Friday, June 9, 2017

Yusuf Minggu 20 :: Moh Belajo Solat, Kome!

Jumaat, 14 Ramadhan 1438H


Memandangkan Yusuf dah 2 tahun, Ramadhan kali ini kami solat tarawih di masjid. Tapi untuk dua malam ajer (^_~).


Dalam kereta perjalanan ke masjid, saya dah siap-siap beritahu Yusuf akan keadaan di masjid, dan apa yang akan kami lakukan. Saya juga berpesan banyak kali, bahawa Yusuf kena duduk diam-diam, tak boleh buat bising dan jalan-jalan ke tempat makcik/opah bersolat. Yusuf pun mengangguk kepala dan aha aha saja. Tak tahulah faham ke tidak. Pertama kali Yusuf akan beradabtasi dengan solat berjemaah di masjid.


Namun, sampai saja di masjid dia mulalah, pot-pet-pot-pet. Suaranya itu, aduhaiiii boleh menggugat 'kekhusyukkan' para jemaah.


Tengah berdiri tegak, dia memanggil di tepi telekung, Mama.....Mama..... 
Bila nampak mamanya memberi salam, dia tepuk tangan...
Yeaayy, dah habis

Lepas tu, bila dia teringatkan papa dan abangnya, dia pun berkata;
Papa kat bawah, Abang Nyel kat bawah.....[aku solat di tingkat atas].
Suaranya itu sayup-sayup dengar sampai ke bahagian bawah, cerita si Amir.


Malam berikutnya pun begitu juga. Sekali-sekala, dia mengikut imam baca fatihah.
maalikiyau......nanti Yusuf dulu akan sebut middiin.
Imam belum sebut iiyakana'budu....dia dah sebut dulu, 'iyaka'! kuat pulak tu.

Dah habis satu salam, dia mengajak keluarlah, minta susulah. Susu bukan sebarangan susu ya. Susu mama juga yang dia mahu. Selalu si kakaklah jadi mangsa melayan si Yusuf ni. Takde lah Amirah bertarawih.


Dan, sekarang ni saya bertarawih di rumah saja. Itupun setelah si Yusuf tidur. Kadang-kala dengan mamanya sekali tertidur, maka tarawih pun 'wassalamu'! ^_~.


Waktu maghrib, kami selalunya akan berjemaah di rumah termasuklah si kecik Yusuf. Tapi, solat dia celam-celum aja. Ada masa dia buat kerja dia, bila dah sampai nak rukuk, dia cepat-cepat berlari ke sejadah.


Suatu malam, dia main tablet yang ada game 'My Talking Tom' - seekor kucing yang boleh mengajuk percakapan manusia. Dah dimain-mainnya, kemudian diletaknya tablet tu di bahagian depan sejadah berdekatan pulak dengan imam. Maka, apa saja bacaan papanya, baik takbir ke, Al-Fatihah ke ,surah ke....habis semua kucing tu ikut! Aku dah ketawa dalam hati dengar kucing membaca fatihah.


Di hari yang lain, sejadah keciknya hilang, entah mana dia campak. Jadi dia solat sebaris dengan mama dan kakaknya. Sejadah dilintangkan sebab kami berkongsi sejadah. Si Yusuf tak mahu berdiri ikut sof mengadap kiblat dengan sejadah yang melintang. Sebaliknya, dia berdiri di kaki sejadah menghadap ke utara. Dan di kaki sejadah itu juga tempat mamanya akan sujud nanti. Bila sujud, Yusuf cakap, 

Eh! mama, ini tempat Ucuf...ini tempat Ucuf

Berebut tempat dan bertindih-tindih pulak kami anak-beranak waktu sujud. Dengan abang-abangnya, usah ceritalah, sentiasa saja kena kacau dengan Yusuf!

****************

Kat bawah ni gambar-gambar Yusuf dengan kawan-kawan bersolat di taska. Perkembangan yang baik, Yusuf sudah tahu, bagaimana takbiratul-ihram, rukuk, sujud dan memberi salam. Baca al-fatihah pun dah tahu walaupun, patah perkataannya aduhai nak tergelak kalau didengari.


- bergambar dengan teacher -

- para jemaah -

berdiri tegak
eh!, pak imam menjeling pulak...hihi (^_^)


Rukuk
Mama : kenapa Yusuf rukuk macam tu, sakit pinggang ke?
Yusuf : Ucuf korek ponggong!
Mama : MasyaAllah....[ketawa aku dibuatnya]

Sujud

gaya yusuf sujud...hehe
makwe belakang tu seksi betul sujudnya. (^_~)


disudahi dengan salam



~ Ramadhan sudah sampai di pertengahan. Semoga kita dibimbing Allah agar mampu menghidupkan Ramadhan dengan ketaatan. ~





5 comments:

  1. Hihii,lawak betul yusuf ni...ada2 aje keletah nya buat orang nak tergelak .Part Tom ikut baca tu yang tak menahan....kalau tak tahan gelak pasti terbatal solat.Apapun dia kecik lagi KB memang camtu lah ada anak kecik ,macam2 keletah dia beri dugaan kita solat.Akak ingat lagi masa anak kecik dulu siap ditunggang nya kita masa sujud.
    Bagus yusuf dah pun belajar solat ....xpelah menyarap ke ,korek punggung ,nnti lama2 ok lh tu.

    ReplyDelete
  2. Hahaha, ya Allah ucuf, kelakarnya sujud awak tu, tapi mmg tulah gayenya ank murid tadika auntie tu solat, sujud tertiarap, sujud atas pipi, mcm2 gaye.

    Akk masa ank kecik2 take gi surau tulah sebabnya, takut kacau jemaah lain, skrg pun tk pegi juga, senang solat kt uh je

    ReplyDelete
  3. hihi sujud tu semua budak camtu agaknya. anak saya pun gitu juga

    ReplyDelete
  4. Ibarat melentur buluh sedari rebungnya.
    Semoga jadi anak soleh.

    ReplyDelete
  5. Hihihi..
    Keletah budak umur 2 tahun solat mcm tu lah KB..
    Kekadang boleh gelak sendiri..

    Hahaha.
    Tom pun mengikut bacaan solat ye usop..
    Tak boleh bayang kan ..
    Mmg gelal besar tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^