Assalamualaikum, hai!
Hari ni aku nak update tentang satu penginapan yang murah di Ipoh, Perak. Murah tak semestinya hotel bajet eh. Ia bertaraf hotel mewah, walaupun anda bayar pada harga rendah.
Hotel apakah itu?
Meh sini aku nak cerita. Teruskan pembacaan ya (^_^)
Ada satu hotel ni, nama dia Haritage
Hotel Ipoh. Pernah dengar tak? Sapa-sapa yang tak pernah dengar atau
was-was tu, boleh tengok gambar ni. Nanti aku cerita dengan lebih lanjut.
Hotel ini terletak di Jalan Raja Dihilir. Betul-betul jalan
menghala ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Untuk lebih mudah dan tepat,
landmark dia,Turf Club.
Heritage Hotel ini berdekatan juga dengan
Lapangan Terbang Sultan Sultan Azlan Shah. Lebih kurang 3.5km perjalanan. Hah!
jika sesiapa terpelanting ke Perak naik flight, tetiba tak tahu nak menginap di
mana bolehlah ke Heritage Hotel ni.
Konsep mewah kontemperori, sangatkan !.Setiap bilik ada
keistimewaan tersendiri. Kepada sesiapa yang baru pertama kali menjejakkan kaki
ke hotel ini pasti terpegun sejenak dengan hiasan di setiap sudutnya.
Terdapat tujuh (7) pilihan bilik dengan harga berbeza. Setiap
bilik semestinya lah dilengkapi pendingin hawa. Jika tidak, kepanasan lemah
longlai tak bermaya pula korang nanti. Selain itu, bilik mandinya, aduhaiiii
ada tub mandi beserta pancuran air. Bolehlah feeling-feeling mandi bak puteri
raja sambal kocak-kocak air. Hikhiks…
Seperti kebiasaan - tv, cerek elektrik dan iron tu ada lah yek.
Kemudahan lain yang disediakan :
1) Aktiviti Dalaman
Kolam renang, pusat kesihatan iaitu pusat
kecergasan dan sauna, bilik bebas merokok. Lihat! Nak merokok pun ada
disediakan bilik khas.
2) Aktiviti
Luaran
Kepada yang gemarkan aktiviti golf, korang juga boleh
melakukan aktiviti tersebut kerana padang golf yang berhampiran dengan Heritage
Hotel ialah sejauh 3km saja. Jangan khuatir jika tak tahu nak ke padang golf.
Eh! Tetiba….(^_~).
Staff di situ semua baik-baik dan peramah belaka.
Boleh berbahasa Melayu dan Inggeris. Bolehlah korang bertanyakan apa saja jika
ada kekeliruan. Sudah pasti mereka akan berikan perkhidmatan dan layanan yang cekap
dan terbaik.
3)
Restoran
Restoran yang terdapat dalam hotel ini menyajikan
hidangan tempatan dan barat di mana korang mesti jatuh hati dengan keenakan masakannya.
Kalau korang nak makan ala-ala kafe gitu, korang
boleh lah cuba makan di Polo Café. Di situ juga ada menyajikan makanan tempatan
dan antarabangsa.
Yang pastinya kesemua makanan yang ada di hotel
itu sangat sedap ya!!
Bukan tu saja, kalau korang tetiba teringin
makanan dan minuman yang ringan dan santai, cubalah makan di Garden Lounge
sebab kat situ mempunyai pelbagai minuman dan makanan yang diinginkan. Sambil menikmati
makanan, korang boleh mendengar alunan muzik piano secara langsung sebagai halwa
telinga. Wah! Seronok bukan?
4)
Dewan
mesyuarat / kursus
Bagi mereka yang menginginkan untuk tujuan kerja, pakej penginapan beserta kemudahan untuk bermesyuarat atau berkursus juga disediakan di hotel ini. Semuanya ada tau.
5) Lain-lain Kemudahan
Ruang menyimpan bagasi dan perkhidmatan dobi.
Sekarang ni kan, nak raya. Cuti sekolah pun panjang. Apa kata
korang ambil peluang menjelajah ke Perak. Sambil-sambil tu bolehlah melawat
beberapa tempat menarik di Ipoh ni.
Eh! Tak kan tak tahu….di Perak ni macam-macam ada! (^_^). Gunung
Lang, Lost World of Tambun dan yang paling tak menahan, Movie Animation Park Studio (MAPS) dah nak bukak dah penghujung Jun ni. Hah! tunggu apa lagi. Jom
lah ke Perak.
Yang penting korang check-in kat Heritage Hotel Ipoh, sebaabbb harganya memang ekonomi dan berbaloi-baloi dengan servis serta kemudahan yang
disediakan.
Untuk pengetahuan korang, Heritage Hotel Ipoh ni, menerima feedback yang sangat baik dari pengunjung yang pernah menginap di situ. Antaranya ialah lokasi yang terletak di tempat strategik, makanan yang disajikan sangat lazat, hotel yang penuh dengan gaya butik dan banyak lagiiii.
So jangan lepaskan peluang ni..!
Untuk pengetahuan korang, Heritage Hotel Ipoh ni, menerima feedback yang sangat baik dari pengunjung yang pernah menginap di situ. Antaranya ialah lokasi yang terletak di tempat strategik, makanan yang disajikan sangat lazat, hotel yang penuh dengan gaya butik dan banyak lagiiii.
So jangan lepaskan peluang ni..!
Traveloka dulu, baaaaru raya….hihihi. Pasti tak menyesal!!
Lawanya hotel ni �� dah lama tak p Ipoh.
ReplyDeleteCantik hotelnya tu KB..
ReplyDeleteBoleh suruh mak hainom menginap..
Sbb selalu ke Perak tu..😊
cantik hotel ni. dah banyak kali lalu jalan kat Ipoh mesti tengok ja dari jalan. akan dipertimbanglan hotel ni kalau nak stay ipoh bila2. :)
ReplyDeletelama nya kak KB tak update blog.. busy agaknya kak KB. Harapnya kak KB dan family sihat selalu yer
ReplyDeleteTakut nak pergi weyh hotel mewah sangat ni....kalau free bolehlah hihi....
ReplyDeleteWeyh mak....mana pergi ni? Senyap sunyi je sejak Raya?
Bestnya ada swimming pool...tu wajib sebab yaya suka swimming...hihi
ReplyDeleteMasuk hari ni dah sebulan KB tak update blog.. mungkin KB dan family busy agaknya
ReplyDeleteSelamat Hari Raya maaf zahir batin KB...kenapa lama menyepi ni?
ReplyDeletecantik hotelnya tu...kak kenapa lama menyepi ni?
ReplyDeletehotelnya cantik tapi ko sei gt yah min,,
ReplyDelete