeliling. Pandang kanan pandang kiri.

Hai yusuf, pelik mama kau dik? Mungkin pengalaman pertama kot...tak pandai lagi nak berlari-lari. Tunggu dapat kaki nanti. Haa..masa tu jenuh la nak mengejar. 


Akhir sekali, aku bawak dia ke satu gelongsor yang rendah sikit. aku gelongsorkan dia banyak kali. Naik turun, naik turun. Barulah dia suka. Nampak happynya. Sampai ke bawah tak mahu di dukung, terus badan menghala ke gelongsor mintak nak buat lagi....sampai tak nak henti-henti pulak. Lenguh tangan mama dibuatnya.

Agaknya, tadi tu...otak dia baru nak mentafsir 'oh! ini tempat untuk bermain rupa-rupanya. seronok juga ye'.  Ha ha..Mama kau ni jer yang lambat bawak ke sini. Nanti kita pergi lagi ye nak.

Ini salah satu aktiviti aku bersama anak-anak di hujung minggu. Selain tak perlu berbelanja besar, dapat juga menggembirakan hati anak dan mengeratkan lagi kasih sayang, ewah!.



"Jika anak anda gemarkan aktiviti bermain di taman permainan, ia adalah satu petanda yang bagus! 


Keupayaan kanak-kanak untuk melakukan kemahiran motor kasar secara langsung berkaitan dengan kecergasan fizikal. Jika dia seorang yang aktif bergerak ,mereka tidak ada masalah dalam aktiviti-aktiviti seperti melompat tali, memanjat pokok, dan mengayunkan ke atas peralatan taman permainan. Jika kanak-kanak tidak sukakan aktiviti luar (outdoor) , tabiat ini cenderung untuk kekal sehingga dewasa menyebabkan kanak-kanak tidak aktif secara fizikal untuk membesar menjadi  orang dewasa yang kurang aktif.


#yusuf13bulan

Wednesday, April 13, 2016

Kenduri Kahwin April # 1 - Ragam Anak

Assalamualaikum

Masih lagi cerita kenduri kahwin sabtu lepas. Kebetulan aku pergi bersama-sama anak-anak adik aku, Aina dan Danish. Mama mereka bekerja, hari cuti duduk di rumah emak. Bila dapat geng, macam-macam ragam dan kerenah.

Berebut belon - Sebaik tiba di perkarangan rumah pengantin, ini dulu yang mereka kejar. Amirah mengambil untuk adik Yusuf.

Daniel dan Danish  - masing-masing seorang satu di tangan.

Amirah dan Aina - Bila seorang tak mahu makan nasik, seorang lagi pun turut tak mahu makan. Walaupun sudah dipaksa oleh emak tetap tak mahu. Sudah dapat apam balik, kuih, aiskrim, sudah cukup buat mereka. Danish dan daniel pun serupa, tak mahu makan nasi.

Yusuf - Kalau ikutkan aku tak mahu beri yusuf makan ni tetapi dah menjerit dan mengapai apa saja yang orang lain makan. Emak pulak tak boleh dengar cucunya menangis, Beri jugak lah apam balik gebu ini. Bukannya makan pun, saja suka gigit-gigit. Lastnya, aku yang makan.

Daniel - Mula-mula tak mahu makan, bila aku diumpan dia dengan lauk sambal udang, baru dia mengalah untuk makan.

Amir - pergi ke tempat kenduri bersama-sama, Apabila sampai berjumpa rakan taulan, dia duduk dengan kawan-kawannya. Segan diejek asyik duduk bawah ketiak mak. Lepas makan ganggu adik-adik.
Aku beratur belakang seorang anak muda menunggu aiskrim untuk emak. Si Yusuf boleh tegur sambil hulur tangan tanda dia pun nak juga. Langsung diberikan kepunyaan dia kepada yusuf. Aku cakap tak payah lah beri, nanti aku boleh ambil yang lain, tapi diberinya juga pada yusuf. Terpaksa anak muda itu menunggu giliran yang lain pula. Dapat juga dia aiskrim tu. Sedut sikit-sikit, yang selebihnya meleleh cair kerana panas matahari. Habis baju dan tudung aku.

