Monday, June 19, 2017

Bercuti di Hotel Mewah Pada Harga Terendah di Heritage Hotel Ipoh


Assalamualaikum, hai!

Hari ni aku nak update tentang satu penginapan yang murah di Ipoh, Perak. Murah tak semestinya hotel bajet eh. Ia bertaraf hotel mewah, walaupun anda bayar pada harga rendah.

Hotel apakah itu?
Meh sini aku nak cerita. Teruskan pembacaan ya (^_^)

Ada satu hotel ni, nama dia Haritage Hotel Ipoh. Pernah dengar tak? Sapa-sapa yang tak pernah dengar atau was-was tu, boleh tengok gambar ni. Nanti aku cerita dengan lebih lanjut.

Hotel ini terletak di Jalan Raja Dihilir. Betul-betul jalan menghala ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Untuk lebih mudah dan tepat, landmark dia,Turf Club.
Heritage Hotel ini berdekatan juga dengan Lapangan Terbang Sultan Sultan Azlan Shah. Lebih kurang 3.5km perjalanan. Hah! jika sesiapa terpelanting ke Perak naik flight, tetiba tak tahu nak menginap di mana bolehlah ke Heritage Hotel ni.

Konsep mewah kontemperori, sangatkan !.Setiap bilik ada keistimewaan tersendiri. Kepada sesiapa yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke hotel ini pasti terpegun sejenak dengan hiasan di setiap sudutnya.
Terdapat tujuh (7) pilihan bilik dengan harga berbeza. Setiap bilik semestinya lah dilengkapi pendingin hawa. Jika tidak, kepanasan lemah longlai tak bermaya pula korang nanti. Selain itu, bilik mandinya, aduhaiiii ada tub mandi beserta pancuran air. Bolehlah feeling-feeling mandi bak puteri raja sambal kocak-kocak air. Hikhiks…
Seperti kebiasaan - tv, cerek elektrik dan iron tu ada lah yek.

Kemudahan lain yang disediakan :
1) Aktiviti Dalaman

Kolam renang, pusat kesihatan iaitu pusat kecergasan dan sauna, bilik bebas merokok. Lihat! Nak merokok pun ada disediakan bilik khas.

2) Aktiviti Luaran
Kepada yang gemarkan aktiviti golf, korang juga boleh melakukan aktiviti tersebut kerana padang golf yang berhampiran dengan Heritage Hotel ialah sejauh 3km saja. Jangan khuatir jika tak tahu nak ke padang golf. Eh! Tetiba….(^_~).
Staff di situ semua baik-baik dan peramah belaka. Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris. Bolehlah korang bertanyakan apa saja jika ada kekeliruan. Sudah pasti mereka akan berikan perkhidmatan dan layanan yang cekap dan terbaik.

3)    Restoran

Restoran yang terdapat dalam hotel ini menyajikan hidangan tempatan dan barat di mana korang mesti jatuh hati dengan keenakan masakannya.
Kalau korang nak makan ala-ala kafe gitu, korang boleh lah cuba makan di Polo Café. Di situ juga ada menyajikan makanan tempatan dan antarabangsa.
Yang pastinya kesemua makanan yang ada di hotel itu sangat sedap ya!!
Bukan tu saja, kalau korang tetiba teringin makanan dan minuman yang ringan dan santai, cubalah makan di Garden Lounge sebab kat situ mempunyai pelbagai minuman dan makanan yang diinginkan. Sambil menikmati makanan, korang boleh mendengar alunan muzik piano secara langsung sebagai halwa telinga. Wah! Seronok bukan?

4)    Dewan mesyuarat / kursus


Bagi mereka yang menginginkan untuk tujuan kerja, pakej penginapan beserta kemudahan untuk bermesyuarat atau berkursus juga disediakan di hotel ini. Semuanya ada tau.

5) Lain-lain Kemudahan
Ruang menyimpan bagasi dan perkhidmatan dobi.

Sekarang ni kan, nak raya. Cuti sekolah pun panjang. Apa kata korang ambil peluang menjelajah ke Perak. Sambil-sambil tu bolehlah melawat beberapa tempat menarik di Ipoh ni.
Eh! Tak kan tak tahu….di Perak ni macam-macam ada! (^_^). Gunung Lang, Lost World of Tambun dan yang paling tak menahan, Movie Animation Park Studio (MAPS) dah nak bukak dah penghujung Jun ni. Hah! tunggu apa lagi. Jom lah ke Perak.
Yang penting korang check-in kat Heritage Hotel Ipoh, sebaabbb harganya memang ekonomi dan berbaloi-baloi dengan servis serta kemudahan yang disediakan.

Untuk pengetahuan korang, Heritage Hotel Ipoh ni, menerima feedback yang sangat baik dari pengunjung yang pernah menginap di situ. Antaranya ialah lokasi yang terletak di tempat strategik, makanan yang disajikan sangat lazat, hotel yang penuh dengan gaya butik dan banyak lagiiii.

So jangan lepaskan peluang ni..!

Traveloka dulu, baaaaru raya….hihihi. Pasti tak menyesal!!









10 comments:

  1. Lawanya hotel ni �� dah lama tak p Ipoh.

    ReplyDelete
  2. Cantik hotelnya tu KB..
    Boleh suruh mak hainom menginap..
    Sbb selalu ke Perak tu..😊

    ReplyDelete
  3. cantik hotel ni. dah banyak kali lalu jalan kat Ipoh mesti tengok ja dari jalan. akan dipertimbanglan hotel ni kalau nak stay ipoh bila2. :)

    ReplyDelete
  4. lama nya kak KB tak update blog.. busy agaknya kak KB. Harapnya kak KB dan family sihat selalu yer

    ReplyDelete
  5. Takut nak pergi weyh hotel mewah sangat ni....kalau free bolehlah hihi....
    Weyh mak....mana pergi ni? Senyap sunyi je sejak Raya?

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada swimming pool...tu wajib sebab yaya suka swimming...hihi

    ReplyDelete
  7. Masuk hari ni dah sebulan KB tak update blog.. mungkin KB dan family busy agaknya

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya maaf zahir batin KB...kenapa lama menyepi ni?

    ReplyDelete
  9. cantik hotelnya tu...kak kenapa lama menyepi ni?

    ReplyDelete
  10. hotelnya cantik tapi ko sei gt yah min,,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^