Tuesday, December 13, 2016

Daniel Hakim :: Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum


Pada tanggal 13 Disember ini, genaplah Daniel 9 tahun. Kalau mengikut perkiraan tarikh EDD sepatutnya Daniel lahir Januari 6. Namun, perancangan Allah itu lebih tepat, maka anak mama Daniel Hakim telah lahir awal dari jangkaan. Dan yang untungnya, di umur yang muda [6y 18d], Daniel sudah jejak ke Tahun Satu. Biasalah kan, bagi anak yang lahir hujung-hujung tahun macam ni. ^__^



Di umur 9 tahun ni, mama papa rancang nak khatankan Daniel. Daniel tak seperti Amir yang 7 tahun sudah berkhatan. Dulu, waktu Daniel  7 tahun, dia agak takut, maka mama papa tangguhkan dulu. Tahun ini, dek kerana terlalu sibuk, mama telah terlepas tarikh untuk menempah doktor. Kemudian, ada pula program berkhatan beramai-ramai; tak sempat juga mama nak daftarkan Daniel. Asyik tertunda dan terlupa untuk mengambil borang pendaftaran sampailah ke tarikh tutupnya.


Bila difikirkan kembali, ada hikmah juga rancangan berkhatan Daniel tahun ni tak jadi. Tarikh berkhatan beramai-ramai itu, bertindih dengan tarikh penutupan akaun tahun 2016. Memang waktu itu sesak nafas mama dibuatnya. Jauh sekali kalau nak bercuti! >.< Papa pula sibuk dengan proses perpindahan tempat kerja. Sekiranya jadi Daniel bersunat dalam program tu, siapalah yang nak menguruskan dia. Sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat.


Nampaknya Daniel sunat tahun depan sajalah. Tapi Daniel ni anak yang tak pandai mengeluh. Apa saja keputusan tak pernah dia membantah! Okay sesaja jawapannya ^_^


Birthday kali ini, macam biasalah.....kami tak pernah buat majlis istimewa. Paling tidak pun makan-makan meraikan tuan empunya hari jadi. Disebabkan hari ini mama papa kerja, kebetulan pula Daniel dan Amirah di Tronoh, kita tengoklah apa acara di hari jadi Daniel. Ada makan-makan kah ataupun tidak.


Hujung tahun persekolahan 2016, dapat lencana penghargaan dari sekolah - SAYA RAJIN HADIR KE SEKOLAH  sebab dia jarang ponteng ^_^.
Pun begitu, tahun 2016, memang pecah rekodlah si Daniel ni. Asyik pergi sekolah berstokin tanpa kasut. Selalu jugak berselipar saja. Jenuh mamanya berpatah-balik ke rumah nak tukarkan dia kasut sekolah.


Untuk Daniel Hakim, mama ucapkan "Selamat Hari Lahir yang ke-sembilan. Semoga dengan bertambah usia Daniel, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan buatmu. Mama sentiasa berdoa agar Daniel menjadi anak yang soleh; menjadi contoh yang baik kepada adik dan taat kepada Allah. Dan yang paling penting, jangan tinggal solat. Mama sayang Daniel".










3 comments:

  1. happy birthday hakim.. moga jadi anak soleh..

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Daniel.. semoga berjaya di dunia dan akhirat yer dari kak MK

    ReplyDelete
  3. Budak budak sekarang cepat betul berkhatan ye Rul. Zaman mak kecik dulu, umur 12 tahun baru sunat. Naik sekolah Tingkatan 1, pelik tengok geng lelaki semua suara dah bertukar haha....

    Betullah perancangan Allah itu adalah yg sebaiik baiknya....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^