Amirah dengan aiskrim batang yang ke-berapa entah. Sebelah kiri pegang belon dan goodies bag.

Waktu sibuk-sibuk mengambil aiskrim, sedar-sedar daniel dengan danish hilang dari pandangan. Jenuh cari tak jumpa. Emak kata tak pe lah, nanti diorang balik lah tu [rumah dekat jer] tapi aku yang risau. Semasa berjalan ke rumah, sedar-sedar mereka keluar dari semak siap jerkah-jerkah  lagi, uwaaah!! bagi kami terkejut......kuussss semangat!.
Orang tengah risau, dorang boleh main-main pulak.

Macam-macam perangai anak-anak aku bila dah ramai macam ni.


Monday, April 11, 2016

Kenduri Kahwin April # 1 - Makan-Makan

Assalamualaikum

Boleh dikatakan bulan April ni, hampir setiap minggu kami dapat jemputan kenduri kahwin. Dari minggu lepas, Sabtu baru-baru ni sampai hujung bulan nanti. Ada saja orang mendirikan 'masjid'. Mungkin nak berpuasa dan beraya bersama sebagai suami isteri agaknya.

Seperti biasa, kalau orang menjemput, tak ada aral melintang, insyaallah aku hadir. Anak-anak kenalah bawak sekali. Nak tinggal dengan sapa pulak kan. Emak? Emak pun pergi sekali dengan aku. Minggu lepas, kenduri kahwin jiran emak. Dah hari-hari aku lalu lalang depan rumah dia menghantar yusuf.  Dia menjemput haruslah ditunaikan.

Sebelum pergi, saja lah foto-foto dulu. Daniel, kalau ambik gambar suka buat muka.
kami pergi berlima.
Dah pukul 11.30 pagi. Yusuf yang tengah tidur kena angkat sebab dah berjanji dengan emak nak ke tempat kenduri pukul 12 tengahari. mujur dia tak meragam. Kesian, muka monyok je baru bangun tidur.

Sampai rumah emak, berjalan kaki ke rumah pengantin. Jumpa mak pak pengantin, kemudian kami terus ke khemah dan makan. banyak betul makanannya.Tak macam anak dia yang kahwin dulu, kalau dulu gotong-royong, kali ni katering. Makanan sampingan lain, ada laksa, apam balik, kuih dangai, aiskrim, abc, pelbagai jenis air-soya, bandung, sirap, oren, satu lagi aku lupa air apa. Kuih-muih tradisional pun adooo.  Meriahnya ya ampun. 


Aku, yusuf, daniel dan emak.
Yang belakang, hujung sana tu ada gerai-gerai kuih dangai dengan apam balik. Ada nampak seorang dua makcik tengah menunggu kuih dangai.


Aku makan ni - nasik lauk kari daging campur umbuk pisang, sambal udang, kerabu perut dan ayam goreng. Tembikai tu, aku suap yusuf. Ada jugak ikan patin masak tempoyak. Aku tak ambik. Mulut aku ni, kalau tempoyak, tak syiok kalau makan campur dengan kuah-kuah lain. Biar tempoyak semata baru terasa nikmatnya.

Lepas makan nasik, ambik dangai dengan apam balik. Jangan tak merasa orang kata. Lain-lain menu, tak daya doh nak makan...

Apam Balik Perisa Biasa dan Pandan. Jenis rangup. Emak makan jenis gebu.
Dangai - comel-comel dan panas-panas. Sedap.
Anak-anak aku melayan aiskrim ulang-ulang kali. Aiskrim batang, aiskrim kon. aiskrim batang, aiskrim kon. Makan sampai melekit-lekit jari. Nak balik pun, sempat tapau lagi se-round...untuk makan sambil berjalan ke rumah. sabo je lah.

Pengantin Baru - semasa nak balik, sempat snap satu gambo pengantin yang baru tiba.

Hari ni dah 3 Rejab. Kejap betul masa berlalu. Sebulan dua lagi, Ramadhan pun menjengah. Sambil-sambil makan kenduri tu, teringat jugak nak puasa Isnin Khamis sempena Rejab Syaaban ni. Dah lama tinggal sebab pregnant dan breasfeeding setahun dua yang lepas. Sekarang yusuf dah makan, bolehlah mula balik. Jom puasa..