Thursday, December 15, 2016

Uptown Sports Bandar Baru Bangi :: Futsal 1

Assalamualaikum


Hujung minggu lepas, kami ke Bandar Baru Bangi. Bukannya berjalan makan angin ataupun ke MAHA di Serdang tu! Kalau takde sebab, memang tak sampailah kami ke sini.

Mula-mula jejak ke gelanggang - anak sudah di dalam, mama di luar saja kerana malu nak masuk. Ambil gambar pun dihalang oleh jaring.
Yang sebenarnya, kami ke Uptown Sports, Bandar Baru Bangi kerana menemani papa ada tournament futsal. Memang husband ku ini kaki sukan. Bukan setakat bola sepak, malah futsal pun handal juga. Boleh dikatakan kebanyakan sukan diceburiya.

Di sekolah dulu, Husband pernah bermain takraw. Siap boleh melipat badan sehingga terpegun semua orang yang melihat. Handal tak handalnya beraksi. Semasa bekerja di golf resort, sempat juga Husband melenjan main golf! ^_^

Daniel dengan Yusuf. Amirah ada jer di sebelah kanan tu, tak masuk gambar. Amir pula masih dalam kereta.


















    Sampai di destinasi lebih kurang pukul 9:00 pagi. Sebelum program bermula, papa bergather-gather dulu dengan kawan-kawan teamnya yang dah berpuluh tahun tak berjumpa. Sementara menantikan perlawanan, anak-anak seronok bermain di gelanggang. Manakala mama pula meninjau keadaan sekeliling sambil mengambil gambar mereka ^_^

Yusuf - Gaya 1

Yusuf - Gaya 2

Pantang nampak bola, wajib nak tendang!
Anak-anak aku juga sangat meminati sukan macam papa mereka. Pantang nampak bola wajib nak kejar dan menendang. Kalau duduk saja sambil memerhati orang lain bermain, rasanya tak puas. Kaki mengelitis nak bermain sama. Begitulah kekdahnya.

Berbeza dengan mama mereka, kalau nampak bola melantun ke arah diri sendiri, bukannya nak disambut, malah aku menjerit dan berlari mengelak kerana takut 'dibedal' bola! ~_^


Hari ni kita tengok gelagat anak-anak ajer lah ye. Tiba-tiba mama mereka ketandusan idea nak bercerita tentang futsal. Esok-esok, sambung kisah papa mereka beraksi pula. Itu pun kalau idea datang mencurah-curah. Ada ke yang berminat nak baca kisah papa? kihkihkih











3 comments:

  1. Wahhhhh mmg handal tu namanya, kalau sampai boleh melipat gitu. Jangan sampai ngigau sudahlah Rul hihi..... Mak bukan apa kesian dengan kome, memalam orang lain sebok nyenyak tido, kome pulak sebok kena lipat dengan dia haha....Weyh awat lama tak muncul kat WA?...

    ReplyDelete
  2. comel tengok gelagat si Yusuf..geram rasanya kat yusuf...Minah Kiwi sabar menunggu kisah papanya pulak kekdahnya

    ReplyDelete
  3. Besar dh yusuf ye mna tau bleh jdi pemain antrbngsa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^