Monday, November 14, 2016

Blogku Nyaris Ranap!

Assalamualaikum semua! ^_~

Ada nampak kelainan tak??

Hari ini blog aku dah berubah wajah! Inilah padahnya, kalau tak pandai nak jadi pandai-pandai pulak..hihi. Aku ini bukanlah terror sangat bab-bab IT. Nak mewujudkan blog kesayangan ini beberapa tahun dulu pun, cuma try and error sahaja. Manalah ada menghadiri kursus blog di mana-mana.T_T

Semalam, hasil godekan yang tidak disengajakan oleh jari-jemari sendiri....padanlah muka!! Sudah berlaku kecelaruan tahap impak-maksima, tunggang-langgang dan carca-marba susun-aturnya. Aduhai, apa lah nasib blog aku ini! Mujur tak ranap. Nyaris-nyaris lenyap ditelan bumi dibuatnya. Aku, tiba-tiba jadi seriau pulak.


Pagi tadi aku cuba lagi repair mana-mana yang patut. Ini aje mampu dibaik-pulih. Pengajarannya, jangan harus dicoba-coba lagi kalau tak pandai...pheww, insaf  >__<

Hari ini, barulah mampu tersenyum, hihihi














11 comments:

  1. Akk pun tk pandai, dulu selalu ank yg tolong buat, tapi bila ank tkde, minta tolong blogger yg buat ambik upah buat template tu

    ReplyDelete
  2. Kalau KB nk ubah setting untung blog ini..apa2 pun kena save dahulu then baru try and error new setting.. Insyallah dia tak akan tunggang langgang jadinya

    Comel tengok Daniel pagi2 dah tersenyum...dengan MK sekali tersenyum juga

    ReplyDelete
  3. Dalam pada banyak kerja tu, sempat lagi nak menggodek blog! Itulah, dah kata! Jangan gatal-gatal tangan tu nak menggodek sana-sini kalau tak reti. Nasib baik tak lenyap terus. Nangislah kita ramai-ramai mencari blog ni tak jumpa!

    Hahaha!

    Sama aje kekdahnya, KB! Saya ni pun macam ada datang seru nak godek-godek blog lagi walaupun bukan pandai mana pun!

    ReplyDelete
  4. Tak pa tu,.. SB pon masih jugak dlm peringkat belajar main html dan sampai sekarang masih tak reti-reti lagi nak buat..wakakaa!!...

    ReplyDelete
  5. Kussss Semangat..
    Ingat kan dah lenyap terus di telan bumi blog hang ni KB hahahhaha..

    CH dulu pun pernah terjadi jugakk
    Hahhaha.. dah buta IT..
    Teringin nak blog tu diubah suai..
    Mujur juga lah tak hilang ghaib nya hahhahah..
    Nanti suruh yg teror tolong buatkan..
    Atie yg teror IT pun upah orang buatkan..
    Murah ajer tu RM10..
    Niatkan ajer sedekah pada mereka juga kan..

    ReplyDelete
  6. Mak udah lupa blog kome yg lama KB.... Apa yg jadi tunggang langgangnya ek....Mcm sama je...Header sama.... tangan kat daguuuu, pikir hihi...

    ReplyDelete
  7. haha.. akak pun pernah nyaris blog ku punah... nasib baik sempat di selamatkan...

    ReplyDelete
  8. http://adarupabutik.blogspot.my/ jemput singgah ke belog adarupa butik semuaaa...

    ReplyDelete
  9. rindu MK nak tengok gambo comel si yusuf tu..

    ReplyDelete
  10. takotttnya klu hilang blog.. haha.. mau sawan sy dibuatnya... tu yg tak berani nak godek2 sngat blog sy tu sbb tak yakin... hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^