Thursday, March 6, 2014

SK RPM Juara Kumpulan A Zon Kuala Kangsar

Assalamualaikum

Hai korang. Sori entri kali ni pasal anak je. Minggu ni sibuk hal anak teruna punya game bola. Perlawanan bola sepak bawah 12 Majils Sukan Sekolah2 Daerah 2014. Bagi support...

Pagi tadi, dah start game untuk zon Kuala Kangsar. Zon KK pecah kepada empat zon ~ Kuala Kangsar, Manong, Sg Siput, Pdg Rengas. Tiap sekolah yang juara minggu lepas layak untuk jadi wakil pada tiap2 zon. Satu zon dua sekolah, kemudian dibahagi kepada dua kumpulan. Sekolah anak saya SK Raja Perempuan Muzwin dok di kumpulan A.

Jadinya, satu kumpulan ada empat team, tiga perlawanan. Perit juga laaa...main dari pagi, pukul tiga petang baru habis.

Masa ni rehat untuk first half game pertama. Cikgu Meor sebagai coach beri penerangan. Apa yang patut buat, apa yang tersilap buat masa game tadi.

Game pertama ok lagi sebab pagi. Bila matahari mula naik, emm paham-paham aje lah. Panas. Musim panas pulak.

Cikgu, coach masih maintain dok tepi padang. Nak make sure anak murid dia tak buat silap. Menjerit sampai hilang suara. Rasa macam takde apa-apa je dok berdiri tengah-tengah panas. Semangat beno.

Berbaloi dok tengah panas....team sekolah anak saya menang untuk tiga-tiga game. Menang dahsyat lah.

1) SK MUZWIN vs SK MUHIBBAH = 3-1
2) SK MUZWIN vs SK MANONG = 3-1
3) SK MUZWIN vs SK TUN DR ISMAIL = 2-0

Panas terik tak usah cakap la, kesian tengok budak-budak.
Game yang terakhir tu nampak sangat dia orang dah tak larat tapi tetap all out....nak menaaaaang.

Mak bapak, guru besar semua datang bagi sokongan....

Habis game semua lembik tapi puas hati menang. Coach pun boleh senyum bangga.
Automatik team dia layak ke final, esok.

Biasanya habis game, semua player akan diberi makan tengahari bungkus dalam polystrin.
Bila coach cakap nasi yang ada tu simpan, kita pegi makan KFC.......
Semua hilang lembik, menjerit-jerit macam kanak-kanak rebina....

Hilang title player bola...
Emmm budak tu tetap budak jugak....

Seronok deme cikgu belanja kfc ....
Nasi yang ada tu pun balun habis jugak
Takdenye simpan-simpan
Lapo...dah pukul tiga kan....

Balik rumah lembik balik, sabo je lah!

Esok, lawan lagi, dengan kumpulan B, penentuan juara dengan naib juara...

Terima kasih sebab sudi baca


9 comments:

  1. salam pagi...suka tengok anak2 yg bersemangat bermain bola sepak...in sya Allah kelak anak kesayangan akan muncul sbg antara pemain bs negara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...Insya Allah paridah, doa2 kan lah ye

      Delete
  2. Semoga anak-anak kecil dan berbakat ini menjadi pemain bola sepak negara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih azlealee. Moga boleh jadi pelapis negara insyaallah

      Delete
  3. Tahniah ... semua menang tu...biasa la...orang yg kat luar padang yg sakit tekak...jerit kuat beno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih noe. Hahaha saya yg kat luar pun jerit jugak

      Delete
  4. wahhhh .... Tahniah kerana kejayaan mereka ... semoga akademik & Ko-ko sama2 naik!!

    untung mereka dapat cikgu yang menghargai usaha mereka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NAT, cikgu dorang mmg bagus, saya pun respect...

      Delete
  5. Dah macam pengulas sukan dah... seghonok bace cherita deme... :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^