Wednesday, March 12, 2014

Doa-Doa dan Adab Ketika Memasak

Assalamualaikum

Hai. Salam pagi Rabu.... :)

Pertamanya, saya nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kepada NureeN, Zu Mal, Eza a.k.a. Cik Puan Fadli, Kopiolimauice,  Paridah, Wafa Cw, Rossaimi, Kakzakie, Rohaili Hassan, Sofia Ningkan, Nadia Rashid, Noesuhaimi, aTieYusof Family, Nurhayati (Cahaya Hidupku), Cho Zila....yang meninggalkan komen di entri saya yang lepas. Thanks to your support.....Tanpa sokongan korang, blog saya sunyi sepi jer...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -  -  -  -  -  -  - 

Okay, cerita hari ni...pasal masak-memasak
Saya berani confirm korang semua ni rajin-rajin memasak belaka.
Banyak share entri pasal resepi, entri masak-masak untuk keluarga....

Korang tau, rupa-rupanya setiap perbuatan semasa nak masak tu,
ada doa dan zikir2 tertentu yang boleh diamalkan....

Mungkin ada antara korang yang dah tahu, tapi saya baru je tahu....
Saya dapat dari sahabat group wassap semalam...

Jom kita share sama-sama....



Kena hafal ke korang?
Atau pun salin pastu tampal kat mana-mana yang sesuai
Contohnya...doa bukak periuk tampal dekat-dekat dengan periuk nasik
Boleh ke camtu? Nanti jadi kelas tadika pulak..haha

Yang saya paling suka, zikir penyedap makanan tu..
Istighfar dan selawat jer
Takyah lah dok bubuh pak aji-pak aji bagai (ajinomoto)

Dan, lagi satu....
Kalau isteri bekerja, balik rumah kena masak pulak
Kadang-kadang lepas masak penat nyeer lah tersangat-sangat
Saya tak kata orang lain, sebab saya sendiri pun macam tu

Pagi-pagi dah bersilat kat dapur,
Balik rumah terus ke dapur,
Sebelum tidur pun kat dapur jugak....

Macam tu lah isteri kan?
Tapi takpe sebab......


Emm, wahai isteri2 dan mak2, toksah risau....
Penat-penat masak, Allah bagi 'GiveAway' (ganjaran pahala)
Tapi jangan bebel-bebel, kena ikhlas....amboi pandai nasihat orang ye

Subuh-subuh tadi saya dah masak ikan masak kicap
Balik ambik anak-anak sekolah nanti boleh terus 'ngap'
Korang masak apa?

Ok, itu saja nak share, moga bermanfaat.

Terima kasih sebab sudi baca.

12 comments:

  1. thanks sharing..boleh la amalkan lepas ni...

    ReplyDelete
  2. Wah ade zikir penyedap makanan yer. Zumal nak try ler... Zumal akan sentiasa support if ade line tenet. Hehe :)

    ReplyDelete
  3. Lagi satu tips masa basuh beras buat kawan jam, seperti bertawaf, Baca Subahanallah Dan selawat.. maka bertambah erat kasih Sayang satu keluarga.. insyallah

    ReplyDelete
  4. Kalau KB nak tahu exactly doa dan gambar ini ada di dapur kakak. Kakak tampal kat fridge sebelah kakak letak pressure cooker dan rice cooker kakak. Memang kakak amalkan... laisalalaha mindunillahi kasyifah itu kakak siap lagu-lagu lagi KB... (dah kawin tak apa nyanyi kat dapur hihi...)

    ReplyDelete
  5. salam pagi bagus sekali sharing info yg bermenafaat...sekurang-kurangnya baca basmalah setiapkali nk buat sesuatu...tq mention nama kak ya...seronok berkwan ramai2 ni terasa ceria hidup kita..

    ReplyDelete
  6. Bagus nya perkongsian ni... sama2 kita amalkan...InsyaAllah bertambah kasih syg antara keluarga kita....
    sama2 kasih tau...hehe

    ReplyDelete
  7. Bagus perkongsian ni.. minta izin nak share yer.. :)

    ReplyDelete
  8. noe pun nak print la n tampal kat fridge macam kak zakie...sama2 kita amalkan....thx for sharing KB

    ReplyDelete
  9. akak biasanya amalkan berselawat jer sambil memasak...tapi bagus jugak if kita amalkan adab2 ketika hendak masak ni..nak2 zikir yang dapat menyedap kan masakan kita, banyak keberkatan if dapat masak untuk keluarga ni kan :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum kak Khairul.. =)
    Banyak jugak doa bila kat dapur ye.. Besar ganjaran tu.. Lepas ni kena rajin2 masuk dapur.. Ngee.. =D

    ReplyDelete
  11. bila membebel, teringat balik.. astagfirulah... terima kasih akak, atas perkongsian hebat ni..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah INI CERITA KITA. Komen yang baik dialu-alukan. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda...^_^